CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 563|Reply: 1

[Dunia] Dr M selamba pertahan pendirian di Oxford.

[Copy link]
Post time 20-1-2019 07:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-1-2019 03:20 PM

Dr M selamba pertahan pendirian di OxfordFMTJanuary 19, 2019 2:17 PM




Dr Mahathir berucap kepada Oxford Union Society di Oxford semalam.



LONDON: Tun Dr Mahathir semalam terus mengemukakan kritikan lazim beliau tentang demokrasi di depan khalayak di Oxford, selain mengulangi pendirian kerasnya terhadap Israel, menolak tuduhan anti-Semitisme dan mempertahankan rekod lampau beliau sebagai perdana menteri selama 22 tahun sebelum ini.


Bercakap kepada Oxford Union Society, perdana menteri itu turut menjawab beberapa soalan, termasuk layanannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan yang menjadi “musuh” pada 1998 dan dipecat atas alasan moral.

“Kalau saya bercakap benar pun, anda tidak akan mempercayainya.


Beliau dibicarakan di mahkamah undang-undang selama 9 bulan sebelum dijatuhi hukuman penjara,” katanya, merujuk kepada perbicaraan Anwar pada akhir 1990-an.

“Tetapi sekarang saya kawan baiknya,” kata beliau, disambut ketawa hadirin di dalam dewan.


Anwar, yang dipecat oleh Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 dijatuhi hukuman penjara 6 tahun kerana rasuah pada 1999 dan dikenakan hukuman penjara 9 tahun atas dakwaan liwat pada 2000. Beliau dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan liwat tersebut.

Dr Mahathir menolak pandangan seorang hadirin bahawa beliau merosakkan kedaulatan undang-undang dalam episod melibatkan Anwar itu.

“Kedaulatan undang-undang menyebut jika anda melakukan kesalahan, anda akan didakwa dan dibicarakan di mahkamah undang-undang. Hakim akan membuat keputusan, bukan saya,” kata Dr Mahathir, yang terpaksa memberitahu hadirin beberapa kali supaya mengulangi soalan mereka sama ada kerana ia terlalu pantas atau tidak didengarinya dengan jelas.


Apabila ditanya pandangannya sama ada liwat merupakan satu jenayah, Dr Mahathir memberi jawapan selamba.

“Dalam masyarakat kami, ia salah. Jika anda mahu melakukannya, silakan. Tetapi di England, jangan di Malaysia,” katanya.

Bumiputera Amerika


Dr Mahathir juga mempertahankan dasar afirmatif yang diamalkan oleh Malaysia bagi membantu golongan Bumiputera, dengan berkata, prinsip yang sama turut diamalkan di Amerika Syarikat hari ini.

“Jika anda bercakap tentang (dasar) Bumiputera, Bumiputera Amerika tidak mahu warga Mexico menyeberang sempadan mereka. Kenapa? Mereka ada hak, mereka boleh cakap sesuka hati. Mereka mahu pergi ke negara anda, mereka patut pergi. Tetapi mereka membina tembok, dan sekarang rakyat Amerika tidak dibayar gaji pula.


“Begitulah tindak balas yang anda lihat daripada negara demokrasi hebat. Kami tidaklah terlalu hebat,” kata beliau.

Israel dan anti-Semitisme

Ketika ditanya beberapa kali tentang pandangannya mengenai Israel, Dr Mahathir berkata, beliau berhak bercakap membantah dasar Israel sebagaimana pengkritik beliau mempunyai hak untuk melabelkannya sebagai anti-Yahudi.


“Mereka berhak berpendapat begitu terhadap saya. Saya juga berhak untuk berkata bahawa mereka membuat banyak perkara salah,” katanya.

Kehadiran Dr Mahathir di Oxford mengundang bantahan daripada kumpulan pelajar Yahudi di situ, yang meminta penganjur menarik balik jemputan kepada beliau.


