CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7165|Reply: 110

[Tempatan] Bantu masyarakat Malabari dapat status Bumiputera.

  [Copy link]
Post time 17-2-2019 08:00 AM | Show all posts |Read mode
Masyarakat Malabari mahu status Bumiputera

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x495.

MASZLEE (tengah) mempengerusikan mesyuarat bersama Jemaah Malabar Muslim Johor. FOTO Mohd Fahmi Mohd Yusof

KEMENTERIAN Pendidikan akan membantu masyarakat Malabari di negara ini mendapatkan status Bumiputera bagi membolehkan mereka mendapat tempat melanjutkan pelajaran di universiti dan pusat asasi di negara ini.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, isu yang berlaku ketika ini adalah masyarakat Malabari yang sekian lama menetap di negara ini masih dilihat sebagai India Muslim dan bukannya Bumiputera.

Katanya, sedangkan takrifan Melayu dan Bumiputera dalam perlembagaan kita menepati apa yang mereka ada pada hari ini iaitu mereka Islam, berpakaian Melayu dan berbudaya Melayu.

“Saya akan membantu membawa isu ini ke pengetahuan Perdana Menteri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri untuk kaum Malabari mendapatkan status sebagai Bumiputera.

“Mereka (masyarakat Malabari) memberi contoh mereka yang berketurunan Arab, tetapi status mereka sudah menjadi Bumiputera, jadi masyarat Malbari meminta status yang sama.

“Jadi saya berjanji untuk membantu mereka menyampaikan perkara ini ke peringkat lebih tinggi terutamanya Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Jemaah Malabar Muslim Johor yang mewakili kaum Malabari di Simpang Renggam, hari ini.

Maszlee berkata, perjuangan mereka mahu mendapatkan status Bumiputera sudah lama dilakukan oleh masyarakat itu yang ramai menetap di Johor.

“Anak daripada masyarakat Malabar hidup dan menyambung pelajaran mereka selama ini sebagai India Muslim, kecuali ada daripada mereka yang sudah berkahwin dengan Melayu.

“Jadi status mereka sebagai India Muslim tidak melayakkan mereka mendapatkan bantuan daripada MARA atau melanjutkan pengajian ke Giat MARA atau pusat asasi lain,” katanya.

Katanya, pada peringkat permulaan kaum Malabari meminta mereka diberi kelayakan memasuki Universiti Teknologi MARA (UiTM), namun akta sedia ada tidak membenarkan.

“Asalnya, mereka minta masuk ke UiTM, tetapi selepas saya membuat semakan, kita ada akta yang tidak memasukkan kaum Malabari, jadi mereka tidak dapat masuk.

“Saya pun tidak boleh melanggar undang-undang. Saya lihat isu ini satu sahaja, mereka tidak dilihat sebagai Bumiputera,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...tus-bumiputera

_______________

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2019 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk la semua nak status bumi. Menyampah! Tak payah layan sangat bangsa camni. Kat malaysia ni, jawa bugis etc tak pasal-pasal dapat status bumi sedangkan tak layak pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi semua nk bumiputera...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 17-2-2019 08:04 AM
Sibuk la semua nak status bumi. Menyampah! Tak payah layan sangat bangsa camni. Kat malaysia ni, jaw ...

Kene tau apa maksud bumiputera mengikut perlembagaan, mmg malbari ni kebanyakkan mengamalkan budaya dam cara hidup melayu pun. Bersanding, baju melayu, baju kurung.

Jawa dan bugis pun sama. Kenapa pertikai status bumiputera kaum tu? Nak jadi bumiputera dah ada tulis mcm mana, orang yg xmau ikut atas pilihan sendiri, kemudian bising ckp. Oh, kamu hidup atau tiket bumi. Hey, apa kata kamu jadi bumi?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas nie kalau jumpa india muslim @ mamak , diorg pun nak sama gak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 08:30 AM | Show all posts
ohhh rupanya perjuangan parti KIMMA @ kimak masih hidup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2019 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri pendidikan yg perlu dpt pendidikan mgenai apa itu BUMIPUTERA.. dh jauh tersasar ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
India muslim = mamak

Bumiputera much!
Ppfft
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2019 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 17-2-2019 08:14 AM
Kene tau apa maksud bumiputera mengikut perlembagaan, mmg malbari ni kebanyakkan mengamalkan buday ...

