Dunia... penuh dengan kekejaman terhadap manusia, penindasan, peperangan dan memperdagangkan manusia. Apakah manusia itu sendiri berpuas hati dengan mempertaruhkan nyawa manusia lain? Apa yang mereka akan dapat dengan membunuh manusia lain? Cuba anda fikirkan.
Di Malaysia juga, terdapat banyak kes pembunuhan yang kejam seperti kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993 yang melibatkan Mona Fendi dan suaminya. Begitu juga pembunuhan Altantuya yang memgemparkan Malaysia sikit masa dahulu. Dan banyak lagi kes pembunuhan yang berprofil tinggi dan sehingga sekarang masih menjadi tanda Tanya.
Walaupun pembunuhnya sudah dijatuhi hukuman, namun kita masih tertanya-tanya, mengapa pembunuhan sebegitu berlaku sedangkan kita manusia masih berfikirkan waras dengan melakukan tindakan yang kejam sebegitu.
Di sini dipaparkan 5 Pembunuh Bersiri Yang Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia.
5. Gary Ridgway
Foto: Google
Gary Ridgway ditangkap pada tahun 2001 dan bertanggungjawab ke atas empat kes pembunuhan. Namun dia telah mengaku membunuh tujuh puluh wanita di seluruh Washington sekitar tahun 80-an dan 90-an. Dia tidak dijatuhkan hukuman mati kerana memberitahu tapak pelupusan mayat yang telah dibunuhnya dan lima lagi mayat dicampak ke Sungai Green. Oleh sebab itu, dia diberi julukan 'The Green River Killer'. Dia telah disabitkan kesalahan ke atas 49 pembunuhan dan menjalani hukuman penjara seumur hidup.
4. Pedro Rodrigues Filho
Foto: Google
Pedro telah ditangkap pada tahun 1973 dan disabitkan hukuman pada tahun 2003 dengan membunuh 71 orang. Dia mula membunuh ketika usia 14 tahun. Pedro dijatuhi hukuman penjara 128 tahun namun system undang-undang Brazil tidak membenarkan sesiapa dipenjara melebihi 30 tahun. Sewaktu Dalam penjara, dia telah membunuh ayahnya sendiri yang dipenjarakan di situ juga dan membunuh 47 orang banduan. Oleh sebab pembunuhan yang berulang dilakukannya, Pedro menjalani hukuman penjara sehingga 400 tahun.
3. Daniel Camargo Barbosa
Foto: Google
Pembunuh bersiri ini melakukan serangan seksual dan membunuh 150 orang gadis remaja di Colombis dan Ecuador sekitar tahun 70-an dan 80-an. Dia berjaya lari dari penjara dan membunuh 72 orang gadis remaja lagi. Akhirnya, dia dapat ditangkap semula di Quito dan dipenjara selama 16 tahun. Namun pada tahun 1994, Daniel dibunuh oleh banduan yang berada di penjara yang sama.
2. Pedro Alonso Lopez
Foto: Google
Dia antara pembunuh bersiri yang kejam dari Colombia. Membunuh 300 orang gadis Amerika Selatan. Dia menggunakan taktik dengan mengoda mangsa dan menarik mereka ke kawasan yang sunyi sebelum membuat serangan seksual dan mencekik mereka sehingga mati. Atas kesalahan yang dilakukannya. dia disabitkan kesalahan dan dihukum penjara di Ecuador selama 18 tahun sebelum dihantar ke Colombia untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup. Dia mengaku membunuh lebih 300 mangsa.
1. Dr. Harold Fredrik Shipman
Foto: Google
Dia seorang doktor yang berbangsa Inggeris dan pembunuh bersiri yang paling banyak dalam sejarah dunia. Tokoh yang disegani masyarakat ini telah membunuh melebihi 250 orang dengan menyuntik diamorphine ke dalam badan pesakit sehingga membawa maut. Kemudian, dia membuat wasiat palsu untuk merampas harta mangsa dan membakar mayat mangsa untuk menghapuskan bukti. Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebanyak 15 kali. Namun pada tahun 2004, dia mengantung diri di Penjara Wakefield.
Kalau difikirkan, orang yang paling kejam membunuh adalah daripada kalangan orang yang bijak pandai. Ada yang sanggup membunuh untuk mendapatkan harta kekayaan orang. Amankah hidup kita andai membunuh orang untuk mendapatkan harta mereka?
Kita sebagai manusia yang waras, berfikirlah sebelum bertindak. Kerana setiap perbuatan kita akan membawa padah ke atas diri kita sendiri dan juga orang lain.
Tanyalah diri sendiri, mahukah kita diperlakukan sepertimana perlakuan kita terhadap orang lain? Hidup ini karma. Apa yang kita beri, itu yang kita akan dapat balik. Fikir-fikirkanlah. -CARI |