CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1556|Reply: 6

Roger, Kanggaru Tular Berbadan Sado Telah Mati

[Copy link]
Post time 18-12-2018 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Masih ingatkah anda berita mengenai seekor kanggaru bernama Roger yang pernah tular di media sosial kerana mempunyai badan yang sado?


Tiga tahun yang lepas, Roger menjadi bualan pengguna laman sosial apabila melihat kanggaru merah itu mempunyai bisep yang besar dan badan berotot.


Kredit foto: Google


Pada 10 Disember 2018, banyak media tempatan Malaysia berkongsi berita mengenai kematian Roger dalam usia 12 tahun.


Memetik laporan daripada astroawani.com , Roger tinggal di Pusat Pemeliharaan Kanggaru di Alice Springs, sebelah utara Australia.Chris 'Brolga' Barnes  iaitu pemilik pusat pemeliharaan tersebut telah mengumumkan kematian Roger melalui perkongsian video di Facebook.


“ Hari ini merupakan hari yang amat sedih, kami telah kehilangan anak kesayangan iaitu Roger.


“Sepuluh tahun lalu, saya membina pusat pemeliharaan ini untuk memberikan Roger dan kanggaru lain tempat tinggal. Kami betul-betul sayang padanya,” kata Barnes di dalam video tersebut.


Kredit foto: Google


Sebelum ini , pada tahun 2016 Barnes pernah memaklumkan bahawa kanggaru kesayangannya itu semakin tua dan menderita Arthritis.


Berita kematian Roger menerima pelbagai reaksi dengan rata-rata peminat memberikan penghormatan terakhir kepada haiwan itu di media sosial.


Mungkinkah suatu hari nanti ada kanggaru lain yang berbadan sasa muncul menggantikan Roger, siapa tahu kan. Takziah buat Chris 'Brolga' Barnes atas kehilangan Roger. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 11:36 AM | Show all posts
Pasti ramai yang akan merindui melihat aksi sadonya
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:52 AM | Show all posts
semoga roger tenang di sana..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni haiwan jadi sado ni penyakit atau apa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 12:00 PM | Show all posts
dah sampai ajal dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 04:51 PM | Show all posts
sado betul roger sampai kemek tin dia pegang tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2018 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Comellllnye muke..Rasa nak jentik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.145560 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list