CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 599|Reply: 1

[Tempatan] Martion, restoran western food edar 1,000 roti John PERCUMA Ahad ni

[Copy link]
Post time 16-1-2019 05:27 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU 16 Jan. - Sebagai tanda sokongan atas kejayaan gembala cilik, Muhammad Syukur Khamis dan jurugambarnya yang mengharumkan nama Terengganu di persada dunia, sebuah restoran makanan barat di bandar raya ini, Martion akan menghadiahkan 1,000 roti john kepada orang ramai pada Ahad ini.

Martion yang terletak di Jalan Tengku Ampuan Mariam di sini dijangka melakukan agihan makanan tersebut secara berperingkat bermula dari pukul 4 hingga 5 petang manakala selebihnya diteruskan pada sebelah malam.

Pemiliknya, Amri Yaman, berkata, pihaknya amat menghargai segala usaha kalangan jurugambar dan Muhammad Syukur yang membantu menaikkan nama Terengganu sejak seminggu lalu apabila kisah mereka tular hingga turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya, majlis dalam suasana santai itu dijangka dihadiri Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

"Kalangan jurugambar dan adik Syukur telah menghadiahkan kejayaan buat Terengganu maka, 1,000 roti john ini pula adalah hadiah kepada orang ramai terutama warga Kuala Terengganu yang menyokong usaha-usaha mengangkat nama negeri ke persada dunia," katanya, di sini hari ini.

Martion Kuala Terengganu mulai beroperasi sejak empat bulan dan merupakan cawangan kedua selepas pembukaan pertama di Jalan Pantai Sura di Dungun.

Amri berkata, majlis itu turut mendapat kerjasama daripada tujuh agensi lain iaitu Kambing Bakar Guang Zhou (KBGZ), MSR Event Manangement, TY Hotel, Duta Ayam, Fafa Sweet House, CONTIXPERT dan Cucco.

Hebahan mengenai agihan roti john percuma ini telah diwar-warkan Martion Kuala Terengganu sejak Ahad lalu menerusi laman Facebook rasmi mereka yang mendapat lebih 700 komen, 2,600 perkongsian dan 4,000 tanda suka sehingga setakat pukul 4 petang ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 05:32 PM | Show all posts
sedap tak roti john itu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.055708 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list