CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5642|Reply: 7

Uniknya, Bermain Dengan Air Pasang Di Taman Negara Johor Tanjung Piai

[Copy link]
Post time 27-12-2018 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Bagi penduduk di sekitar Johor, fenomena air pasang di Taman Negara Johor Tanjung Piai sudah menjadi kebiasaan untuk mereka. Fenomena ini boleh dikatakan berlaku setiap hujung tahun sejak beberapa tahun  yang lalu lagi. Bahkan kini, kawasan ini  sesuai untuk bermandi-manda apabila terjadinya air pasang di sini.

Dari Berita TV9


Sumber dari internet


Air pasang besar ini berlaku disebabkan oleh air dari Laut Selat Melaka yang melimpah masuk ke dalam kawan taman negara kerana kawasan ini berada di pesisiran pantai. Air pasang sekitar kedalaman bawah paras sederhana ini akan berlaku hanya 2 jam sehari sekitar pukul 11.00 pagi dan 1.00 tengah hari.  Walaupun hanya seketika, ia cukup memberi kepuasan kepada pengunjung yang datang untuk melihat dan merasai sendiri  pengalaman air pasang besar di pintu masuk taman negara hutan paya bakau itu.






Sumber dari internet



Menurut pengurus TNJTP, fenomena air pasang ini  memang dinanti-nantikan orang ramai untuk bermain ibarat di taman tema air, seperti mana tahun-tahun sebelumnya yang mana kawasan ini akan berlaku air pasang besar.


Pihak TNJTP  akan membuka laluan masuk berasingan kepada para pengunjung yang ingin beriadah ke sini. Mereka juga akan memaklumkan kejadian ini tiga bulan lebih awal melalui akaun Facebook Taman Negara Johor. Untuk itu, dimaklumkan  air pasang besar tahun ini sedang berlaku sejak 24 Disember dan dijangka akan berakhir pada Khamis ini.


Menurut TNJTP lagi, disebabkan kejadian ini, mereka menerima pengunjung kira-kira 5,000 orang setiap hari.



Namun begitu, pihak TNJTP juga harus menitikberatkan 2 faktor dalam satu masa iaitu  faktor keselamatan pengunjung, yang mana pihaknya memastikan pengunjung bermain air di bawah pengawasan kakitangan yang terlatih.


Seterusnya, mengenai air pasang yang terjadi telah memberi kesan kepada TNJTP kerana setiap tahun  keluasan tanah akan makin berkurang akibat daripada hakisan pantai yang kritikal. Untuk  itu, pihak TNJTP sentiasa menjalankan usaha untuk mengatasi masalah ini melalui program penanaman pokok bakau di sekitar kawasan taman negara.


Sungguh menarik bukan? Ada yang pernah sampai ke sini untuk merasai fenomena unik ini? - CARI




Sumber : www.astroawani.com, www.utusan.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2018 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dh bersesak2 mcm tu nk beriadah apanya??
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
mak oi penuh orang. air cethek saja pun, ..mesti banyak indun datang selpie
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya nak pergi sne xbest sebab lalu kebun sawit n jalan kampung..laki aku yg memang asal orang serkat pun jarang g sana ngan parking n masuk tg piai kne bayr asing2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanjong piai ni pegi sekali cukup, so dh smpi ke penghujung benua asia, sbb lain xde
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 10:04 AM | Show all posts
sonok fenomena air pasang ni
dulu penah merasa kt area gelang patah..jakunnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Giler sesak.. Idoklah temannn{:run
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 11:22 PM | Show all posts
masa pi dulu takda pulak air pasang ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.067789 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list