Bumiputera ni penduduk asal dari nenek moyang dlu2
I doubt nenek india muslim ni dh ade kt tanah melayu since era portugis, belanda dan british
Bagi 1 nama pahlawan tanah melayu dari kalangan mamak ni y yang lawan penjajah?

Setakat amalkn cara hidup dan adat melayu dh bole claim bumiputera ke
Alahaii
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 17-2-2019 09:30 AM
Bumiputera ni penduduk asal dari nenek moyang dlu2
I doubt nenek india muslim ni dh ade kt tanah  ...

pengkhinaat ramai
raja mandeliar
si kitul
mani purindan
geng2 tun mutahir..dll
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 17-2-2019 09:33 AM
pengkhinaat ramai
raja mandeliar
si kitul

Sbb tu pesan org tua2 dlu kalau jmpe ular dgn keling, pukul keling dlu
Sejarah xmenipu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah dapat kuota ke ipta sebagai etnik india apake bangang nak jadi bumi yang tak dapat kuota lagi dah. Bodoh punya mamak. Padan la miskin ketinggalan
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 10:38 AM | Show all posts
Katanya, sedangkan takrifan Melayu dan Bumiputera dalam perlembagaan kita menepati apa yang mereka ada pada hari ini iaitu mereka Islam, berpakaian Melayu dan berbudaya Melayu.

Bodohnya Mazlee ni. Sebodoh org2 yg dlm IC "Melayu" tp status kat JPN Non-Bumi tp melalak bila tau bkn bumi. Hello baca klausa perlembagaan tak habis la semua ni. Sila check syarat berikutnya. Mestilah datang dari keturunan yg diiktiraf sebagai bumiputera di Malaya dan Singapura sblm thn 1957.

Sblm 1957, mamak mmg x dikira bumi pon. Kawin pun sesama sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sesedap rasa ja main bagi2 kat org lain nanti yg lain pun sama claim
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by misc at 17-2-2019 11:02 AM

Dah susur galur keturunan dari India/Arab, celah mana nak declare status Bumiputera pulak. Bersyukur lah jadi warganegara malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Napa beliau puLak JD jurucakap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak status bumi sbb nak faedah bumiputera, kalau xde semua tu takdenya diorg nak pun malah ada yg pandang rendah kaum bumiputera
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 12:39 PM | Show all posts
nak jadi melayu perlembagaan senang je - mengaku melayu dalam ic macam jawa bugis johor selangor semua tu tak payah ada setitik darah melayu pun. Lepas tu otomatik bumiputera.

tapi puak2 ni nak kekal sebagai malabari india mari tapi nak dipanggil bumiputra?.... bumiputera kerala lojik la kot.....

I cannot brain lah...

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 12:43 PM | Show all posts
prizadane replied at 17-2-2019 08:04 AM
Sibuk la semua nak status bumi. Menyampah! Tak payah layan sangat bangsa camni. Kat malaysia ni, jaw ...

mereka cuma nak privileges bumiputera tu... boleh ja declare melayu macam jawa bugis semua tu tapi tak hingin la pulak...





Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 12:47 PM | Show all posts
JokesCop replied at 17-2-2019 08:14 AM
Kene tau apa maksud bumiputera mengikut perlembagaan, mmg malbari ni kebanyakkan mengamalkan buday ...

Jawa Bugis tu kalau dapat bumiputera sebagai jawa bugis pun akan dipertikai

tu pasal on paper dorang declare melayu sambil acah2 tak mengaku jawa kecuali wak jahit ja bangga.... siap dapat jadi ketua orang melayu lagi ko mampu?...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.070105 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list