CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adila39

Siapa ada sahabat sejati? atau sahabat hantu? share story pls

[Copy link]
Post time 19-2-2019 10:00 AM | Show all posts
Ok nk share bab sahabat hantu pulak.

Minah ni masuk kije lps aku dh beberapa tahun kije kat opis ni. So dipendekkan cter oleh sb msg2 bujang that time, kteorg berjimba2 ke mana sahaja lps blk kije. kdg dia mtx aku tgu dia di pjbt lps opis hour. ko bayangkan dari jam 5 ptg aku stay opis sampai jam 10-11 malam. Almost everyday dan aku enjoy je teman dia sb ak xde ape nak buat gak bila blk rmh. Kdg blk opis jam 5 tu kteorg pusing satu bndr, kdg siap lompat daerah lain pegi jenjalan. Makan2. Sembang. Siap g tgk futsal/bola pakai baju kije pagi td weyh!

Dia x rapat ngn bebudak rumah sb deols satu opis. Thats y ak x suke serumah ngn satu opis, sb mslh di pejabat akan bawak ke rumah dan mslh ke rumah akan bawak ke pjbt. So dia akan selaluuuu lepak rumah aku then lama2 tu dia angkut tilam, selimut n bantal di rumah aku kemudian dia jadikan rmh aku ni rumah ptama dia, dan rumah dia sbg rumah kedua dah. Pagi2 bgn tido dia akan singgah rmh dia, tukar pakaian. atau dia akan bwk siap2 pakaian kerja esok dan letak d rmh ak. aku x kisah sb yelah seronok kan ada kawan satu kepala.

Maka nk dijadikan cerita. ade sorg mamat ni. jenis nk kata hensem pun not bad la. tp not my taste. dia duk minat aku gila2. masa tu ramai lelaki bujang di pejabat ak dan ... bukanlah nk perasan tp ak ni kira ramai la org minat. dan minah td dia bukanlah cemburu kat aku pun dia okey je kalau pegi mana2 ngn ak, org usha aku dan x usha dia. sb dia kata dia ni gemuk takde lelaki minat, ak support dia mcm2 dari segi mental dan fizikal. dia pegi jogging ak join. dia pegi slim world dan pusat2 kurus, aku temankan. dia diet, ak ikut berlapar. kata2 semangat aku sentiasa mengiringi sb aku x nk dia down.

entah mcmne baru la aku tau dia minat kat mamat yg aku ckp tadi. Aku mcm alamak sudahhhhh.... minah tu minat mamat ni, mslhnya mamat ni duk tergila2 aku siang malam. dan masalahnya aku tak minat pun mamat tu!

dipendekkan, dia sanggup bgaduh ngn aku. sebar citer kata aku melayan mamat td (dia buka whatsapp aku dan baca mamat tu panggil aku 'sayang' dan aku x layan pun , siap aku cakap aku x suka dia panggil aku mcm tu, dan ak siap bgtau that mamat tu yg minah kawan aku minat mamat ni).

Mamat tu diam2 duk melayan gak minah tu, tlg ata airport bila minah ni mintak tlg. bila aku tahu aku selar dia, kau mamat kata x minat kawan aku minah ni tp kala melayan. kau jgn main2kan hati minah sb dia kawan baik aku. dang2 mamat jawab eh dia x minat pun kat minah tu tp minah tu gedik2 mintak tlg dia dan dia tpksa tlg sb minah ni bos dia dan mamat ni cuma la pekerja kontrak di bawah unit minah td.

see?permainan lelaki mamat ni byk menyedarkan aku ttg dunia lelaki. depan kita dia kutuk2 minah tu gemuk, xsedar diri, x suka, benci, siap buat mimik muka loya kalau sebut psl minah kawan aku. ak ni punya la kesian kat minah sb that jantan x guna ni buat mcm tu. which is minah tahu si mamat x suka dia tp dia berpegang pd prinsip "sape lagi nak kat aku, ak ni gemuk x cantik macam kau, kau xpe pegi mana2 pun semua org minat, petik jari 10 datang, kau pilih je mana kau nak. ak ni kena berusaha sb takde sape nak aku dah la aku andartu"mmg hati aku sedih dia merendah diri sampai mcm tu.. tp yg aku x sangka terjadi satu kejadian ni yg ak dan dia terputus PERSAHABATAN kerana lelaki.

