CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 24711|Reply: 70

[Pelbagai] TRUTH, LIES AND HISTORY

  [Copy link]
Post time 8-2-2019 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by fixit at 8-2-2019 09:06 AM

Kebenaran, Penipuan, dan Sejarah


“Sejarah ditulis oleh pemenang”, begitulah ungkapan Winston Churchill, bekas Perdana Menteri Britain yang dikenang sehingga sekarang. Orang yang menang akan menulis semua yang baik-baik, hebat-hebat malah mungkin ditokok-tambah menjadikan mereka sentiasa dipandang dan dikenang sebagai orang hebat. Orang yang kalah pula, akan terpinggir dan dilupakan.


Daripada hal peribadi kepada skim kewangan kepada peristiwa-peristiwa yang tidak pernah terjadi, dunia telah ditipu dengan banyak pembohongan besar dalam sejarah. Adakah kita senang tertipu dengan tokok tambah ini? Juga terdapat dua sisi untuk setiap cerita. Sisi manakah yang lebih dipercayai?

Mari berkongsi apa yang anda tahu tentang ini....



Gambar (bawah): Guernica by Picasso. Lukisan dibawah ini menunjukkan penderitaan mereka yang direnggut keganasan dan kekacauan. Yang utama di dalam komposisi ini adalah kuda yang terbakar, seekor lembu, dan api



akan DITAMBAH dari masa ke semasa......



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2019 09:31 AM | Show all posts
Edited by fixit at 8-2-2019 09:18 AM

George Washington dan pokok ceri!


Sehingga ke hari ini, kebanyakan kanak-kanak telah diberitahu tentang kisah George Washington dan pokok ceri. Kisah ini sepatutnya memberi kita tauladan atas kejujuran Washington, tetapi ternyata ia direka sepenuhnya oleh ahli biografi Washington, Mason Locke Weems

Untuk tahu lebih lanjut kisah ini boleh baca di sini -> Cherry Tree Myth

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2019 09:31 AM | Show all posts
Ini Hanya Tokok Tambah


Semua orang tahu tentang teriakan terkenal PaulRevere "The British Coming! The British Are Coming!" ketika menunggang di tengah malam, tetapi dia tidak pernah melaung ayat itu, bahkan tidak menunggang melalui Concord sama sekali. Selepas kematiannya pada umur 76 tahun, penyair Henry Wadsworth Longfellow membuat Revere terkenal dengan puisi "Midnight Ride",dan menokok tambah peristiwa sebenar

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2019 09:31 AM | Show all posts
Kami Tidak Membina Tembok


Pada hari yang sama pembinaan bermula di Tembok Berlin (August13, 1961), pemimpin Komunis Jerman Walter Ulbricht, secara terbuka mendakwa bahawa,mereka "tidak berrmaksud untuk membina tembok." Tembok Berlin itu berdiri tegak selama hampir tiga puluh tahun dan memisahkan kota (dan keluarga) kepada dua,sebelum diruntuhkan pada tahun 1991

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2019 09:31 AM | Show all posts
Bukan untuk Kegunaan Harian


Masyarakat Viking sering digambarkan dalam filem memakai topi keledar bertanduk dalam kehidupan mereka seharian, tetapi tidakkkk. Walaupun topi keledar bertanduk itu wujud, ia hanya digunakan untuk upacara keagamaan ritualistik pada Zaman Gangsa, dan mereka tidak memakainya untuk kegunaan harian

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2019 09:31 AM | Show all posts
Edited by fixit at 8-2-2019 09:29 AM

Bukan Atas Nama Cinta


Kisah telinga Van Gogh yang terputus menjadi legenda dalam dunia seni, tetapi dia tidak memotongnya sendiri, dan menghantarnya kepada teman wanitanya.Ahli sejarah kini percaya bahawa rakannya dan pelukis Paul Gaugin memotong telinga Van Gogh dengan pedangnya ketika mereka berdua bertengkar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-2-2019 09:34 AM | Show all posts
Jemput mencemar duli my sifu my idola @chesfa
tenkiuu atas tunjuk ajar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2019 09:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2019 09:35 AM | Show all posts
@kuihbakar @matkpop @Foxey
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 09:52 AM | Show all posts
sepanjang jalan kehidupan ini terlalu byk pengkhianatan aku terima..aku maafkan aku rendahkan hati menerima setiap kesilapan sebagai lumrah manusia..namun ia bukan satu pengajaran utk mereka berubah..bermuhasabah dan menghargai pengorbanan yg telah ku beri..

