Asyik tengok sukan mainstream dan tidak puas hati dengan keputusannya? Tengoklah sukan alternatif yang rasanya semua orang mengaku hebat ketika zaman kecil dulu.
Generasi X, Betul tak? kita semua jaguh dalam permainan kejar-kejar tradisional. Sekarang, cuba pula tengok bila sukan ini dibawa ke tahap profesional.
World Chase Tag ini sebenarnya diinspirasikan daripada permainan tradisional khususnya di asia. Pada tahun 2017, permainan ini telah dijadikan sukan indie di peringkat profesional. Konsep permainannya masih sama iaitu melibatkan dua aksi; yang mengejar dan yang dikejar.
Namun, untuk menjadikan ianya sukan yang adil, undang-undangnya mestilah dibentuk. Sukan ini memerlukan kawasan persegi yang tidak terlalu besar. Halangan-halangan juga perlu bagi mempamerkan kelincahan pemain-pemainnya. Kebanyakkan ahli pemainnya merupakan atlet parkour, tricking dan free running.
Menurut portal World Chase Tag, sukan ini mempunyai beberapa format; Winner-stay-on berpasukan dan individu, Multiplayer, Matchplay, Single Matchplay. Kesemua format permainan menggunakan sistem pungutan mata berdasarkan set pada setiap pusingan dalam set.
Pusingan pula adalah proses kejar-mengejar dalam masa 20 saat ataupun 40 saat bagi format multiplayer bagi setiap pemain yang keluar masuk setiap pusingan itu. Pemain yang keluar daripada kawasan garisan akan menyebabkan mata diberikan pada pihak lawan.
Setakat ini, sukan indie ini belum ada di Malaysia. Mungkin kerana sukan ini dianggap sukan ekstrem dan mempunyai persamaan dengan Parkour dan sewaktu dengannya dan rakyat Malaysia takut untuk mencubanya sedangkan semua orang tahu berlari, cuma perlu tambah asas dalam Parkour sahaja. Selebihnya, kreativiti dan kelincahan pemain dalam menggunakan halangan sebagai kelebihan.
Kepada sesiapa yang berasa dirinya hebat ketika budak-budak dulu bermain kejar-kejar, polis sentri atau sewaktu dengannya, persilakanlah mencuba dalam bidang profesional ini pula ya!
Cuba buat dulu di rumah dengan kerusi, sofa, meja makan, tangga dengan ahli keluarg. Tapi, jangan buat kat orang tua pula. - CARI
masa kecik2 main kejar2 nie paling aku suka... paling lawak main kejar2 pegun... kalau dipegang mesti freeze position.time nie la pihak pengejar nak buat lawak...