View: 2145|Reply: 16
|
Tak Sempat Nak Bertunang, Pasangan Kekasih Maut Kereta Bertembung
[Copy link]
|
|
Hajat nak bertunang pada 25 Mac ini tidak kesampaian apabila pasangan kekasih maut dalam kemalangan.
Kejadian yang berlaku di Batu 11, Segari kira-kira 40 kilometer dari Lumut itu menyaksikan Sharifuden Shahidan, 34, dan Nadya Othman, 36, meninggal duni selepas kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah lagi kereta dari arah bertentangan.
mStar Online melaporkan, kedua-dua mangsa bekerja di sebuah restoran makanan segera di Seri Manjung.
Difahamakan sebelum kejadian yang berlaku pada 11.30 malam itu, kedua-duanya baru selesai mencuba baju untuk majlis pertunangan mereka di butik yang terletak di Sungai Kerang, Taiping.
Foto: mStar Online
Sementara itu mangsa yang berada di sebuah lagi kereta, Henson Elizabeth Saimah, 31, cedera parah manakala rakannya yang duduk di bahagian penumpang hadapan dipercayai warga Indonesia berumur lingkungan 30-an meninggal dunia di lokasi kejadian.
Bapa Sharifuden, Shahidan Omar, 59, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengannya adalah pada 18 Januari lepas.
“Dia tanya saya apa perlu dibuat untuk majlis pertunangannya nanti dan saya bagitahu dia untuk beli cincin dan nanti kami sekeluarga akan pergi ke rumah Nadya untuk merisik dan terus bertunang.
“Mereka (Den dan Nadya) telah setahun berkawan dan dijangka kahwin pada bulan November nanti."
Jenazah Nadya dikebumikan di Tanah Perkuburan Fasa 2C Seri Manjung manakala jenazah Sharifuden akan dikebumikan di tanah perkuburan Ayer Hitam di Kedah. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takziah buat family arwah..hajat tak kesampaian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada seluruh keluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Ajal, jodoh rahsia Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainnailaihirajiuun.
Itulah orang2 tua cakap tuning ni berdarah manis. Tak diberi keluar2 sangat.
Tapi ialah dah mmg tertulis bila ajal mautnya. |
|
|
|
|
|
|
|
agak lambat juga baru nak bertunang... |
|
|
|
|
|
|
|
deyyoollss baru nk bertunang sis..tapi xpe la cinta hingga hujung nyawa..takziah buat keluarga pasangan ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by DollahRepek at 14-2-2019 11:53 AM
HASRAT pasangan kekasih untuk mengikat tali pertunangan pada 25 Mac ini tidak kesampaian apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan di Batu 11, Segari kira-kira 40 kilometer dari Lumut, malam Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, Sharifuden Shahidan, 34, dan bakal tunangnya yang juga seorang ibu tunggal Nadya Othman, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kereta jenis Proton Persona yang dipandu Sharifuden bertembung dengan sebuah kereta Proton Iswara dari arah bertentangan.
Difahamkan, kedua-dua mangsa yang bekerja di sebuah restoran makanan segera di Seri Manjung di sini, baru selesai mencuba baju untuk majlis pertunangan mereka di butik rakan mereka di Sungai Kerang, Taiping, sebelum terlibat dalam kemalangan itu.
Dalam kejadian itu, pemandu kereta Proton Iswara Henson Elizabeth Saimah, 31, cedera parah manakala rakannya yang duduk di bahagian penumpang hadapan dipercayai warga Indonesia berumur lingkungan 30-an meninggal dunia di lokasi kejadian.
Bapa Sharifuden, Shahidan Omar, 59, berkata kali terakhir dia berjumpa anaknya yang dipanggil Den itu pada 18 Jan lepas ketika anaknya membawa pulang Nadya untuk berjumpa keluarganya di rumahnya di Ayer Itam, Pulau Pinang.
Shahidan yang juga anggota polis berpangkat Koperal dan kini sedang berkhidmat di Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang berkata Den yang merupakan anak sulung daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan malah turut mengirim pesanan ringkas (SMS) kepadanya dua hari lalu dan bertanyakan mengenai majlis pertunangannya.
“Dia tanya saya apa perlu dibuat untuk majlis pertunangannya nanti dan saya bagitahu dia untuk beli cincin dan nanti kami sekeluarga akan pergi ke rumah Nadya untuk merisik dan terus bertunang.
“Mereka (Den dan Nadya) telah setahun berkawan dan dijangka kahwin pada bulan November nanti,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung di Lumut pada Rabu.
Shahidan berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu daripada ibu Nadya kira-kira pukul 1.50 pagi dan menyifatkan anaknya itu seorang yang baik dan pendiam.
Sementara itu, anak Nadya, iaitu Nur Husnina Hamid Tuah, 13, berkata dia terkejut melihat neneknya yang juga ibu Nadya, Norsidah Osman, 59, meraung selepas mendapat panggilan telefon memaklumkan mengenai kejadian itu.
“Saya terkejut selepas opah memberitahu ibu meninggal dunia dalam kemalangan. Kali terakhir saya jumpa ibu pagi semalam sebelum ke sekolah dan saya sempat mencium tangannya untuk kali terakhir.
“Ibu memang seorang yang periang dan kami sangat rapat. Saya juga mengenali pakcik (Sharifuden) dan tahu mereka akan bertunang,” katanya yang tinggal bersama arwah ibunya serta datuk dan nenek di Taman Seri Desa Bayu di sini.
Jenazah Nadya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Fasa 2C Seri Manjung selepas solat Zohor manakala jenazah Sharifuden akan dikebumikan di tanah perkuburan Ayer Hitam di Kedah selepas solat Asar pada Rabu. - BERNAMA
Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/s ... qwJEiy9GqkIprSvU.99
Kesian anak arwah sbb tak sampai setahun dah jadi yatim piatu.
https://www.sinarharian.com.my/article/12721 <-- artikel penuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Hati2 dijalanraya kelajuan menbunuh tapi berapa ramai yang beringat mengenainya sebaik memandu, takziah buat keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya. Salam takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun
jodoh x kesampaian
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ajal...jodoh tak sampai..jauh bena test baju tunang sampai ke taiping nun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah, kita merancang Tuhan tentukan..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|