CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2959|Reply: 4

Tamadun Islam di Malabar

[Copy link]
Post time 17-2-2019 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 17-2-2019 02:08 PM

TOPIK JUMAAT IKIMfm

ISLAM di MALABAR
sumber :

https://www.facebook.com/ikimfm/videos/241620026716425/












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2019 02:10 PM | Show all posts

Nasib Malabari Malaysia semakin dipinggirkan?

Edited by mbhcsf at 17-2-2019 02:14 PM

Oleh Zaini Hassan
SUDAH banyak saya menulis mengenai hal ehwal antara kaum dan antara etnik di negara ini, termasuk soal hak-hak pendidikan anak Siam di Malaysia atau Orang Asli yang berada dalam strata teratas Perlembagaan negara. Mahupun kaum Cina yang sudah mempunyai segala-galanya berbanding dengan kaum etnik yang lain di negara tercinta ini.
Kaum Siam kini sedang berjuang untuk mendapatkan status bumiputera. Saya tidak pasti, apa kedudukannya sekarang. Tetapi di Kedah memang sudah wujud cawangan- cawangan UMNO di kampung-kampung Siam.
Dalam Perlembagaan pun ada mentafsir mengenai maksud Melayu yang kemudiannya membawa kepada status bumiputera.
Ada antara rakan-rakan saya kaum Cina yang berkahwin dengan lelaki atau wanita Melayu Islam, maka anak-anaknya mendapat segala-gala kemudahan seperti orang Melayu yang lain.
Dalam Perlembagaan Persekutuan di dalam Perkara 160 telah mendefinisikan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam bertutur dalam bahasa Melayu menurut adat istiadat Melayu
(a) lahir sebelum hari merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu bapa telah lahir di Persekutuan atau di Singapura pada hari merdeka dan menetap di Persekutuan dan di Singapura,
(b) atau ia adalah keturunan seseorang tersebut.
Ia adalah agak jelas penafsiran ini terdapat dua aspek kemelayuan yang di anggap penting oleh Perlembagaan.
Yang pertama ialah ciri bahasa, agama dan budaya dan yang keduanya ialah dari aspek geografi.
Maka dengan ini jelaslah jika seseorang mempunyai ciri yang pertama tetapi tidak mempunyai kaitan dengan negara ini maka dia bukanlah Melayu dalam konteks Perlembagaan. Misalan orang yang berasal dari Indonesia atau Brunei mempunyai ciri yang pertama sahaja bukanlah orang Melayu yang difahami oleh Perlembagaan kerana kedua- dua buah negara bukan anggota persekutuan. Oleh itu pertalian geografi adalah sangat penting kerana ia melibatkan pelbagai hak dan keistimewaan orang Melayu yang layak dinikmati oleh orang Melayu yang dijamin oleh perlembagaan. ?
Sekarang kita tafsir pula dari segi Perlembagaan di atas itu sekumpulan masyarakat dalam negara ini yang beragama Islam dan rata-rata sudah berasimilasi dalam masyarakat Melayu, namun mereka masih dalam kedudukan terumbang-ambing.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130814/re_03/Nasib-Malabari-Malaysia-semakin-dipinggirkan#ixzz5flZvCZC7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 02:15 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 17-2-2019 02:16 PM

ARKIB : 14/08/2013
Nasib Malabari Malaysia semakin dipinggirkan?





Kumpulan ini ialah etnik Malabari atau India Muslim. Bagi saya jika kita boleh menerima keturunan Syed sebagai ‘orang Melayu Bumiputera’ tidak ada kurangnya bagi etnik Malabari ini.

Ikuti keluh-kesah surat yang dihantar oleh seorang berketurunan Malabari, yang juga sahabat saya bernama, Haji Lukman Bin Haji Moidin. Separuh anaknya berstatus Melayu, separuh lagi India! Apa sudah jadi?

Mohon pertimbangan Datuk Seri Ketua Setiausaha Negara yang juga keturunan Malabari menyelesaikan isu ini segera.

