CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1016|Reply: 2

[Tempatan] UM TETAP universiti terbaik Malaysia

[Copy link]
Post time 16-1-2019 05:18 PM | Show all posts |Read mode



16 Januari 2019 40


KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) dinobatkan sebagai universiti terbaik negara.

Pusat pengajian tinggi itu juga berada di tempat ke-18 dalam kalangan Universiti Ekonomi-Ekonomi Baru Muncul (EEUR) Times Higher Education (THE).

Ini merupakan kali kedua UM menyertainya dan meletakkan kedudukannya antara 20 universiti teratas dalam ekonomi-ekonomi baru muncul dan prestasi terbaik dalam kalangan universiti di negara ini.

Sistem THE-EEUR membabitkan kumpulan khas daripada 300 universiti di 40 buah negara yang diklasifikasi oleh FTSE sebagai ekonomi baru muncul maju. ekonomi pertengahan dan hadapan.

Malaysia diletakkan berada di bawah kategori ekonomi baru muncul yang maju.

UM berkata, sudah tentu kedudukan ini memberikan petunjuk terhadap prestasi terasnya dalam pengajaran, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan pandangan antarabangsa.

Metodologi kedudukan THE-EEUR menggunakan penunjuk prestasi 13 yang sama seperti THE World University Rankings (THE-WUR) dengan lima petunjuk teras iaitu Pengajaran (30%), Penyelidikan (30%), Citations (petikan daripada bahan rujukan – 20%),
Tinjauan Antarabangsa (10%) dan Pendapatan Industri (10%).

Berbanding dengan metodologi THE-WUR, tiga penunjuk terakhir iaitu Citations, Tinjauan Antarabangsa dan
Industri Pendapatan telah diperuntukkan semula untuk wajarannya.

Naib Canselor UM, Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hashim gembira dengan keputusannya tersebut berkata, penyertaan UM dalam sistem ranking adalah untuk meningkatkan lagi nilainya cadangan dan menanda aras UM berbanding Institusi Pengajian Tinggi yang lain.

Selain itu, UM mahu meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan industri strategik dan perkongsian antarabangsa untuk mempersiapkan para graduan UM mengendalikan teknologi baharu apabila ekonomi bergerak ke arah Revolusi Perindustrian (IR) 4.0.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 05:21 PM | Show all posts
ada tak budak2 UM yang boleh buktikan secara saintifik yang evolusi bener benerrrrrrrr berlaku...wakakakakkakakakakakakkak
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 11:54 AM | Show all posts

Dashyat Taylor No2 sekarang ini.
https://mypt3.com/ranking-universiti-terbaik

Senarai 26 Ranking Universiti Terbaik Malaysia tahun 2019 dan best private university
Sah, universiti Malaya, universiti Putra Malaysia dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia menduduki senarai teratas bagi ranking universiti terbaik Malaysia untuk tahun 2019.

Ketiga-ketiga universiti cukup ulung selepas menjalani tempoh dan sejarah yang panjang dalam pengajian tinggi di Malaysia
Senarai ini dikeluarkan sendiri secara rasmi oleh agensi antarabangsa yang cukup berkredibiliti iaitu QS University Ranking 2019 yang melakukan penilaian berdasarkan beberapa elemen termasuklah aspek penyelidikan, peringkat antarabangsa, kualiti kursus dan graduan di peringkat pasaran kerja dan juga aspek pengajaran juga.
Universiti mana yang agaknya yang tersenarai universiti terbaik di Malaysia?
26 Ranking Universiti Terbaik di Malaysia
Ranking 2019Nama Universiti MalaysiaRanking 2018Ranking AsiaRanking Dunia
1
Universiti Malaya (UM)
1
19
87
2
Universiti Putra Malaysia (UPM)
2
34
202
3
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3
41
184
4
Universiti Sains Malaysia (USM)
4
43
207
5
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
5
47
228
6
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
6
99
521-530
7
Universiti Utara Malaysia (UUM)
7
128
601-650
8
Taylor University
8
135
601-650
9
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
9
137
751-800
10
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
10
143
651-700
11
Universiti Multimedia (MMU)
11
175
810-1000
12
USCI University
/
178
481
13
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
/
188
/
14
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
19
188
/
15
Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP)
15
201
/
16
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
16
206
/
17
Sunway University
20
232
/
18
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
17
234
701-750
19
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
18
236
/
20
Management and Science University (MSU)
13
271-280
/
21
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
/
291-300
/
22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
/
201-350
/
23
Limkokwing Unversity of Creative Technology
14
351-400
/
24
Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
/
351-400
/
25
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
/
401-450
/
26
Universiti Sultan Zainal Abidin
/
451-500
/
Sumber Rasmi : topuniversity
9 Ranking Universiti Swasta Terbaik [Best Private University]
Ranking 2019Nama Universiti Swasta
1
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
2
Universiti Taylor
3
MMU University
4
UCSI University
5
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
6
Universiti Sunway
7
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
8
Management and Science University (MSU)
9
Limkokwing Unversity of Creative Technology
10
Universiti Kuala Lumpur (UniKL)


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.057333 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list