Dipendekkan cter, gempar di kalangan kawan2 se opis.. Minah ni g jumpa family lelaki, bg hadiah dan saguhati mcm2. Yelah dah dia pegawai kan umur pun dah 30 lbh opkos la dia pandai ambik hati org tua dan adik beradik mamat tu kan. Memandangkan mamat ni keja kontrak maka mak pak dia opkos fikir masa depan anak dia si mamat, mamat ni sakit2 dan x mampu sgt kerja berat2 (jgn tanya sakit ape tp dia x leh wat kije teruk). So opkos la mak pak dia berkenan kalau bermenantukan seorang pegawaiiii kan. ak dpt tau mamat ni putuskan hubungan ngn awek dia (masa ni baru aku tau dia ade awek dah..cis dah ade awek lagi duk ngurat aku???) dan aku so pity utk awek tu, ditinggalkan mamat semata2 keluarga suruh kawin ngn minah ni. ramai jgk umpat keji minah ni sb 'jual muka' kat family mamat sb cara dia tu mmg agak memalukan la (ak malas cter detail ape dia buat tp mmg terlalu terdesak dia terhegeh2 kat mamat sb tu mamat bengang dan buat muka loya bila weols usik dia ngn minah td).

Umpat keji psl minah tergila2 mamat bertukar kpd keji aku plk dahhh.. minah pegi bgtau semua org yg aku melayan mamat ni dan cuba caras mamat ni dari dia. aku like... what the hell kau minah??? satu opis tahu kot mamat ni tergila2 kat aku sejak mamat ni masuk kije, dan sblm minah tu jatuh cinta namatey kat mamat ni? well said, manusia kan. diorg mesti la nk dgr pkra x baik psl kita. so deols layankan kata2 minah tu even deols tahu hakikatnya mamat tu aku x penah suka pun??

Maka ada makcik2 yg baik hati ni bgtau minah "Mamat tu bukan taste xxx pun" (xxx merujuk kpd aku lah. Tp yelah manusia kan selagi tak jadi hak milik dia sbg suami selagi tu dia x lena tido mlm. Ko dah kapel kot dua ekor ni apesal lagi duk kacau life aku weyh??

Elok2 mamat fren ngn ak kat FB, tetiba dah x fren (ak sedar pkra ni bila tiba2 mamat add aku balikk kat fB). Minah ni siap2 block aku sambil meratib kat semua org yg aku melayan whatsapp si mamat (pdhal tu cter zaman mamat tu tgila2 aku dan deols blm bercinta lagi?). Itu kau nasib baik aku x pegi cter kat org lain minah, ko yg buka tepon aku dan baca text aku syp2. keji kan perangai minah ni?

deols dh kawin pun. Tp weols dh boleh dikira putus kawan dah. dua2 pun dh pindah pejabat.

bagi aku, perempuan ni sanggup putus kawan demi seorg lelaki.

dan lelaki plk, mmg suka play victim (mamat x mengaku ade awek mse ngurat aku alih2 kantoi ada awek sb familu suruh pilih minah. kedua, mati2 x mengaku ada hubungan ngn minah pdhal aku selalu nmpk deols dtg kerja sama2 sehinggalan deols ata kad kawin. ketiga, mati2 duk kutuk2 minah mcm2 tp last2 jadi bini senyap2 je?)

so, kawan BFF mcm mne pun selagi x diduga soala JANTAN, korang jgn anggap BFF.

