CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2901|Reply: 34

[Politik] Najib troll dividen KWSP awal2 supaya PH buat u-turn utk Up dividen KWSP demi ra

[Copy link]
Post time 15-1-2019 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Najib Razak shared a post.32 mins ·
Dividen KWSP untuk tahun 2018 akan diumumkan tidak lama lagi.
Kadar dividen KWSP 6.9 peratus yang di umumkan tahun lepas untuk tahun 2017 adalah paling tinggi dalam tempoh 21 tahun sejak tahun 1996.
Apakah nasib pencarum-pencarum KWSP selepas PH mengambil alih kerajaan tahun lepas?
Berapa agaknya kadar dividen untuk tahun 2018?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2019 05:57 PM | Show all posts
yg ni posting dato Najib dua bulan lepas...



Najib Razak
12 October 2018 ·
Baru-baru ini, apabila berbincang tentang pakej projek MRT2 yang dibatalkan, saya mengulas tentang kroni saya sebenar-sebenarnya ialah rakyat. Hari ini saya ingin mengulas lebih lanjut tentang isu ini terutama tentang KWSP.

Sepanjang masa ketika saya adalah PM, kebanyakan projek-projek besar dianugerahkan kepada syarikat-syarikat di mana pemegang-pemegang saham utama adalah institusi seperti Khazanah, KWSP, Tabung Haji, PNB dan sebagainya.

Manfaat dari polisi ini, nilai dan pulangan kepada simpanan rakyat di dalam tabung-tabung ini naik dengan baik.

Kecuali tahun 2015 dan 2016 di mana harga minyak dunia menjunam dan mengakibatkan prestasi Bursa Malaysia tidak begitu baik; secara umumnya kadar dividen KWSP naik hampir setiap tahun sehingga memperoleh dividen 6.9 peratus di mana untuk tahun lalu ia adalah tertinggi bagi tempoh 20 tahun.

Dalam tempoh saya menjadi PM, jumlah aset KWSP iaitu kekayaan rakyat naik dengan pesat dari RM342 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM810 bilion pada akhir 2017.

Semasa itu, saya tidak banyak campur tangan di dalam pengurusan KWSP seperti Perdana Menteri yang satu lagi tetapi saya cuba mencari dan memberi peluang kepada mereka kerana saya faham jika KWSP untung, rakyat yang untung.

Sekian lama, PH sering membuat tomahan terhadap KWSP untuk menakutkan rakyat dan untuk memburukkan kerajaan BN kononnya KWSP sudah lama bankrap, wang KWSP di salahguna ataupun dicuri dan dividen KWSP adalah angka yang palsu dan cuma angka rekaan sahaja.
Sebagai contoh, apabila kadar dividen untuk tahun 2016 diumumkan, tiga pemimpin PH iaitu Dr Dzulkefly Ahmad dari AMANAH, Wong Chen (PKR) dan Teresa Kok dari DAP membuat kenyataan bersama bahawa kadar dividen 5.7% untuk tahun itu adalah sangat rendah kerana mereka mendakwa wang KWSP telah digunakan untuk menyelamat 1MDB dan KWSP berdepan dengan masalah kewangan.
Ya, kadar dividen 5.7 peratus untuk tahun 2016 menurun berbanding 6.4 peratus untuk tahun 2015 tetapi ini ialah kerana prestasi Bursa Malaysia tahun itu tidak berapa baik akibat krisis kejatuhan harga minyak pada tahun itu.

Tetapi bila prestasi Bursa Malaysia memulih dan bertambah baik pada tahun 2017 dan kadar dividen untuk tahun itu diumumkan ialah 6.9 peratus, pemimpin-pemimpin PH pula menuduh bahawa kadar dividen ini palsu dan hanya gula-gula untuk pilihanraya.
Tidak kira kadar dividen naik atau turun, PH tidak melepaskan peluang untuk menyuntik tomahan dan fitnah bagi menghasut rakyat. Kebenaran tidak penting untuk mereka. Dan ramai terperdaya dengan fitnah mereka.

PH sudah mengambil alih kerajaan dan KWSP selama 5 bulan tetapi tidak ada sebarang dakwaan mahupun bukti sebagaimana tuduhan mereka selama ini tentang wang KWSP dan tentang dividen - sekaligus membuktikan segala tomahan-tomahan PH terhadap KWSP selama ini adalah fitnah.

Wang KWSP memang wujud dan tetap dimiliki oleh setiap pencarum.
Apapun, saya doa dan berharap kadar dividen KWSP akan terus naik di bawah pentadbiran kerajaan PH.




Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 06:01 PM | Show all posts
sembang pasai kwsp ni bro.....saya tiba2 teringat pasai tol lebuh raya yang ada orang tu habaq nak mansuhkan......wakakakakkaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 06:02 PM | Show all posts
TARIKH-TARIKH PENTING pengagihan dividen  utk rakyat Malaysia


Dividen Tabung Haji dibyr pada 1 Feb  (pengumuman div adalah seminggu awal)
Dividen KWSP diumumkan pada 10hb Feb (pertengahan Feb setiap tahun)
Dividen ASB dibyr pada 3 January
Dividen ASB2 dibyr pada 1 April
Dividen Bank Rakyat dibyr pd 5 January
Dividend Bank Persatuan dibyr pada 1 August
Dividend ASW dibyr pada 2 Sept (pengumuman div adalah 2 minggu awal)
Dividen DIDIK dibyr pada 2 July
Dividen AS1M dibyr pada 3 oct (pengumuman div adalah seminggu awal)
Dividen ASM dibyr pada 1 April


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 06:06 PM | Show all posts
Dividen yg diumumkan pada 10hb Feb tahun lepas...


KWSP isytihar dividen 6.9% (konvensional), 6.4% (syariah)
Oleh Luqman Arif Abdul Karim
luqman.arif@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan 6.9 peratus kadar dividen untuk Simpanan Konvensional 2017, membabitkan jumlah agihan sebanyak RM44.15 bilion, hari ini.

Pemilik akaun Simpanan Syariah yang mula diperkenalkan pada 8 Ogos 2016 pula menerima dividen berkadar 6.4 peratus dengan agihan berjumlah RM3.98 bilion.

Pengerusi KWSP, Tan Samsudin Osman, berkata jumlah keseluruhan agihan dividen bagi 2017 itu adalah RM48.13 bilion, sekali gus mencatatkan peningkatan 29.8 peratus berbanding 2016.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 06:08 PM | Show all posts
CharlesDera replied at 15-1-2019 06:01 PM
sembang pasai kwsp ni bro.....saya tiba2 teringat pasai tol lebuh raya yang ada orang tu habaq nak m ...

hahaha... hancing.  "sila datang tuntut janji mansuh tol simpang renggam kalau kami menang."   mazlee kencing dgn konfidennya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2019 06:17 PM | Show all posts
tobby replied at 15-1-2019 06:02 PM
TARIKH-TARIKH PENTING pengagihan dividen  utk rakyat Malaysia

ok.. jom kita spekulate


Dividen Tabung Haji - BAKAL HANCING
Dividen KWSP  - TANDA2 HANCING SGT KUAT
Dividen ASB -  ph bagi 6.50% + bonus 0.5%.  BN bagi 7% + bonus 1.25% utk baki 10k
Dividen ASB2  
Dividen Bank Rakyat  
Dividend Bank Persatuan  
Dividend ASW  
Dividen DIDIK  
Dividen AS1M  
Dividen ASM

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampah ni troll je lah reti, yg lain semua hampeh! Ni je lah tahap pembangang sekarang, xde kualiti. Kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
elok la dr munafik berangan hebat... hujung2 nan ado...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 07:40 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 15-1-2019 06:41 PM
Sampah ni troll je lah reti, yg lain semua hampeh! Ni je lah tahap pembangang sekarang, xde kualiti. ...

kahkahkah macam la pembangkang dulu berkualiti sgt...dua2 sama je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
merrissa replied at 15-1-2019 07:40 PM
kahkahkah macam la pembangkang dulu berkualiti sgt...dua2 sama je...

kan... time die berkualiti la sgt kahkah
punya la panas hati sbb mahacai ph byk dok dlm gua... tgk dlm CI dah le mana pi semua
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 07:47 PM | Show all posts
bulan 3 ni kena bicara kes

lepas tu senyap la dia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 08:05 PM | Show all posts
Knights replied at 15-1-2019 07:47 PM
bulan 3 ni kena bicara kes

lepas tu senyap la dia ni




Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 08:06 PM | Show all posts

bn yang jahanamkan felda

lepas tu memandai nak suruh orang cuci taik mereka

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 08:10 PM | Show all posts
Knights replied at 15-1-2019 08:06 PM
bn yang jahanamkan felda

lepas tu memandai nak suruh orang cuci taik mereka





Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 07:32 AM | Show all posts
Bossku...DSN..terbaik...jom kita angkat dia jadi PM lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa agaknya yg nak labur di AS dengan KWSP rakyat scr tiba tiba?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 15-1-2019 06:41 PM
Sampah ni troll je lah reti, yg lain semua hampeh! Ni je lah tahap pembangang sekarang, xde kualiti. ...

Troll yg nak labur kat AS dgn duit KWSP rakyat..
Kemain org AS ejek, "simpan la duit kau tu. Membazir saja." ;)
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 08:37 AM | Show all posts
Tak nak speculate berapa dapat. Mcm kes ASB hari tu terpekik2 kata dividen 5% jer. Tiba2 apa yang dipekikkan itu tida k menjadi kenyataan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:10 AM | Show all posts

Kalau balik kampung felda aku jangan disebut nama mamat ni...... Nanti mengamuk dia orang...........
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.069103 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list