View: 1872|Reply: 6
|
Sukar khusyuk dalam solat
[Copy link]
|
|
Info buat saya & forumer semua
APAKAH cara boleh dilakukan supaya hati dapat menumpukan sepenuhnya ketika solat?
Biasanya fikiran sentiasa memikirkan perkara lain dan selepas solat baru rasa menyesal. Selain itu, bagaimana untuk membuang sifat malas mengerjakan solat?
Nazmi, Taiping, Perak
KHUSYUK bermaksud kelembutan dan ketenangan hati. Apabila hati berasa khusyuk, anggota badan lain juga akan mengikutinya.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuh dan apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh, ketahuilah dia adalah hati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebiasaannya, orang yang tidak khusyuk apabila masuk ke dalam masjid, bermulalah bisikan serta perkara dunia bermain di dalam fikirannya.
Seseorang tidak menyedarinya sehingga selesai solat. Pada ketika itu, dia menyesal solat tidak dikerjakan dengan khusyuk dan tidak juga berasa kemanisan dalam beribadat.
Apa yang dilakukan hanyalah gerakan tubuh serta kumat-kamit mulut ibarat jasad tanpa roh. Khusyuk dalam solat berlaku pada seseorang yang mengosongkan hatinya untuk solat yang dikerjakannya.
Hati akan melupakan perkara lain untuk memberi keutamaan kepada solat. Maka, pada masa itulah solat akan menjadi penyejuk hati.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Di antara perkara dunia yang membuatku senang ialah wanita dan minyak wangi serta dijadikan penyejuk hatiku di dalam solat.” (Riwayat anNasa’i)
Amat beruntung kepada orang yang mendirikan solat dengan penuh khusyuk sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Mukminuun ayat 1 dan 2 bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.”
Oleh kerana merekalah orang yang mewarisi syurga Firdaus sebagai habuannya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka itulah orang yang akan mewarisi, (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-Mukminuun, ayat 10 dan 11)
Sepatutnya sebagai seorang Muslim, kita hendaklah menjadikan hati senang ketika berzikir, suka mendengar nasihat, gemar menghayati al-Quran serta khusyuk ketika solat.
Apabila seseorang berasa berat dan tidak suka solat, membaca al-Quran, berzikir dan mendengar nasihat hatinya rosak, keras dan tidak sihat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Belumkah datang waktunya orang-orang beriman untuk tunduk hati (khusyuk) mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang yang sebelumnya telah diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka, lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang yang fasik.” (Surah al-Hadid, ayat 16)
Ayat berkenaan sepatutnya memberi kesedaran kepada sebahagian besar umat Islam yang sentiasa memberi alasan tugas, bisnes dan urusan dunia lain sehingga kurang mempedulikan kesihatan hati.
Ia menyebabkan kemampuan mengingati Allah SWT menjadi sangat sukar, malas dan mudah letih, apatah lagi untuk berasa khusyuk.
Seorang sahabat bernama Usman bin Abil ‘Ash pernah datang kepada Rasulullah SAW mengadu berkenaan gangguan yang dialami ketika solat.
Nabi SAW menjawab: “Itu adalah syaitan. Namanya Khinzib. Jika kamu berasa diganggu, mintalah perlindungan kepada Allah daripada gangguannya dan meludahlah ke kiri tiga kali. Usman berkata: “Saya pun melakukannya, kemudian Allah menghilangkan gangguan itu daripadaku.” (Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW mengajar supaya meminta perlindungan kepada Allah dengan mengucapkan A’uzubillahi minas syaitanir rajiim dengan lafaz bukan membaca dalam hati dan ia tidak membatalkan solat.
Kemudian hendaklah meludah sedikit dengan meniupkan di sebelah kiri dan tidak mengganggu orang lain serta tidak mengotori masjid. Mudahmudahan ia boleh menjadi panduan.
Penulis ialah pendakwah
|
|
|
|
|
|
|
|
Hadis yg last sekali itu status hadisnya daif kan? Saja tanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dovob at 7-12-2018 08:16 PM
Cara2 nak khusyuk solat
1)beriman
2)bertaqwa
3)ikhlas
Jika 3 perkara ini tak buat, perkara2 ini PASTI berlaku :
1)gangguan bisikan
2)rasa seperti ada sesuatu (benda) ketika berseorangan
3)rasa sesuatu bergerak2 melalui saluran darah
4)terasa seperti terkentut2 sebelum solat (kerap berlaku ketika azan dikumandangkan)
5)bacaan surah Alfatihah yg agak berterabur
6)banyak idea2 keduniaan ketika bersolat
Jika semua perkara itu ada pada diri seseorg, maka itulah jenis solat yg dikategorikan "tidak diterima oleh Allah" dan pastinya tidaklah melepasi langit yg pertama. Kenapa ianya berlaku? Kerana semuanya berkenaan redha Allah terhadap manusia.
Khusyuk itu hadiah dari Allah, bila seorg hamba itu di dalam hatinya hanyalah mengingati Allah.
Allah tidaklah menyuruh manusia menundukkan hati mereka kpd Allah, akan tetapi Allah memberitahu hal ehwal hamba2 Allah yg menundukkan hati mereka kerana Allah. Jadi persoalan utamanya, adakah diri kita itu faham apa yg Allah maksudkan?
Makanya, ingatlah! Allah tidak menyuruh manusia tunduk kepada-Nya melainkan nafsu, akan tetapi DIA menjelaskan hal ehwal manusia yg tunduk hanya kpd Allah. Itulah orang2 yg benar2 beriman kerana Allah.
Boleh check semua isi kandungan Alquran. Jika tak betul, tolong betulkan jika rasa ada.
Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
setakat panduan bernafsu akal sejempot, budak spm pon lagi kemas karangan
bersihkan diri tu dulu...bertaubat...wahai si bodoh sombong, kahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg ni post terbaru dari whatsup
[07/12 21:48] abangcutemiut: Ada apa2 nak tanya?
[07/12 21:54] Shafiq Askar: tkdaa apa2 lg abg
[07/12 21:54] Shafiq Askar: cmaa bnda y begerak2 dlm darah sy ni jaa y sllu jd tnda ty
[07/12 21:55] Shafiq Askar: kdang2 bergerak
[08/12 17:15] abangcutemiut: Huhuhu
[08/12 17:15] abangcutemiut: Biasa le
Postmortem.
Apasal ek, Allah masih izinkan perkara itu berlaku terutamanya ketika bersolat?
Huhuhu. Jawapannya mudah aje. Amalan yg dilakukan tidak mengikut petunjuk Allah dalam erti kata yg sebenar2nya.
Kerana itulah, orang yg sombong ini diberi tanda oleh Allah. Sombong kpd siapa ye? Pastilah sombong kpd Allah lalu menyangka petunjuk yg diterima itu dari Allah atas asbab orang lain? Hari2 baca Alquran, apasal ek Allah jadikan diri awak itu bodoh piang?
Renung2kanlah ye |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah Allah swt menjelaskan mengenai orang yg sombong itu di dalam Alquran? Pastilah ADA.
jika kita rajin belek2 Alquran, maka pastilah akan memahami mengenainya!
Di dalam surah Ar-Rahman, dinyatakan mengenai hal ehwal orang2 yg sombong. Hayatilahnya jika memahami akannya.
Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
Aunty, Boleh kasi link ke pautan asal?
sebab kita ambil article orang dan kita kena acknowledge hak dia....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|