akhirnya..satu persatu mereka aku lepaskan..itu kemahuan mereka..bukan aku..mereka tidak memerlukan aku utk sentiasa ada bersama mereka..merka lebih rela menyakitkan dan mengkhianati kepercayaan yg ku beri.

aku lepaskan selamanya..namun tiada dendam. aku tutup pintu dan hati. tiada lagi aku walau dimana kau mencari.

hati ini sudah tidak mampu menerima pengkhianatan..pergilah sejauhnya dari hidupku. sesungguhnya aku bukan seperti yg kau pikir..aku adalah insan yg dicipta utk terus berjuang..diberi kekuatan dan tiada putus ada dalam diri..namun aku  diberi jua ujian yg tiada terbandingnya yg kau mampu. biarlah apa yg kau pikir..sedangkan aku lah penyelamatmu dikala kau terumbang ambing sekeluarga dulu..kini kau hidup kembali utk menghunus pedang kebencian dan resahkau diatas kemampuan aku.

aku sedia maklum..perkara begini akan kembali berulang..berulang seperti dulu..aku selamatkan insan-insan yg aku sayang..namun aku ditikam dari belakang sekli lagi..aku tahu. bukan kerana aku paranoid atau bersikap negatif..if aku negatif dan paranoid aku takan ada disini..jgn justify sikap aku dgn pengalaman aku selama ini. aku bukan seperti mereka..aku adalah aku.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Einstein tidak Gagal



Untuk masa yang lama, kita percaya bahawa Einstein gagal dalam matematik. Tetapi, sebenarnya beliau adalah seorang prodigi. Ketika dia berumur 15 tahun, Einstein telah menguasai kalkulus (pembezaan dan integral), dan dia mengemukakan alternatif untuk teori Pythagorean, just for fun!

Sistem gred bernombor 1-6 di Jerman dan Switzerland adalah berbeza (1 = terbaik di Jerman, 6 = terbaik di Switzerland). Jadi, apabila Einstein dipindahkan dari satu sistem (Jerman) ke sistem yang lain (Switzerland), biographers membacanya dengan cara yang salah dan memikirkan gred Einstein terus merosot

Gred Einstein ketika di Switzerland, beliau sedikit lemah dalam subjek Bahasa, cemerlang dalam subjek teknikal
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Epal itu Tidak Menimpa Kepala Beliau



Kisah bagaimana Sir Isaac Newton membentuk teori gravitinya biasanya melibatkan epal yang jatuh terkena kepalanya ketika dia duduk di bawah pokok. Tidak semua benar! Newton membentuk teorinya selepas melihat epal di taman ibunya jatuh, tetapi kisah epal menimpa kepalanya hanya mitos
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya adalah Dia!



Apabila badan Anastasia Romanov (cucu bangsawan Russia) gagal dijumpai selepas pembunuhan beramai-ramai keluarganya (Tsar Nicholas II, isteri, dan 5 anak) dalam Revolusi Bolshevik 1918, berita tersebar bahawa anak perempuan Romanov yang termuda itu telah terselamat. Selama bertahun-tahun kemudian, ramai wanita muncul dan mendakwa mereka adalah Anastasia, yang paling terkenal ialah Anna Anderson. Mitos mengenai keluarga Romanov itu digiatkan semula pada tahun 1991 apabila kajian mendedahkan bahawa walaupun sembilan mayat anggota keluarga Romanov dan pelayan yang ditemui di kubur Yekaterinburg, tetapi tidak ada sebarang tanda kewujudan anak lelaki atau perempuan di dalam kubur itu. Pada tahun 2007, ujian genetik dilakukan dan menghentikan mitos itu: bukti DNA menunjukkan bahawa dua mayat yang dijumpai di kubur Yekaterinburg yang lain adalah milik anak-anak Romanov.