Btw sampai skg ak bkawan seadanya dgn sesiapa. No more BFF ye. Bukan serik tp utk ape blaku kejadian pisang berbuah 2 kali yach!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 10:40 AM | Show all posts
aku tak pernah ada kawan betul2 rapat. sebab abah keje polis,selalu pindah randah. jadinya aku xde kawan betul2 rapat dari sekolah rendah sampai masuk U. bila dah abes belajar,abes semua. aku x berminat nak keep in touch ke,nak contact ke. bagi aku,BFF aku adalah kakak aku yg beza 8 tahun dari aku. kakak aku is my truly friend. sister bonding kami memang kuat. shopping,travel,makan kat luar,duduk serumah (masa aku bujang,dah kawen pindah keluar) semua dgn dia. lepas kawen,pun masih lagi membawang,berwasep. dgn orang luar,yg xde pertalian darah susah aku nak percaya.

aku seorang introvert. jenis x suka bersosial. aku lebih suka kawan dgn kakak aku. sebelum kawen,aku xde kawan lelaki. aku x reti nak kawan dgn lelaki sejak dari sekolah rendah sampai U. Kat opis,dgn lelaki aku ckp pasal kerja. ckp yg penting2 je. begitu juga dgn opismate perempuan. ckp psl opis je. mcm aku ckp,aku susah nak percayakan org. hal personal aku lebih suka ckp dgn kakak aku. sekarang ni dah ada suami,so,he is my second BFF after my sister. aku berjumpa dgn my husband,secara tiba2. x de istilah dating,kawan2 sebelum kawen. he propose,aku mintak tempoh. dlm sebulan,aku solat istikharah byk kali. dah jodoh,kawen la kami.

balik pasal kakak aku, aku doakan kakak aku bertemu jodoh dgn org baik2 pada suatu hari nanti. semoga bahagia sentiasa jadi milik kakak aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 04:47 PM | Show all posts
malasnya nak bebel pasal sahabat ni

penat nak taip

cete banyak ni

macam2 da iols jumpa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
intan_smsb replied at 19-2-2019 08:47 AM
malasnya nak bebel pasal sahabat ni

penat nak taip

itu u keee?? lawanya awak intan... putih gebu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 05:02 PM | Show all posts
adila39 replied at 19-2-2019 04:51 PM
itu u keee?? lawanya awak intan... putih gebu!!!

maceh puji
jgn tenung lelama nnti tgode
sis adila pn putih gebu cantik jga


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
intan_smsb replied at 19-2-2019 09:02 AM
maceh puji
jgn tenung lelama nnti tgode
sis adila pn putih gebu cantik jga

sy hitam manis intan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2019 05:13 PM | Show all posts

awak jangan nak tipu sy ok

baidewei sahabat hantu tu mcm mana ye

muka die mcm hantu ke mcm mna tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 05:20 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 19-2-2019 05:02 PM
maceh puji
jgn tenung lelama nnti tgode
sis adila pn putih gebu cantik jga

saya nampak avvy lari2 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 05:22 PM | Show all posts

uols kene refresh or tekan f12 or clear history

or

or


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 02:23 PM | Show all posts
sahabat saya, sahabat dunia dan akhirat sy insyaAllah
kami sekumpulan
walau sy memilih berpindah, diorg masih ingat kat sy
bila nak travel kemana2...sure ajak sy
still tukar2 hadiah besday...still ingat belikan gift kalo kemana2
still offer nak hulur duit
still ajak spend time weekend sesama
bila raya pusing semua rumah

ada sorg lagi...dah meninggal
org yg baik2 Allah ambil dulu kan
i will always remember u shikin
and i will always love u
sahabat yang langsung x memilih...suci betul hati dia
haishhh...sentiasa sedih bila ingat kat dia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 21-2-2019 06:23 AM
sahabat saya, sahabat dunia dan akhirat sy insyaAllah
kami sekumpulan
walau sy memilih berpindah,  ...

