CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6891|Reply: 55

[Tempatan] Permaisuri Agong reka corak baju guna bauksit

  [Copy link]
Post time 18-2-2019 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Permaisuri Agong reka corak baju guna bauksit

https://m.malaysiakini.com/news/464423

17 Feb 2019, 6:11 petang
(Dikemaskini 17 Feb 2019, 6:11 petang)




Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, hari ini baginda sendiri menunjukkan bakat mereka cipta corak baju daripada bahan mineral itu.


Hanya berbekalkan sehelai baju-T Pagoda berwarna putih, getah pengikat, air bauksit, pewarna yang dihasilkan daripada pokok tarum atau nama saintifiknya Indigofera Tinctora, baginda berjaya menyiapkan baju bercorak abstrak dengan warna jingga dan indigo yang menarik.


Baju-T yang telah siap itu kemudian dikurniakan kepada juruiring baginda, Brig Jen Mohd Zahari Yahya daripada TUDM.


“Saya nak tunjuk kepada semua, bauksit ini boleh juga dijadikan bahan pewarna pakaian dan lepas ini sesiapa yang berminat untuk jadikannya bahan pewarna pakaian, boleh minta dengan Felda,” titah baginda secara bergurau kepada Bernama.


Tunku Azizah sebelum itu berkenan mencemar duli meluangkan masa lebih lima jam menyertai Bengkel Natural Dye Creative Workshop yang diadakan di Perkampungan Budaya Pulau Keladi di Pekan dengan diiringi puteri baginda, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Sultan Abdullah dan menantu baginda Tengku Puteri Suraiya Afzan Mohamed Moiz.


Selain baju-T itu, baginda turut berkenan mereka corak beberapa lagi baju-T dan ‘apron’ menggunakan teknik ‘ikat celup’ sebelum menggalakkan juruiring-juruiring baginda turut sama mencuba menghasilkan rekaan sendiri pada baju putih yang disediakan.



Pakar pewarna tekstil


Sementara itu pengerusi program, Fatimah Ismail berkata bengkel dua hari itu diadakan dalam usaha untuk mengetengahkan kepada pengamal industri tekstil di negara ini tentang teknik ‘natural dye’ melalui pengalaman pakar-pakar tekstil dari dalam dan luar negara.


“Dalam bengkel ini kita mengetengahkan empat orang pakar pewarna tekstil dari Laos, Thailand, India dan Indonesia selain pakar-pakar tempatan seperti Aziz Awang untuk kongsikan ​​​​​​​pengetahuan serta pengalaman mereka berkaitan ‘natural dye’ ini.


“Banyak tip telah dikongsikan bersama hampir 100 peserta yang menyertai bengkel ini dari seluruh negara dan ia diharap mampu membantu memberikan lebih banyak idea kepada mereka untuk menghasilkan produk yang menarik serta berkualiti dengan menggunakan bahan alam semula jadi,” katanya.


Selain bauksit, antara bahan pewarna alam semula jadi yang turut diketengahkan dalam bengkel ini termasuk daripada kulit kayu bakau, daun mangga, daun ceri, selain daun dan kulit buah manggis.


- Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2019 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada side effect to the skin?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 11:35 AM | Show all posts
maka menjadi jadilah penerokaan bauksit di Pahang. Emmm semoga tiada kanak kanak yang terkorban lemas dlm lombong tinggaln bauksit.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 11:38 AM | Show all posts
lepas ni boleh la sambung korek tanah2 kat pahang tu semua...
korek... korek la....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 11:40 AM | Show all posts


Lepas tu janga lah pulak Al Permaisuri komplen air laut jadi merah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 11:43 AM | Show all posts
DARSITA replied at 18-2-2019 11:40 AM
Lepas tu janga lah pulak Al Permaisuri komplen air laut jadi merah.

kau takyah nak buat fitnah pasal permaisuri
mak kau tak ajar ke buat fitnah tu dosa besar






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2019 11:45 AM | Show all posts
fuziah tak nak bagi ucapan 2 tiga patah kata ke dengan fitnah dia bawak dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 11:50 AM | Show all posts
YBlava replied at 17-2-2019 07:43 PM
kau takyah nak buat fitnah pasal permaisuri
mak kau tak ajar ke buat fitnah tu dosa besar



Since the CI moderators allowed you to destroy so many good thread in CI I will give you this bone as your hadiah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2019 11:53 AM | Show all posts
DARSITA replied at 18-2-2019 11:50 AM
Since the CI moderators allowed you to destroy so many good thread in CI I will give you this  ...

mod kalau bagi rasuah pun aku bedal gak

manusia paling celaka ialah manusia cam kau, dah bagi rasuah, kutuk si penerima rasuah plakkk

padahal kau dgn orang yg kutuk tu sama je terkutuk




Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 11:53 AM | Show all posts
DARSITA replied at 18-2-2019 03:50 AM
Since the CI moderators allowed you to destroy so many good thread in CI I will give you this  ...

even anjing pun ada otak tau
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 11:53 AM | Show all posts
YBlava replied at 17-2-2019 07:53 PM
mod kalau bagi rasuah pun aku bedal gak

manusia paling celaka ialah manusia cam kau, dah bagi r ...


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 11:55 AM | Show all posts

matlamat ke jannah, tapi bagi rasuah

bodoh mak kau salah didik kau


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 11:56 AM | Show all posts

Homai

Bad move..

Jangan la dikenang lagi boksit tu.  It's so 'Us-Against-The-World' attitude..


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 01:54 PM | Show all posts
Why would she do this? The little advantage of dye property does not compensate for the water pollution and environmental damage the mining had done to people especially in Pahang. Even if this is done light heartedly, it shouldnt come from her, and she should exercise better sensitivity. Its a bad move.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 03:31 PM | Show all posts
takde gambar ke caner corak bajunya..nak gak tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 03:40 PM | Show all posts
kucingitam replied at 18-2-2019 03:31 PM
takde gambar ke caner corak bajunya..nak gak tgk..




Raja Permairusi Agong berkenan merendam kain dengan air tanah bauksit bagi mendapatkan warna yang diilhamkan oleh baginda sendiri. - Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2019 03:54 PM | Show all posts
tq...tq...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
LOL!!!      
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 04:05 PM | Show all posts
lee_sakura replied at 18-2-2019 04:40 PM
Raja Permairusi Agong berkenan merendam kain dengan air tanah bauksit bagi mendapatkan warna ...

Sanggup ke baginda memakai baju yg diilhamkan dari bauksit itu?
Ada tak gambar?


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 04:12 PM | Show all posts
lee_sakura replied at 18-2-2019 03:40 PM
Raja Permairusi Agong berkenan merendam kain dengan air tanah bauksit bagi mendapatkan warna ...

batik apa ini? dah macam ayamas golden roaster pulak




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.073313 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list