Cc: @dani-rox tak de cerita pasal ni kan dekat thread misteri dani tu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
fixit replied at 8-2-2019 09:34 AM
@hibernation @Catpaw @NamaKuMawar

cominggggg... yes, ungkapan sejarah ditulis oleh pemenang memang selalu kedengaran. Jadi tak boleh dengar sebelah pihak ja. kita kena cari dari sumber2 lain juga untuk mendapatkan kesahihan saty2 cerita. Lain org lain pandangan lain interpretasinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2019 10:24 AM | Show all posts
Saya Tidak Bersalah!


Skandal Watergate terkenal, terutamanya kerana Presiden Richard Nixon bertegas bahawa dia tidak bersalah. Setelah kebenaran itu terdedah, Nixon muncul di televisyen, menangis, dan meletak jawatan sebagai presiden

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Catpaw at 8-2-2019 10:37 AM

Ia Tidak Seberat Yang Disangkakan



Kebanyakan orang percaya bahawa baju besi yang dipakai kesatria (knight) pada zaman dahulu sangat berat, tetapi itu tidak benar. Ia hanya seberat antara 30-50 pound (13-22 kg) yang cukup ringan ... memandangkan ia hanya direka untuk melindungi mereka dari dihunus pedang dan senjata maut yang lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2019 10:26 AM | Show all posts
Perang Pasti Dapat Dihindari jika...


Sebagai Perdana Menteri Britain pada tahun 1930-an, Nevil Chamberlinmemilih untuk mengabaikan ancaman Hitler dalam Mein Kampf, dan pengumuman Hitleryang lain, untuk terus mengekalkan keamanan. Hitler dan Chamberlin bertemu sebanyakdua kali untuk membincangkan mengenai pengagihan semula wilayah Jerman di bawahpemerintahan Czech, dan Hitler meyakinkan Chamberlin bahawa perang dapat dielakkanjika usaha itu berhasil. Hitler sebenarnya telah mengerahkan tentera Jerman untukmenyerang Czechoslovakia, dan berharap Chamberlin akan menghalang orang Czech darimelawan, dan seterusnya menjayakan serangan mengejut Jerman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya Berita yang Baik!



Semasa Perang Vietnam, Lyndon B. Johnson sengaja menyembunyikan maklumat negatif tentang perkembangan perang itu untuk menggunakan "sokongan kuat rakyat Amerika", berguna untuk rundingan keamanan. Apa-apa maklumat yang bercanggah dengan imej itu dipintas, dan para pemimpin tentera terpaksa melaporkan hanya berita yang baik



Pentagon Papers, dokumen yang mengandungi sejarah peranan A.S. di Indochina dari Perang Dunia II hingga Mei 1968 dan yang ditauliahkan ke pada 1967 oleh Setiausaha Pertahanan A.S. Robert S. McNamara. Dokumen ini telah diserahkan (tanpa kebenaran) kepada The New York Times oleh Daniel Ellsberg, seorang pensyarah penyelidikan kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa, Massahusetts Institute of Technology

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2019 10:29 AM | Show all posts
@KILL_NANCY @idakamaruddin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2019 10:30 AM | Show all posts
Kod Enigma vs Kod Ultra


Ketika Perang Dunia Kedua, Alan Turing berjaya menyelesaikan kod Enigma Nazi tetapi pihak tentera Bersekutu tidak mahu orang Jerman mengetahui bahawa mereka telah memecahkannya,jadi mereka mencipta 'Ultra'. Kempen Ultra adalah siri pembohongan yang sengaja dicipta untuk membuat pihak Nazi berfikir bahawa kod itu masih utuh. Penipuan ini berterusan selama beberapa tahun, dan menurut Winston Churchill, itulah sebabnya mereka memenangi perang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.102433 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list