*********************

BEBERAPA tahun lalu pernah terdengar kisah seorang pelajar anak yatim keturunan Malabari yang pada asalnya telah menerima tawaran ke UiTM disingkirkan apabila status keturunan dipersoalkan kerana Bukan Bumiputera.

Hakikatnya kes seperti ini sudah lama berlaku tetapi tidak diperbesarkan. Ketika berurusan di sebuah bank setahun yang lalu saya mendapati maklumat peribadi tercatat keturunan INDIAN status Non Bumi.

Sebenarnya kekeliruan ini mula timbul pada tahun 2003, ketika mendaftarkan kelahiran anak kembar yang keempat dan kelima. Mereka berdua didaftarkan dengan keturunan sebagai INDIA. Sedangkan anak pertama, kedua dan ketiga didaftarkan dengan keturunan bapa sebagai MELAYU. Pegawai pendaftaran memaklumkan di era pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semua rekod dan data warganegara telah diubah suai mengikut sjili kelahiran asal.

Tindakan ini telah memberikan tempias besar kepada ramai anak Malabari yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke UiTM dan institusi tajaan MARA. Ramai dari mereka hidup sederhana dan segelintir mereka masih susah khususnya di negeri Johor yang menjadi tumpuan kaum Malabari bermastautin.

Untuk rekod, pada 2012, isu ini telah dipanjangkan kepada kepada hampir semua kepemimpinan UMNO, pegawai tinggi kerajaan termasuk KSN dan KSU KDN dan Pengarah Pendaftaran Negara. Surat maklum balas dari pejabat TPM bertarikh 10 Disember 2012 kepada Ketua Pengarah Pendaftaran diberikan salinan tetapi sehingga kini tiada sehelai pun maklum balas daripada pihak Pengarah Pendaftaran Negara dan pejabat Ketua Setiausaha Negara.

Perkara ini secara peribadi telah dikemukakan kepada bekas MB Johor pada di Persidangan Agung UMNO tahun 2012 dan Menteri Dalam Negeri ketika itu tetapi hak kaum Malabari masih tidak dibela.

Hak kaum Malabari telah menepati ketetapan Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia mentakrifkan orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura.

Kaum Malabari telah pun memenuhi segala kriteria yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan maklumat berikut:

1. Walaupun keturunan Malabar adalah India Muslim, namun kebanyakan mereka bersekolah kebangsaan di Negeri Johor.

2. Majoriti anak-anak Malabari bergaul dan berkomunikasi dari kecil hingga dewasa dengan orang Melayu dan fasih Bahasa Melayu.

3. Seluruh keluarga dan keturunan Malabar telah mengadaptasi dan mengamalkan adat resam Melayu sepenuhnya seperti pakaian, makanan, adat istiadat perkahwinan dan sebagainya. Hampir 80% anak-anak muda sudah kurang fasih bertutur dalam bahasa ibunda sendiri akibat asimilasi kehidupan di persekitaran Melayu.

4. Bukti lebih kukuh dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana kaum lain adalah sejarah perjuangan kaum Malabari generasi kedua yang lahir sekitar 1800 atau awal 1900 seperti arwah datuk Mohd. Babu Bin Moidin.

Manuskrip asal yang masih disimpan Kad Home Guard serta rekod asal tulisan tangan ‘Buku Mesyuarat Pergerakan Melayu Semenanjung - Johor’.

Beliau (arwah datuk) merupakan pengasas Pergerakan Melayu dan berjawatan Setiausaha ketika UMNO belum ditubuhkan. Tarikh mesyuarat berkenaan ialah 28 Februari 1946 dan 23 Mac 1946.

Berasaskan Pergerakan Melayu inilah beliau bersama Dato Onn Bin Jaafar telah menubuhkan UMNO di Istana Besar Johor.

Saya termenung seketika bila memikirkan perjuangan arwah datuk dahulu dan penglibatan dan perjuangan sebagai aktivis Gabungan Pelajar ‘MELAYU’ Semenanjung dengan jawatan Setiausaha GPMS Negeri Kedah (2006-2009) dan Naib Pengerusi GPMS Negeri Kedah (2009-2010).

