CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: boca120879

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

  [Copy link]
 Author| Post time 4-7-2019 11:25 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ahmad bin 'Amr bin Sarh, daripada Ibnu Wahb, daripada 'Amr bin Al Harits,
daripada Zaid bin Abu Unaisah Al Jazariy, daripada Abu Ishaq, daripada Al Aswad & Alqamah,
daripada 'Abdullah bin Mas'ud,

"Kami bersama Rasulullah s.a.w.
dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa,

lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami,

'Pada setiap duduk (tasyahud) ucapkanlah,

التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ
(Penghormatan, rahmat dan kebaikan
hanya untuk Allah,)

السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
(Semoga keselamatan, rahmat, dan keberkatan
tetap ada pada engkau wahai Nabi,)

السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ
(Semoga keselamatan juga  
ada pada hamba-hamba Allah yang soleh,)

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
(Aku bersaksi bahawa
tiada Dzat yang berhak disembah
kecuali Allah,)

وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
(dan Muhammad
adalah hamba dan utusan-Nya.)"

(Hadith Nasa’i no. 1153)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2019 05:05 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 10-7-2019 01:45 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ishaq bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Bisyr, daripada Mujammi' bin Yahya,
daripada 'Utsman bin Mauhab, daripada Musa bin Thalhah, daripada bapanya (Thalhah),

Kami berkata,
“Wahai Rasulullah s.a.w.,
bagaimana cara kami berselawat kepadamu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab,
“Ucapkanlah,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
(Ya Allah,
curahkanlah kesejahteraan kepada Muhammad
dan keluarga Muhammad),

كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ
(sebagaimana Engkau curahkan kepada Ibrahim
dan keluarga Ibrahim).

إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
(Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
Lagi Maha Agung).

وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
(Ya Allah,
curahkanlah salam kepada Muhammad
dan keluarga Muhammad),

كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ
(sebagaimana Engkau curahkan salam kepada Ibrahim
dan keluarga Ibrahim).

إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
(Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
Lagi Maha Agung).

(Hadith Nasa’i no. 1273)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2019 03:34 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Nashr bin Ali Al Jahdlami, Ibnu Numair, Abu Kuraib dan Zuhair bin Harb,
(kesemuanya) daripada Waki', daripada Al Auza'i, daripada Hasan bin 'Athiyyah,
daripada Muhammad bin Abu 'Aisyah, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Jika salah seorang di antara kalian tasyahud,

hendaklah meminta perlindungan kepada Allah
daripada empat (4) perkara

dan berdoa

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ
(Ya Allah,
saya berlindung kepada-Mu
daripada azab Jahanam)

وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
(dan azab kubur),

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
(dan fitnah kehidupan
dan kematian),

وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
(serta keburukan fitnah
Dajjal al Masih)."

(Hadith Muslim no. 924)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2019 01:44 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Basysyar, daripada Muhammad bin Khalid bin Atsmah Al Bashri,
daripada Ibrahim bin Sa'd, daripada Muhammad bin Ishaq, daripada Makhul, daripada Kuraib,
daripada Ibnu Abbas, daripada Abdurrahman bin Auf,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Jika salah seorang daripada kalian merasa ragu dalam solatnya
hingga tidak tahu satu (1) rakaat
atau dua (2) rakaat yang telah dia kerjakan
maka hendaknya dia hitung satu (1) rakaat.

Jika tidak tahu dua (2)
atau tiga (3) rakaat yang telah dia kerjakan
maka hendaklah dia hitung dua (2) rakaat.

Dan jika tidak tahu tiga (3)
atau empat (4) rakaat yang telah dia kerjakan
maka hendaklah dia hitung tiga (3) rakaat.

Setelah itu sujud dua (2) kali
sebelum salam."

(Hadith Tirmidzi no. 364)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2019 05:00 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Musa bin Isma'il, daripada Hammad, daripada Suhail bin Abu Shalih,
daripada ayahnya (Abu Shalih), daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila salah seorang di antara kalian sedang solat,
lalu dia merasakan
ada sesuatu gerakan pada duburnya,

kemudian dia ragu,
apakah dia berhadas atau tidak,

maka janganlah dia meninggalkan solatnya

sehingga dia mendengar bunyi (kentutnya)

atau mencium baunya.”

(Hadith Abu Daud no. 151)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2019 10:11 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah, daripada Malik, daripada Abu Nadhr, daripada Abu Salamah, daripada Aisyah,

"Aishah pernah tidur
di depan Rasulullah s.a.w.

dan kedua-dua kaki Aishah
berada di Kiblatnya.

Apabila sujud,
Rasulullah s.a.w. menyentuh kaki Aishah

dan apabila Rasulullah s.a.w. berdiri
Aishah membentangkan lagi kedua-dua kakinya,
lalu Aishah menarik kedua-dua kakinya,

dan saat itu di dalamnya
tidak ada lampunya."