Semalam, Presiden Oxford Union, Daniel Wilkinson, yang mempengerusikan sesi tersebut, mencadangkan kepada Dr Mahathir bahawa beliau boleh mengambil pendekatan lebih “konstruktif” dalam mengkritik Israel dan tidak menyasarkan orang Yahudi.

“Saya tidak arif tentang kaedah konstruktif. Ia (Israel) adalah sebuah kerajaan yang tidak mempedulikan pandangan orang lain. Oleh sebab itu mereka terus melakukan jenayah perang sepanjang masa. Jadi kenyataan saya ini adalah hak saya untuk bersuara.

“JIka mereka tidak suka, mereka boleh beritahu tidak suka. Saya tak peduli,” katanya.


Beliau berkata, penyelesaian konflik di Palestin mesti dilihat dalam perspektif sejarahnya apabila Israel diwujudkan pada 1948.

“Saya terkejut ramai kelompok demokrat yang terus menyokong perbuatan merampas tanah orang asing bagi mewujudkan sebuah negara untuk orang lain,” katanya.


Dr Mahathir juga menolak tuduhan bahawa beliau menyasarkan orang Yahudi, bukannya kerajaan Israel, dengan memberi contoh langkah Eropah mengharamkan import minyak kelapa sawit dari Malaysia.

“Eropah mahu mengisytiharkan minyak sawit beracun. Kenapa anda mahu melukakan petani miskin di Malaysia? Adakah kerana anda tidak sukakan kerajaannya,” soal beliau.


Beliau sekali lagi menolak dakwaan anti-Semitisme.

“Saya tidak faham. Kita bercakap tentang kebebasan bersuara, tetapi anda tidak boleh berkata apa-apa terhadap Israel, terhadap orang Yahudi. Kenapa begitu?

Dr Mahathir juga mempertahankan keputusan terbaru Malaysia tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara itu dengan berkata, ia menggunakan hak yang sama yang digunakan negara lain, sekali gus merujuk kepada langkah negara Eropah menutup sempadannya kepada imigran.


“Demokrat tanpa toleransi”

Dalam ucapannya sebelum itu, Dr Mahathir membuat kritikan lazim beliau terhadap demokrasi dengan berkata, golongan demokrat mempunyai kecenderungan untuk memaksakan sistem itu ke atas negara yang mereka anggap sebagai diktator, justeru menyebabkan berlakunya banyak kematian dan kemusnahan.

“Demokrasi bagus dari segi ia membolehkan rakyat memilih kerajaan mereka sendiri. Ke takat itu, demokrasi terbukti merupakan bentuk kerajaan yang betul.


“Tetapi kita juga lihat percubaan untuk memaksakan demokrasi ke atas semua negara di dunia. Kelompok demokrat kini tidak bertoleransi terhadap sistem lain. Mereka mahu menghapuskan sistem kerajaan yang lain sehinggakan jika anda tidak berubah dan menjadi sebuah demokrasi, negara anda akan dicerobohi. Ini bercanggah sama sekali dengan konsep dan idea demokrasi.”


Beliau menarik perhatian hadirin kepada rentetan peristiwa yang membawa kepada kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum tahun lepas, dan pada masa sama mempertahankan rekod silamnya memerintah selama 22 tahun.

“Tentulah saya juga diingatkan bahawa saya adalah perdana menteri yang dituduh sebagai diktator. Sudah pasti ramai yang percaya saya diktator. Bagaimana lagi cara untuk memerintah sesebuah negara selain menjadi seorang diktator?

“Dalam sejarah negara-negara, tidak ada seorang pun diktator yang melepaskan kuasa dan membenarkan orang lain mengambil alih (pemerintahan),” kata Dr Mahathir.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/19/dr-m-selamba-pertahan-pendirian-di-oxford/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa gelen atok kencing di oxford.. Zaman dia tiada protest jalanan kata atok kaki kencing. Di fb pun trend terkini hari2 netizen maki atok.. Beza sgt dg fenomena sebelum pru

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.402010 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list