tetiba rindu kat sahabat sy yg dah passed away
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 02:31 PM | Show all posts
adila39 replied at 21-2-2019 02:26 PM
tetiba rindu kat sahabat sy yg dah passed away

tahniah momod...n tq

still nangis bila ingat
ramai je kawan yg dah passed away
tp dia ni lain sikit...maybe sbb dia mcm pure gitu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 02:40 PM | Show all posts
xtahumenahu replied at 21-2-2019 06:31 AM
tahniah momod...n tq

still nangis bila ingat

tahniah kenapa tu...

anyway klu kita tetiba rindu tu and sedih maknanya kita kena sedekahkan doa utk arwah....and al fatihah tu harap dpt mudahkan arwah disana
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 04:00 PM | Show all posts
adila39 replied at 21-2-2019 02:40 PM
tahniah kenapa tu...

anyway klu kita tetiba rindu tu and sedih maknanya kita kena sedekahkan do ...

tahniah jd momod

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 21-2-2019 08:00 AM
tahniah jd momod

ooo kenal eh... mekasihhh x ucap kat thread mod ble dpt tacangg lebihh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 04:11 PM | Show all posts
alhamdulillah setakat ni aku belum penah jumpa jenis kawan makan kawan.. hopefully sampai tua la tak jumpa golongan ni

kawan sekolah rendah.. ada 8 org yang mmg baik.. sampai skrg still rapat.. dah beranak pinak masing2.. ada jugak yg masih menunggu anak & jodoh.. mmg boleh share masalah.. cerita happy pun dorg tumpang happy tak pernah ada hasad dengki.. geng ni semua dok dekat2 je kat hometown.. family pun masing2 kenal.. time cuti panjang kalau balik hometown mmg p la jumpa yg mana sempat

kawan sekolah menengah/matrik ada jugak kawan baik.. tapi jarang contact.. ada la sekali sekala berbalas komen kat ig/fb kalau ada yg update story baru.. hehe

universiti pun ada kawan baik.. geng 7 org.. 2 laki 5 perempuan.. pun boleh buat tempat luah perasaan.. yg lelaki 2 org tu idok ler nak cerita problem.. huha huha pastu mintak tolong boleh la dgn dorg ni pun sama dah beranak pinak masing2.. bulan puasa setiap tahun without fail akan plan sekali buka puasa ramai2.. still mcm dulu bengong sekor2 membahan cerita zaman u dulu.. kerap jugak contact thru whatsapp group.. hopefully this year pun ada kesempatan nak buka sesama lagi

pastu roomate masa universiti sampai skrg rapat.. baru abes viva master.. happy sgt utk dia.. akhirnya konvo jugak.. layan anak aku mcm anak sendiri.. tak kawen lg.. cerewet bab nak cari laki tp aku tak amek port sgt tu hak dia.. kdg2 dtg rumah semata mata nak main dgn anak angkat dia (anak aku la tu) mcm2 la dia bg ke anak aku.. 1 of my big supporter kalau aku nak buat anything mmg dia support and give positive words je

masa first job.. pun ada kawan baik.. geng 4 org.. sampai sekarang contact.. aku kawen dorg dtg dr kl ni ha ke kedah nu.. 2 org still kerja tempat sama.. aku dgn sorg lg dah move masuk company baru..

second job.. kawan dgn kakak kawan baik aku masa sekolah rendah.. baik jugak.. sampai skrg kalau blk singgah rumah depa jumpa 1 family..

