CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 552|Reply: 0

[Tempatan] PENGUMUMAN: Setakat terima ijazah kedoktoran kehormat tak perlu kemaruk pakai ge

[Copy link]
Post time 12-2-2019 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Ramai, termasuk ahli politik salah guna pangkat ‘Dr’
February 12, 2019 1:30 PM


GEORGE TOWN: Keghairahan memiliki kelulusan tinggi mendorong ramai rakyat Malaysia beralih kepada institusi pendidikan diragui, tanpa menyedari “ijazah” mereka tidak berguna untuk jangka panjang, kata seorang ahli akademik.

Mohamed Ghouse Nasuruddin dari Universiti Sains Malaysia berkata, mengejar sijil kelulusan tidak mencerminkan sikap mendahagakan ilmu.

Katanya, ini boleh dilihat daripada hakikat banyak kursus ditawarkan universiti tempatan didapati tidak popular.

“Usaha mendapatkan ilmu kurang, tapi usaha mendapatkan ijazah memang banyak,” katanya kepada FMT.

Ghouse menyentuh tanggapan sesetengah orang yang percaya mereka berkuasa dengan adanya segulung ijazah.

“Ia memberi anda persepsi atau rasa mempunyai kuasa, memiliki ilmu untuk ‘command’ (mengawal) atau layak memegang sesuatu jawatan.”

Pada masa sama, katanya, ijazah kedoktoran kehormat juga disalahgunakan.

Beliau berkata, ramai penerima ijazah kedoktoran kehormat, termasuk ahli politik menggunakan gelaran “Dr” pada nama mereka, walaupun mereka tidak sepatutnya berbuat demikian.

“Ahli akademik bekerja keras untuk mendapat ijazah kedoktoran, mereka ini selitkan ‘Dr’ begitu sahaja dalam nama hanya kerana ada ‘universiti hulu’ memberikannya kepada mereka dan tiba-tiba mereka menjadi intelektual.”

Ghouse berkata, tidak sukar mendapatkan gelaran dari segi akademik pada masa ini.

“Sesetengah ahli politik atau tokoh korporat mencari orang untuk melakukan tugasan mereka. Mana mereka ada masa untuk belajar dan membuat penyelidikan?

“Anda dapatkan orang lain tulis tugasan anda, letak nama anda pada kertas kursus dan kita melahirkan pemegang diploma serta ijazah.”

Katanya, sikap mengejar ijazah ini menimbulkan masalah graduan tidak dapat mengisi keperluan pasaran, sama ada dalam sektor korporat atau kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, masalah bukan dalam kalangan graduan sahaja kerana ia sudah “berakar” dalam sistem universiti.

Beliau menyifatkan sesetengah institusi pengajian tinggi tempatan sebagai “kilang pembuatan” yang ghairah dengan ranking dan keuntungan.

Bagi Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia, tindakan membeli ijazah berbanding belajar bertahun-tahun nampaknya semakin diterima rakyat Malaysia.

Katanya, mereka yang tidak lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini boleh mendakwa mempunyai ijazah.

Beliau berkata, ijazah kini menjadi “perhiasan” serta alat untuk meningkatkan imej seseorang.

“Membeli ijazah bergantung kepada tahap kekayaan anda dan tiada kaitan dengan kebolehan akademik seseorang.”

Katanya, walaupun Malaysia mempunyai lebih 20 universiti awam, ramai memilih tidak mendaftarkan diri mengikuti kursus diiktiraf.

Shamsul Amri berkata, 5 universiti awam diberikan status penyelidikan, dengan kualiti ijazah “lebih tinggi” daripada institusi bukan penyelidikan.

Bagi universiti swasta pula, katanya, terdapat jurang besar antara institusi pendidikan terbaik dan paling lemah.

“Sebagai contoh, (universiti swasta) terbaik membina intrastruktur fizikal dan bukan fizikal kekal sendiri, manakala yang terburuk hanya mampu menyewa rumah kedai 2 tingkat.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.056398 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list