CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1931|Reply: 21

[Tempatan] Ceroboh tanah Orang Asli: Putrajaya saman kerajaan Kelantan

  [Copy link]
Post time 19-1-2019 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Ceroboh tanah Orang Asli: Putrajaya saman k’jaan Kelantan

https://m.malaysiakini.com/news/460782

Hafiz Yatim
18 Jan 2019, 5:08 petang (Dikemaskini 18 Jan 2019, 5:39 petang)




Kerajaan Persekutuan atas arahan kabinet hari ini memfailkan saman sivil terhadap kerajaan negeri Kelantan kerana menceroboh tanah Orang Asli Temiar di negeri ini.


Dalam satu kenyataan hari ini, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, saman itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.


"Buat pertama kalinya di negara ini, kerajaan pusat sedang melaksanakan prosiding undang-undang bagi pihak Orang Asli selaras dengan kewajipan perlembagaan dan undang-undang kerajaan persekutuan untuk melindungi dan mempromosikan kesejahteraan mereka.


"Walaupun perkara tanah dan perhutanan terletak di dalam bidang kuasa kerajaan negeri, negara perlu melindungi kebajikan Orang Asli Temiar," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Thomas, kerajaan negeri Kelantan dan agensinya telah memberikan hak pembalakan di Gua Musang kepada beberapa syarikat swasta tanpa berunding dengan masyarakat Orang Asli Temiar atau menawarkan pampasan kepada mereka.


Beliau berkata kerajaan Persekutuan memandang serius pencerobohan tanah tersebut.


"Tindakan mereka menghalang Orang Asli Temiar daripada tanah dan sumber asli mereka, dan menyebabkan hakisan, pencemaran dan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki terhadap ekologi dan landskap Pos Simpor (di Gua Musang)," katanya.


Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu, menamakan kerajaan negeri Kelantan, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, dan lima syarikat swasta sebagai pihak defendan.


Ia memohon perintah mahkamah untuk mengiktiraf hak tanah Orang Asli Temiar di Pos Simpor, dan injunksi untuk menghalang syarikat swasta daripada menceroboh dan memusnahkan tanah berkenaan untuk tujuan komersil.


Putrajaya akan mewakili masyarakat Orang Asli Temiar secara percuma.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2019 11:51 AM | Show all posts
Amnesty, kumpulan Orang Asli alu-alu Putrajaya saman Kelantan

https://m.malaysiakini.com/news/460846

19 Jan 2019, 10:29 pagi (Dikemaskini 19 Jan 2019, 10:29 pagi)



Amnesty International dan Jaringan Orang Asli Johor (Jpoaj) mengalu-alukan keputusan Putrajaya untuk menyaman kerajaan Kelantan atas pencerobohan tanah Orang Asli.

"Pengumuman ini merupakan langkah penting ke arah melindungi hak-hak rakyat asal di negara ini. Bagaimanapun, banyak lagi yang perlu dilakukan," kata Rachel Chhoa-Howard dari Amnesty International dalam satu kenyataan.

Chhoa-Howard berkata Orang Asli di Malaysia terus menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia termasuk tiada pengiktirafan tanah mereka. serta ancaman, intimidasi dan keganasan apabila mereka bersuara.

"Kami menyeru kerajaan persekutuan untuk mengambil tindakan selanjutnya dan skop penuh reform diperlukan untuk menjamin Orang asli mendapat pengiktirafan sepatutnya dan perlindungan di Malaysia," tambahnya.

Sementara itu, pengerusi Jpoaj Dolah Tekoi berkata tindakan itu adalah tanda awal pengiktirafan kerajaan Pakatan Harapan terhadap tanah adat Orang Asli.

Kataya, kerajaan Kelantan angkuh dalam menafikan hak Orang Asli dengan mendakwa bahawa tanah adat tidak wujud adalah tidak sopan.

"Oleh itu, tindakan yang sesuai adalah membawa mereka ke mahkamah, " katanya dalam satu kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah bersama orang yg tertindas...Allah tak bersama kerajaan PAS Kelate
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah sangat ker kaw nak sepot rakyat klantan sniri? Bodoh nak mampos lah gomen klantan neh
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 19-1-2019 01:19 PM
Susah sangat ker kaw nak sepot rakyat klantan sniri? Bodoh nak mampos lah gomen klantan neh

Bese la cakap ja nak saman. Nak meraih undi masyarakat asli CH.

