CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3039|Reply: 41

[Tempatan] “Agama bukan periuk nasi” Respon Menteri Tentang Isu Penceramah Didakwa Disekat

[Copy link]
Post time 18-12-2018 11:14 AM | Show all posts |Read mode
“Agama bukan periuk nasi” Respon Menteri Tentang Isu Penceramah Didakwa Disekat Masuk TV dan Radio


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf berkata dalam menyampaikan ilmu tidak timbul isu mengganggu periuk nasi.

Katanya berhubung dakwaan beberapa penceramah bebas bahawa kerajaan cuba menutup periuk nasi mereka dengan menghalang memberi ceramah di televisyen dan radio.

Bagi Mujahid, dakwaan itu menunjukkan mereka ‘menjaja agama’ dalam mencari rezeki dan ia bertentangan dengan perjuangan sebenar seorang pendakwah agama.

“Bila ada ustaz cakap menutup periuk nasi mereka itu bermaksud mereka ‘menjaja agama’ untuk cari makan dan itu tidak betul kerana dalam penyampaian ilmu, tidak timbul isu ganggu periuk nasi orang.

“Agama bukan periuk nasi, tapi agama kena sampai ilmu,” katanya yang turut mengulas lanjut isu tular satu senarai penceramah yang tidak dibenarkan muncul di televisyen atau radio bermula Januari 2019.

Mujahid yang ditemui  di Konvensyen Nasional Amanah 2018, berkata pejabatnya tidak pernah mengeluarkan arahan atau menyekat mana-mana penceramah untuk berdakwah sebaliknya memberi nasihat kepada golongan berkenaan agar mengikut tiga teras utama yang diperjuangkan.

“Selama ini kita nasihatkan agar penceramah, pengkuliah yang nak muncul di televisyen atau dalam program kita mestilah fahami tiga teras kita perjuangkan iaitu Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Modul Malaysia.

“Maknanya dalam apa juga yang mereka sampaikan selagi tidak bercanggah dengan tiga perkara ini maka kita alu-alukan, kita bukan nak sekat orang hanya kerana kita tak suka dia, tapi lebih kepada melihat content,” katanya.

Sebelum ini tular senarai nama 10 penceramah yang tidak digalakkan untuk ke udara di televisyen atau radio bermula Januari 2019 antaranya Datuk Mohd Kazim Elias, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali Syamsul Debat dan beberapa orang pencetus ummah.

Penceramah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan perasaan sedihnya di media sosial.

“Dengar khabarnya teman (saya) dah tak digalakkan untuk keluar dalam program di tv dan radio. Sedihnya. Nak nangis pula rasanya.

“Alhamdulillah dunia dakwah sangat luas. Janji, dakwah jalan terus. Yang sedihnya, bagi yang menyekat itu, apalah nak dijawab di hadapan Allah apabila disoal.

“Sedangkan, menyampaikan dakwah itu adalah perintah Allah,” tulisnya di Facebook dan Instagram.

Nama Ustaz Kazim diletakkan di tempat kedua dalam senarai 10 penceramah selepas Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani.

Penceramah lain yang turut tersenarai adalah Samsul Debat, Dr Redzuan Tee Abdullah, Ustaz Abdullah Khairi, Ustazah Norhafizah Musa, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Zamihan, PU Amin dan PU Syed.

Walaubagaimanapun, PU Syed di laman Facebook miliknya mengakui beliau tidak kisah sekiranya dihalang daripada membuat kemunculan di TV dan radio.

Beliau boleh menyiarkan sendiri ceramahnya untuk diikuti secara langsung oleh penonton pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

“Kenapa nak bersedih? Relaks-relaks saja. Ambe disekat kerana tegur kerajaan. Jika ambe ampu kerajaan, nama ambe takkan tersenarai,” katanya.

Menurutnya lagi beliau sering berdepan keadaan ‘dibuang’ daripada mengajar di masjid ketika zaman Barisan Nasional (BN) lagi.

Beliau tidak takut kerana ujian ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan ujian diterima para nabi-nabi.

