View: 5700|Reply: 24
|
Menakutkan, Makin Ramai Manusia 'Menelan' Plastik?!
[Copy link]
|
|
Ya! Bukan melalui pembedahan plastik Atau hiperbola melampau, manusia memang semakin menjadi plastik. Puncanya kerana makanan harian kita, dan beberapa barang yang berkaitan. Hampir kesemua benda ciptaan kita mempunyai bahan plastik.
Ambil contoh, ubat gigi dan barang-barang kosmetik. Hampir ke semua produk ini mengandungi plastik terurai, iaitu mikroplastik. Walaupun barang tersebut dikatakan mesra ala seperti BPA tapi mungkin mengganggu testosterone dan DEHP pula yang menjadikan plastik fleksibel mungkin menyebabkan kanser.
Fakta yang paling menakutkan pula berada di lautan berpunca daripada sikap manusia sendiri. Sampah-sampah plastik yang kita buang sudah sebesar kesatuan eropah, terurai pula akibat daripada terdedah kepada cahaya matahari.
51 trillion partikel mikroplastik dikesan dalam lautan dan telah dijadikan sumber makanan berantai bagi penghuni lautan kita. Sehinggalah kita pula memakan segala sumber makanan lautan, mikroplastik sudah ada dalam tubuh kita.
Haiwan yang paling banyak memakan mikroplastik adalah kerang. Terdapat beberapa kajian pada tahun 2018 mengatakan kerang laut boleh dijadikan penyelamat lautan untuk menelan mikroplastik. Jelasnya, manusia sudah menjadi buntu memerangi industri plastik yang tidak terkawal berlaku pada negara-negara seperti Indonesia dan China yang menyalurkan sampah-sampah plastik ke lautan melalui sungai-sungai mereka.
Bukan itu sahaja, sudah dibuktikan berada pada semua benda; air paip makanan dan makanan hasil kilang. 8 daripada 10 bayi baru lahir dan kesemua orang dewasa mempunyai mikroplastik jenis Phthalates dalam tubuh manakala 93 peratus manusia mempunyai BPA dalam air kencing mereka.
Masa depan manusia akan menjadi lebih plastik. Kita telah mencipta suatu keindahan palsu yang mengambil masa 500 hingga 1000 tahun untuk terurai. Masih adakah cara lain untuk kita mengatasi masalah ini selain daripada sedarkan diri kita tentang perihal menjaga alam sekitar? Adakah kita masih mengharap akan ada teknologi yang dapat membantu kita untuk menyelamatkan kita daripada kebodohan kita sendiri?
Buang sampah dalam tong sampah!
Jika beli barang kecil dan boleh muat dalam kocek atau mempunyai beg, tak payah minta beg plastik!
Tegur sahabat atau keluarga anda yang masih tidak ketahui pasal fakta ini! - CARI
Sumber video youtube rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=RS7IzU2VJIQ, https://www.youtube.com/watch?v=FjT8GG0ETQg |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Info menarik sebab tu kena kurangkan penggunaan plastik |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu 1/3 orang keliling kita sekarang ada kanser. Dah jadi too common |
|
|
|
|
|
|
|
patut la macam2 penyakit timbul
|
|
|
|
|
|
|
|
one of the plastik is sajat |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia terlampau ramai penduduk, Thanos suh buat population control kalo takmo kena snap |
|
|
|
|
|
|
|
artikel cantik dah..tp kalo penguatkuasaan lemah tak kemana jugak |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih membaca dan memberi komen. Setuju, kita cuma mampu mengurangkan penggunaan plastik per individu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya Malaysia sudah mengambil langkah drastik tahun ini dengan memutuskan untuk tidak menerima pelupusan sampah daripada eropah pada tahun ini. Semoga langkah-langkah positif daripada kerajaan sentiasa dipergiatkan. Sebagai masyarakat, kita boleh menyebarkan maklumat dan bertindak mengurangkan sahaja. Apa-apapun, terima kasih kerana memberi pandangan dan membaca. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada betul juga tu. Cuma kita juga bergantung dengan plastik dalam kehidupan harian. Hampir setiap benda ciptaan kita mempunyai plastik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baju yang kita semua pakai sekarang pun banyak yang guna material plastik. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-1-2019 12:10 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Lagubestbest replied at 16-1-2019 09:09 PM
Baju yang kita semua pakai sekarang pun banyak yang guna material plastik.
Ya. Material sintetik semestinya menggunakan fiber plastik yang halus dan kalau terurai, pastinya menjadi mikroplastik. Cuma, kita cuma memakainya. Terima kasih kerana komen. (ni balas komen orang ni saja nak up credit... Hehehe) |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-1-2019 12:15 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
sinalegna replied at 16-1-2019 02:54 PM
Dunia terlampau ramai penduduk, Thanos suh buat population control kalo takmo kena snap
Sebab tu Thor tak aim kepala time humban kapak stormbreaker hari tu, dia pun nak benda tu jadi.. Kalau tak makin ramai manusia buang plastik dalam laut. Hehehe
(saja reply nak tambah kredit) |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-1-2019 12:18 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
kucingitam replied at 16-1-2019 02:44 PM
one of the plastik is sajat
Lah, Sajat ni real rupanya, ingatkan watak ciptaan media.. Hehehe
(saja reply tambah kredit) |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-1-2019 12:23 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
kaklong32 replied at 16-1-2019 12:31 PM
patut la macam2 penyakit timbul
Ya, manusia sekarang cuma mampu mengurangkan kesan-kesan sampingan yang berat dan terlihat. Apapun, jagalah kesihatan semampunya selagi hak nyawa dikandung badan. |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya, Paz committed nak kuarangkan guna plastic. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-1-2019 01:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
paz replied at 21-1-2019 12:13 PM
Takutnya, Paz committed nak kuarangkan guna plastic.
Jom kongsi ilmu dengan semua orang ya!
Terima kasih baca.. |
|
|
|
|
|
|
|
Archaiv replied at 16-1-2019 08:15 PM
Sebenarnya Malaysia sudah mengambil langkah drastik tahun ini dengan memutuskan untuk tidak meneri ...
Selama ni malaysia jadi tempat pelupusan sampah dari eropah ke? Seriously? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-1-2019 01:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mr_cool5885 replied at 21-1-2019 01:11 PM
Selama ni malaysia jadi tempat pelupusan sampah dari eropah ke? Seriously?
Ya. Kalau tak silap ada kat Selangor. Kesatuan Eropah panik lewat tahun lalu selepas pendekatan Malaysia Baharu untuk memberhentikan pengambilan sampah-sampah tersebut. Perkara ini pernah diulas olah beberapa kementerian dalam media massa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|