current job.. kawan baik lg.. geng 4 org jugak.. lepasni aku nak move kerja.. mesti sedih tggal dorg happy dtg kerja sbb dorg ni la.. ada masalah ke apa geng ni la tempat membawang

so sepanjang hidup aku mana aku pergi ada je jumpa kawan yg boleh jd rapat.. mmg jenis true friends.. tak berkira.. tak dengki mendengki.. sedih sama sama happy sama sama.. mama aku penah cakap mungkin sbb aku bukan jenis dengki, berkira kot sbb tu jumpa org baik2 je.. dalam family aku, aku paling ramai kawan. kakak2 aku boleh kira berapa org je kawan depa

hopefully masuk tempat kerja baru next month jumpa la yg baik2 jugak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2019 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita la lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
i ada 2 org bff..kawan kenal kat U..yg every single day update each other, buat lawak bodo..boleh sembang benda merapu yg dgn org lain ko xkan sembang pasal tu..kenal luar dalam..faham sgt dah prgai masing..

dulu pernah bergaduh yg sgt teruk sampai berhenti kerja sbb taknak sama2 dah..tp dah Allah kata bff tu bff la..boleh memaafkan masing2..

bff i 2 org ni mmg yg pertama bgtau apa2 sedih ke gembira ke masalah ke seronok ke..kadang dorg lebih tahu dr family, yela sbb dgn fmly x semua benda kita boleh cerita kan..semoga sampai akhir hayat la persahabatan kami..

pernah dengar tak, kalau frienship lebih dari 7 tahun, insyaAllah akan berkekalan sahabat sampai akhirnya? harap2 betul la..bukan straight je perjalanan persahabatan kami nak capai level ni,berliku2..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 10:38 AM | Show all posts
sebut pasal sahabat, zaman sekolah sy ade 4 org kawan baik, termasuk sy kami 5 org memang geng la..lepas habis spm, masing2 further study tempat yg berbeza tapi still contact, bila masing2 dh berkerja & kawen, masa tu la mula putus hubungan. Sekarang tinggal saya dan 2 org lagi yg masih setia bersahabat.

dalam 4 org ni sy mula bersahabat dengan R, sebelum tu dia baik dengan si M ni sebab rumah dorang dekat..tak sangka bila dah start berkawan, sy ni jadi macam org ke3 sebab si M cemburu, macam sy nk rampas kawan baik dia..sy nak face to face dgn dia tak boleh, tak tau nak terangkan mcm mana. akhirnya masa tu kami 5 org plan pegi piknik dekat air terjun, sebelum tu sy dah karang surat siap2 nak serahkan pada M masa kami gi piknik..sy luahkan segala, terang kat dia, kita semua berkawan, bukan bermaksud nak rampas sampai R tak boleh kawan dia. akhirnya selesai juga dan kami berbaik

pasal sahabat sejati bagi saya  hanya R je kut sahabat sejati sebab dia dari dulu sampai sekarang bila ade masalah, minta tolong tak pernah dia tolak, cuba sedaya upaya nak membantu sampai la skrg, even dia dah ade family, ade tggungjawab. tahun lepas sy terpaksa naik court saman trafik, tanya dia boleh tak temankan, dia cakap insya'Allah tapi dia siap ambik cuti, bawa kereta bawa saya lepas hantar anak sekolah..terharu ya amat. Semoga Allah rahmati hidup kawan saya tu dan murahkan rezeki dia..

maaf ye panjang lebar bercerita
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy Along mencari sahabat yg benar2 memahami n jujur dlm persahabatan. Sy suka travel solo kdg2 dgn motosikal 125 cc sy kdg2 dgn kereta. Sape yg xnak kan..travel brsama sahabat sejati..x kisah berdua atau bertiga..tapi itulah..xnak salahkan sape2..mgkin sukar nk cari rakan yg sekepala. Jika nak berkenalan no sy 0146603265. Terus terang sy nyatakan sy ni seorg yg lembut..berperwatakan girlish..walau hakikatnya sy boy. Mgkin sbb tu susah nk cari sahabat yg benar2 sejati. Sy x penah minta belanja org..kalo travel biasa guna transpot sy n sy suka brkongsi belanja..tq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.077138 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list