Sumber: https://www.yoy.my/agama-bukan-p ... ieNpmJHteNbP3eLoWqI | YOY Network


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2018 11:28 AM | Show all posts

ada perkara yg kita boleh jual
ada perkara yg kita tak boleh jual

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:30 AM | Show all posts
ade x sesape leh bagitahu aku knape ustazah norhafizah pun kne blacklist??kenot brain la ustazah tu pun kena skali..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:46 AM | Show all posts
Apakah selama ini periuk nasik ustaz kazim semata2 dari ceramah dan dakwah di tv?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:49 AM | Show all posts
bodoh mamat ni..ingat semua ustaz, imam makan pasir & batu??? anak tak pg sekolah??? tak perlu duit sekolah??? letrik tak perlu bayar dgn TNB??? cakap aku ustaz...TNB tak potong letrik??? ada juga menteri bodoh ya...mengalahkan mat maslan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
bila masa dato norhafizah tu cakap politik dan bertentangan dengan tiga garispnduan tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2018 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Main point dia ckp kementerian dia x pernah sekat sesiapa..

Tajuk besar2 ditulis "Agama bukan periuk nasi"
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm citer nur dah tunjuk camne pendakwah masuk tv sbb nk jana income..risau klu dah xdpt slot tv sbb nnt putus income
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 12:11 PM | Show all posts
Ustaz2 tak payah la risau rezeki bukan hanya kena masuk TV je... Rezeki allah tu luas.
Kadang2 menyampah juga bila ramai sgt yg menunggang agama ni. masuk segala jenis acara konon2 pendakwah islamik. lepas tu dah glemer sikit jual baju/jubbah dengan harga yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 12:35 PM | Show all posts
Mmg betul lah apa cakap dia. Takleh jadikan agama sbg alat perdagangan. Nak berdakwah kenalah ikhlas. Orang bagi berapa2, ambik jer, tp jgn gunakan populariti utk letak harga tinggi ala2 retis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujahid boleh bgtau tok tok sami temple haram sekali ayat ni...mohon hadam
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh buat live FB bg ceramah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 06:39 PM | Show all posts
klu tak boleh masuk tv kan sekarang zaman IT
boleh masuk youtube...fb live..
zaman sekarang kan orang dah jarang lepak depan tv..semua pakai ipong or smart phone...kecuali mak2 kat kampong..still boleh tengok youtube klu pakai smart tv..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 08:45 PM | Show all posts
jual agama utk jadi kaya......siap2 bermewah.....ferarri bagai......ada yg tu soh ambik ibu tunggal sebagai bini.....tp dia tgk ambik dara.....luuu sembang pokok pun bole tumbang
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Betulke ke kena sekat?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 09:35 PM | Show all posts
creep_bite replied at 18-12-2018 06:35 PM
Boleh buat live FB bg ceramah...

yup!
cadangan terbaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang aku faham dlm bab ajar agama ni, ganjaran dia ada dua jenis.

kalau niat nak mengajar agama untuk bekalan akhirat, mmg org tu mengajar dgn ikhlas hati. sesiapa nak bayar pengajar tu jumlah amount berapa pun dia terima je dgn ikhlas. Kalau dpt lebih kira rezeki dia lah. kalau kurang anggap sedekah jariah sebab mengajar ilmu akhirat.

Lagi satu jenis yg mmg niat mengajar untuk tambah pendapatan. Ganjaran yg dia dpt adalah ganjaran dunia dlm bentuk wang ringgit. Bahagian akhirat walluhualam antara dia dgn Tuhan. Cuma tak menjadi kesalahan pun kalau pengajar tu nak jadikan punca pendapatan. Bukan ajar buat jahat pun.

Melainkan ajaran syiah la. yg tu mmg la pihak berwajib kena pantau.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Alais replied at 18-12-2018 10:31 PM
ada hadis sebut "sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”
maknanya percuma
bukan minta bayar ...

Statement sgt lari dari maknanya.
Since ini bukan board agama, sila google sendiri dgn lebih mendalam ye. Semoga mendapat lebih ilmu pengetahuan. Amiiin.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:27 PM | Show all posts
Alais replied at 18-12-2018 10:31 PM
ada hadis sebut "sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”
maknanya percuma
bukan minta bayar ...

tapi dia tak kata tak boleh caj kan?... so boleh lah...


Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn byk pun bayaran yg dorang terima dari tibi & radio....
Pernah thn 90an ustaz tu kena banned, dia kata dia dpt byaran rm200je...bkn ribu riban...tu pun kena tgu sebln baru dpt payment....

Cuma klu kuar radio & tv, ramai le yg dpt manafaat...UAI tu tak kuar tibi & radio pun, tapi blh pakai keta apa?...isteri dia brp?....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.073350 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list