(Hadith Nasa’i no. 168)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-7-2019 10:49 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 16-7-2019 03:02 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Dawud bin Rusyaid, daripada Al Walid, daripada Auza'i,
daripada Abu 'Ammar (Syaddad bin Abdullah), daripada Abu Asma`, daripada Tsauban,

"Jika Rasulullah s.a.w. selesai solat,

Rasulullah s.a.w. akan meminta ampun tiga (3) kali

dan memanjatkan doa

اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ
(Ya Allah,
Engkau adalah Dzat yang memberi keselamatan),

وَمِنْكَ السَّلَامُ
(dan dari-Mulah segala keselamatan),

تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
(Maha Besar Engkau
wahai Dzat Pemilik kebesaran dan kemuliaan).

Al Walid bertanya pada Auza'i,
"Lalu bagaimana bila hendak meminta ampun?"

Auza'i menjawab,
"Engkau ucapkan sahaja,
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ

(Hadith Muslim no. 931)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2019 09:51 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 18-7-2019 09:35 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abdul Hamid bin Bayan Al Wasithi, daripada Khalid bin Abdullah, daripada Suhail,
daripada Abu 'Ubaid Al Madzhiji (mantan budak Sulaiman bin Abdul Malik),
daripada 'Atha` bin Yazid Al Laitsi, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa bertasbih kepada Allah
selesai solat
sebanyak tiga puluh tiga (33) kali,

dan bertahmid kepada Allah
tiga puluh tiga (33) kali,

dan bertakbir kepada Allah
tiga puluh tiga (33) kali,

hingga kesemuanya
berjumlah sembilan puluh sembilan (99),”

dan Rasulullah s.a.w. menambahkan

“dan kesempurnaan seratus (100)
adalah membaca
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ

لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

maka kesalahan-kesalahannya akan diampuni

walau sebanyak buih di lautan."

(Hadith Muslim no. 939)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2019 10:17 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Abdullah bin Yusuf, daripada Malik, daripada Abu Az Zanad, daripada Al A'raj,
daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Para Malaikat selalu memberi selawat (mendo'akan)
kepada salah seorang daripada kalian

selama dia masih di tempat dia solat
dan belum berhadas.

Malaikat berkata,
'Ya Allah, ampunilah dia.
Ya Allah, rahmatilah dia'."

(Hadith Bukhari no. 426)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2019 09:43 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Utsman, daripada Jarir, daripada Manshur, daripada Ibrahim, daripada 'Alqamah,
daripada Abdullah,

"Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat."

Ibrahim melanjutkan,
"Tapi aku tidak tahu apakah Rasulullah s.a.w.
terlebih rakaat
atau kurang.

Setelah salam,
Rasulullah s.a.w. pun ditanya”

"Wahai Rasulullah,
telah terjadi sesuatu dalam solat!.”

Rasulullah s.a.w. bertanya:
"Apakah itu?"

Maka mereka menjawab,
"Tuan solat begini dan begini."

Rasulullah s.a.w. kemudian duduk pada kedua-dua kakinya
menghadap kiblat,
kemudian Rasulullah s.a.w. sujud dua (2) kali,
kemudian salam.

Ketika menghadap ke arah kami,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya bila ada sesuatu yang baru
dalam solat

pasti aku beritahukan
kepada kalian.

Akan tetapi aku ini hanyalah
manusia seperti kalian yang biasa lupa
sebagaimana kalian juga biasa lupa,

maka jika aku terlupa,
ingatkanlah.

Dan jika seseorang daripada kalian ragu
dalam solatnya

maka dia harus meyakini
mana yang benar,
kemudian hendaklah dia sempurnakan,

lalu salam
kemudian sujud dua (2) kali."

(Hadith Bukhari no. 386)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2019 10:04 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Al Mutsanna, daripada Muhammad bin Ja'far, daripada Syu'bah,
daripada Jami' bin Syaddad, daripada Abdurrahman bin Abu Alqamah, daripada Abdullah bin Mas'ud,

Kami datang bersama Rasulullah s.a.w.
ketika perang Hudaibiyah.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Siapa yang akan membangunkan kita (daripada tidur)?"

Bilal menjawab,
"Saya."

Mereka pun tertidur
hingga matahari terbit.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bangun
dan bersabda,

"Lakukanlah (solat Subuh)
sebagaimana biasa kalian lakukan."

Maka kami pun melakukannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Dan lakukanlah demikian (mendirikan solat)

bagi siapa sahaja yang tertidur

atau terlupa."