Jika dikaji, takrif dan gagasan 1Malaysia sebenarnya telah diserapkan dengan sepenuh hati oleh bangsa Malabari di bumi bertuah ini. Malangnya akibat kurang kebijaksanaan dan sikap tidak rasional sesetengah pihak telah mengecewakan keturunan Malabari.

Apakah neraca keadilan pemimpin UMNO selepas era Tun Mahathir dalam melabel kaum Malabari sebagai Non Bumi?

Kenapa sesetengah bangsa lain seperti yang tidak fasih dan tidak mengamalkan budaya Melayu ditakrifkan sebagai bumiputera?

Kenapa kaum Malabari yang menepati Pasal 160 Perlembagaan Persekutuan boleh dinafikan hak sedangkan ‘Mamak Penang’, ‘Merican’, ‘Khan’ dan lain-lain keturunan yang telah pun diiktiraf oleh kerajaan sebagai Bumiputera dan Melayu.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... irkan#ixzz5fla0Ez8q
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 02:15 PM | Show all posts
Memetik kebijaksanaan bait sajak Usman Awang hati kami amat terluka.

“Melayu di tanah semenanjung luas maknanya

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu

Minangkabau memang Melayu

Keturunan Aceh adalah Melayu

Jakun, Sakai asli Melayu

Arab dan Pakistani semua Melayu

Mamak dan Malbari serap ke Melayu

Malah mualaf bertakrif Melayu"

Dalam konteks ini bangsa Malabari telah lama menjiwai semangat bangsa Melayu dan 1Malaysia dalam segenap aspek kehidupan bernegara.

Ramai kaum Malabari kekadang lebih ‘Melayu’ dari orang Melayu sendiri. Malah kami amat bersyukur lahir sebagai warganegara Malaysia.

Tindakan pemimpin UMNO yang tidak peka dan sensitif atas dasar perpaduan Islam yang terbina sejak UMNO ditubuhkan dalam menjaga kepentingan orang-orang Islam telah menyebabkan keadaan ini berlaku.

Mereka ini telah meruntuhkan sistem yang telah menjamin kebajikan kepada orang- orang Islam tanpa mengira keturunan yang diamalkan sekian lama dalam menjamin nasib umat Islam di negara ini.

Kaum Malabari bukan kecil jasanya, mereka antara pedagang awal yang datang berdagang dan membawa bersama penyebaran agama Islam ke Tanah Melayu ketika itu bersama pedagang Arab Yemen dan Gujerat.

Rekod sejarah ini mungkin tidak dinilai oleh generasi pemimpin kini dan ahli UMNO yang sebahagian besarnya tidak memahami pun perjuangan UMNO.

Hakikatnya nasib Melayu kini semakin di persimpangan yang sangat mencabar.

Pemimpin UMNO mungkin melihat isu ini sangat kecil tetapi tidak bagi kaum Malabari yang 100 peratus beragama Islam, kami dizalimi oleh pemimpin sesama agama dan sistem yang tidak lagi adil.

Kebijaksanaan pemimpin terdahulu termasuk Tun Dr. Mahathir terhadap umat Islam di negara ini telah mempermudahkan segala urusan pentadbirannya selama 22 tahun kerana keikhlasan beliau.

Allah Yang Maha Kuasa berlaku adil kepada hamba-Nya yang adil. Sebaliknya sejarah selepas era beliau termasuk di Johor telah dapat dinilai dengan jelas.

Bagi saya secara peribadi sesiapa yang menzalimi orang lain pasti akan mendapat balasan yang setimpal dari-Nya. Kita telah pun melihat aturan-Nya dan nilaikanlah sendiri.

Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib Tun Razak harus mengambil iktibar ini dan Menteri Besar Johor yang baru silalah selesaikan isu kaum Malabari khususnya di Negeri Johor yang terkenal dengan kesatuan Malabar melalui Jamaah Malabar Johor.

Tambahan pula KSN, Datuk Seri Ali Hamsa pula berdarah Malabari dan pasti mampu membantu menyelesaikan permasalahan ini.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... irkan#ixzz5fla4kiiV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 02:17 PM | Show all posts
ini dalam arkib berita Utusan Malaysia since 2013.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.052588 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list