CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 682|Reply: 3

[Tempatan] Dua Restoran Dikesan Gantung Ayat Al -Quran Palsu

[Copy link]
Post time 15-1-2019 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ASYRAF MUHAMMAD

PETALING JAYA - Dua pengusaha restoran dikesan mengunakan ayat yang dipercayai menyerupai al-Quran bagi menarik pelanggan ke premis perniagaan mereka.

Tindakan tersebut terbongkar menerusi operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama agensi penguatkuasa berkaitan di beberapa premis sekitar Petaling Jaya hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata tindakan pengusaha restoran berkenaan mempamerkan kalimah yang menyerupai ayat Al Quran di premis adalah meragukan.

"Pihak kami dapati kalimah tersebut berbeza dengan ayat al Quran dan mampu mengelirukan pelanggan Muslim. Maka tindakan telah diambil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengikut Enekmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, selain KPDNHEP dan JAIS, terdapat beberapa agensi lain turut sama dalam operasi itu antaranya Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Imigresen Selangor dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Mengulas lanjut, Azman berkata JAIS turut menyita semua kalimah-kalimah terlibat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan selepas ini berhubung perkara itu.

"Pemilik premis berkenaan juga akan dipanggil bagi memberi keterangan kepada JAIS selepas ini," katanya.
Dalam pada itu, Azman berkata operasi yang memasuki hari kelima di seluruh Selangor itu juga turut menitik beratkan aspek kebersihan bagi memastikan pengguna yakin untuk menikmati juadah di premis terlibat.

Bagi tujuan itu, beliau berkata Pejabat Kesihatan Daerah Petaling turut bertindak tegas dengan menghentikan operasi di sebuah restoran yang didapati gagal mematuhi aspek kebersihan.

"KPDNHEP dan agensi-agensi terlibat akan meneruskan operasi pemeriksaan ini dalam usaha untuk memastikan semua pengusaha restoran mematuhi undang-undang ditetapkan khususnya dalam aspek halal," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) Jais, Salwana Ahmad Dahlan berkata pihaknya menggalakkan pengusaha restoran untuk membuat permohonan persijilan halal melalui laman web rasmi jabatan tersebut.

Tambah beliau, JAIS sedia membantu mana-mana pihak yang berhasrat untuk mendapatkan persijilan halal tersebut.

"Kita sedia membantu dengan syarat pihak berkenaan juga sedia untuk dibantu bagi mendapatkan persijilan halal ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa motif hangpa. Jual je la kat puak hangpa. Takut perniagaan merudum tersungkur menyembah bumi ka?


Puak yang menolak & menentang ajaran Islam
Akhirnya tetap kepingin mahukan pembeli Muslim

Lucu aih

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:29 AM | Show all posts
mamak keling lagi ka
ni baru betul penunggang agama tersohor
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:48 AM | Show all posts
Apalah motif diorg ni. Kalau kat Sarawak ni, kedai makan Hindu diorg gantung jah segala patung berhala bagai tu. Takder pun nak hipokrit gantung2 ayat Quran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.124162 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list