(Hadith Abu Daud no. 377)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2019 01:06 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Suwaid bin Nashr, daripada Abdullah, daripada Musa bin Ali bin Rabah,
daripada bapanya (Ali bin Rabah), daripada Uqbah bin Amir Al Juhaini,

"Tiga (3) waktu yang Rasulullah s.a.w. melarang kita

untuk mengerjakan solat

atau menguburkan mayat iaitu,

1) ketika matahari terbit hingga meninggi,

2) ketika bayangan sama dengan orangnya (matahari tegak)
hingga matahari condong ke Barat,

3) serta ketika matahari hendak terbenam
sampai terbenamnya."

(Hadith Nasa’i no. 557)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2019 10:30 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ubaidullah bin Sa'id, daripada Yahya, daripada Hisyam, daripada Yahya bin Abu Katsir, daripada Abu Qilabah, daripada Abul Malih,

"Kami pernah bersama Buraidah
pada hari yang mendung,

lalu Buraidah berkata,
'Bersegeralah untuk solat,

kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,

"Barangsiapa meninggalkan solat Asar,

maka gugurlah (pahala) amalannya."

(Hadith Nasa’i no. 470)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2019 11:43 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ishaq, daripada Muhammad bin Bakar, daripada Ibnu Juraij, daripada Al Mughirah bin Hakim, daripada Ummu Kultsum binti Abu Bakar, daripada Aisyah,

"Rasulullah s.a.w. pada suatu malam

pernah mengakhirkan Solat Isyak
hingga berlalu sebahagian besar waktu malam,

dan orang-orang yang berada di masjid
(mereka) telah tertidur.

Beliau lalu keluar
dan mengerjakannya (dengan berjemaah),

lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sungguh, inilah waktunya (yang tepat),
kalau sahaja aku tidak memberatkan umatku."

(Hadith Darimi no. 1188)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejap, thread Ni pasal APA ye. Boleh x TT tulis sendiri sbb Susah nak baca la copy paste mcm tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2019 09:27 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 29-7-2019 09:29 AM
Tudunghitam replied at 27-7-2019 06:12 PM
Kejap, thread Ni pasal APA ye. Boleh x TT tulis sendiri sbb Susah nak baca la copy paste mcm tu.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Thread ni umum,
berkaitan dengan
semua perkara
dalam
Al-Quran &
Hadith.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2019 09:31 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Musa bin Daud, daripada Zuhair, daripada Hushain bin Abdurrahman As-Sulami,

“Saya berada di samping Umarah bin Ruwaibah
dan Bisyr berkhutbah (Solat Jumaat) kepada kami,

tatkala berdoa,

dia mengangkat kedua tangannya,

lalu Umarah berkata,
"Semoga Allah memburukkan kedua-dua tangan itu,

saya telah melihat Rasulullah s.a.w. berkhutbah,

jika berdo'a

hanya mengangkat jari telunjuknya satu sahaja."

(Hadith Ahmad no. 16591)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2019 02:17 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Abdullah bin Yusuf, daripada Malik, daripada Nafi', daripada 'Abdullah bin 'Umar,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Solat berjemaah lebih utama

dibandingkan solat sendirian

dengan dua puluh tujuh (27) darjat."

(Hadith Bukhari no. 609)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2019 04:07 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Mahmud bin Ghailan, daripada Abu Mu'awiyah dan Abdullah bin Numair,
daripada Al A'masy, daripada Isma'il bin Raja` Az Zubair, daripada Aus bin Dlam'aj,
daripada Abu Mas'ud Al Anshari,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Yang paling berhak untuk menjadi imam
pada suatu kaum

adalah yang paling bagus
dalam membaca Al Qur`an.

Jika mereka sama dalam membaca,
maka yang paling faham dengan sunnah.

Jika mereka sama dalam sunnah,
maka yang paling dahulu hijrah.

Jika mereka sama dalam hijrah,
maka yang paling tua umurnya.

Janganlah seseorang menjadi imam
dalam (tempat) kekuasaan orang lain

dan jangan duduk di tempat keistimewaan di rumahnya
kecuali dengan izinnya."

(Hadith Tirmidzi no. 218)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2019 10:42 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah bin Sa'id, daripada Laits, daripada Ibnu Syihab, daripada Anas bin Malik,

"Rasulullah s.a.w. jatuh dari kudanya
hingga Rasulullah s.a.w. pun cedera.

Rasulullah s.a.w. lalu solat mengimami kami
secara duduk,
dan kami juga solat
secara duduk.

Setelah selesai Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya imam, atau dijadikannya imam
adalah untuk diikuti.

Jika dia takbir
maka bertakbirlah kalian,

jika dia rukuk
maka rukuklah kalian,

jika dia mengangkat kepala
maka angkatlah kepala kalian,

jika dia mengucapkan
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
(Semoga Allah mendengar
orang yang memuji-Nya),

maka ucapkanlah oleh kalian
رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
(Ya Rabb kami,
milik Engkaulah segala pujian)

dan jika dia sujud
maka sujudlah kalian."

(Hadith Bukhari no. 691)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.347768 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list