Dah boleh baca rentak depa
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 18-1-2019 05:55 PM
Bese la cakap ja nak saman. Nak meraih undi masyarakat asli CH.

Dah boleh baca rentak depa

If gomen kelantan pandai. Deme takkan biar isu neh timbul and cuba selesaikan cara dalaman dgn komuniti OA deme snirik. Neh masalah neh dah tersebar keluar. Akta OA mmg bawah bidang kuasa Federal so berhempaslah deme. Mama neh dah cadangkan macam2 dah kat sek2 pantai timo kita tapi deme degil. Bodoooh sialll
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 19-1-2019 01:55 PM
Bese la cakap ja nak saman. Nak meraih undi masyarakat asli CH.

Dah boleh baca rentak depa

Saman dah difailkan pun...tak reti baca ke...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 02:58 PM | Show all posts
tu diaaaa.... sebok nak saman bab aurat org smpai kuin sendiri pun bertupis, last2 sendiri kena saman balik... yelah, org Asli kn non-Moslem, itu yg kelate hentam jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelakar bila ummah kelate kata ex agung resign sebab kes ni lah.. Tak tahan kene pressure dgn kerajaan PH katanya.. Lol
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 19-1-2019 02:52 PM
Saman dah difailkan pun...tak reti baca ke...

Iye lah. Betul lah tu. Tak kan pulak menyembang pulak pasai  saman ya dak ? Masa ni la pun baru nak bukak balik isu saman

Lucu aih
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 19-1-2019 01:59 PM
If gomen kelantan pandai. Deme takkan biar isu neh timbul and cuba selesaikan cara dalaman dgn kom ...

Memang tadak dapat pampasan ka
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka kelantan.. sian gila kt org asli temiar tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni dah lama. Tanah adat orang Temiar PAS  bagi orang lain buat duit. Kalau aku orang asli pun aku mengamuk. Padan mula Kena saman.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 19-1-2019 01:59 PM
If gomen kelantan pandai. Deme takkan biar isu neh timbul and cuba selesaikan cara dalaman dgn kom ...

Dari segi undang2..x nmpk mcm AG boleh menang kes ni...terang bsuluh tanah urusan negeri...federal juga xde kuasa utk paksa kelantan terima pakai akta org asli..

Tp dari segi moralnya..apa la salah rizab kan tanah utk org asli ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka kena saman....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan kelantan mmg kurang cerdik serba-serbi. Di kala negeri lain tunjuk inisiatif dan PR stunt baik untuk bela tanah orang asli, kelantan secara terang-terangan bagitau tak wujud pun tanah orang asli di sana.Dasar kurang cerdik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 20-1-2019 08:47 AM
ultra78 replied at 20-1-2019 08:11 AM
Kerajaan kelantan mmg kurang cerdik serba-serbi. Di kala negeri lain tunjuk inisiatif dan PR stunt b ...


Walaupun ak x setuju tindakan AG..tp sikap kerajaan kelantan juga myedihkan.

Kalau British dulu..boleh tgerak hati mwujudkan rizab melayu sebab kasihan kt org melayu..xde sebab kenapa kelantan x boleh buat pkara sama utk org asli..

Mg betul la..negeri x terikat utk mguna pakai akta org asli ...tp x salah kot bg pnempatan khas utk mereka..dh la mereka tu mmg org asal...

Kalau ya pun kelantan x nk terima pakai akta tsebut..mereka masih ada kuasa utk wujudkan rizab OA yg sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 19-1-2019 03:35 PM
Memang tadak dapat pampasan ka

Kalau pmberiaan tanah utk OA di kelantan sebagai TOL sahaja... Mn ada pampasan

Kalau mmg rizab.. Baru akan dpt pampasan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelantan ni mmg fail la. Dah rampas tanah orang asli pun masih lg antara negeri termiskin kt malaysia. Tebang balak sampai banjir lumpur pun mcm tu gak. Mane pegi pendapatan negeri diorg ni i kenot brain la
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 20-1-2019 09:05 AM
Kelantan ni mmg fail la. Dah rampas tanah orang asli pun masih lg antara negeri termiskin kt malaysi ...

duit asyik buat rombongan ke Mekoh.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.101391 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list