CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3771|Reply: 10

6 Makanan Yang Dapat Bantu Bakar Lemak Dengan Cepat

  [Copy link]
Post time 18-2-2019 05:29 PM | Show all posts |Read mode
1. Ikan berlemak


Ikan berlemak adalah sangat sedap dan baik untuk badan kita.
Ikan salmon, herring, sardin, makarel dan ikan berminyak lain mengandungi asid lemak omega-3, yang telah terbukti mengurangkan keradangan dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Malah, asid lemak omega-3 juga mampu membantu anda menghilangkan lemak.
Dalam kajian terkawal selama 6 minggu terhadap 44 orang dewasa, mereka yang mengambil makanan tambahan iaitu minyak ikan kehilangan lemak sebanyak 0.5 kilogram dan mengalami penurunan hormon kortisol iaitu hormon tekanan yang dikaitkan dengan penyimpanan lemak.
Selain itu, ikan adalah sumber protein yang berkualiti tinggi. Pencernaan protein membawa kepada rasa kenyang yang lebih tinggi dan meningkatkan kadar metabolisma badan lebih tinggi daripada menceran lemak atau karbohidrat.
Untuk meningkatkan pembakaran lemak dan kesihatan jantung, makan sekurang-kurangnya 100 gram ikan berlemak 2 kali seminggu.

2. Kopi



Kopi adalah antara salah satu minuman paling popular di seluruh dunia. Ia merupakan sumber kafein yang baik, yang mana dapat meningkatkan mood serta prestasi mental dan fizikal.
Tak cukup dengan itu, ia juga dapat membantu anda membakar lemak.
Dalam satu kajian kecil terhadap 9 orang, mereka yang mengambil kafein sejam sebelum bersenam membakar lemak hampir 2 kali ganda dan mampu bersenam 17% lebih lama daripada mereka yang tidak mengambilnya.
Kajian menunjukkan bahawa kafein meningkatkan kadar metabolisma di antara 3% hingga 13%, bergantung kepada jumlah yang diminum dan tindakbalas individu.
Dalam satu kajian, para peserta dewasa mengambil 100 mg kafein setiap 2 jam untuk tempoh 12 jam. Mereka yang kurus membakar purata 150 kalori tambahan dan mereka yang gemuk membakar 79 kalori tambahan ketika tempoh kajian.
Untuk mendapatkan manfaat pembakaran lemak daripada kafein tanpa kesan sampingan seperti rasa cemas atau insomnia, sasarkan sebanyak 100 hingga 400 mg sehari.
Ini adalah jumlah yang terdapat dalam kira-kira 1 hingga 4 cawan kopi, bergantung pada kekuatannya.

3. Telur



Telur adalah antara makanan yang paling berkhasiat di dunia.
Walaupun kuning telur seringkali dielakkan kerana jumlah kolestrol yang tinggi, namun seluruh telur sebenarnya terbukti melindungi kesihatan jantung terhadap mereka yang mempunyai risiko penyakit ini.
Selain itu, telur adalah makanan yang juga membantu membakar lemak.
Kajian menunjukkan bahawa sarapan yang mengandungi telur dapat mengurangkan rasa lapar dan menggalakkan rasa kenyang untuk beberapa jam bagi individu gemuk dan obes.
Dalam satu kajian terkawal terhadap 21 lelaki dewasa selama 8 minggu, mereka yang makan 3 biji telur ketika sarapan mengambil 400 kalori lebih rendah dalam sehari dan mengalami pengurangan lemak sebanyak 16%, berbanding mereka yang makan bagel ketika sarapan.
Sama seperti ikan, telur juga merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi yang mana meningkatkan kadar metabolisma sebanyak 20% hingga 35% untuk beberapa jam selepas makan.
Malah, antara salah satu sebab mengapa telur sangat menyenyangkan mungkin kerana peningkatan pembakaran kalori yang berlaku ketika pencernaan protein.
Makan 3 biji telur beberapa kali dalam seminggu mampu membantu anda membakar lemak sambil memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

4. Minyak kelapa



Minyak kelapa adalah sumber lemak yang sangat berkhasiat. Penambahan minyak kelapa ke dalam pemakanan anda dapat meningkatkan kolestrol baik iaitu HDL dan merendahkan trigliserida, di samping membantu menurunkan berat badan.
Dalam satu kajian, lelaki dewasa obes yang mengambil 2 sudu besar minyak kelapa sehari kehilangan 2.5 sentimeter saiz pinggang tanpa membuat sebarang perubahan terhadap pemakanan atau melakukan sebarang aktiviti fizikal tambahan.
Sebahagian besar lemak dalam minyak kelapa adalah trigliserida rantaian sederhana (MCT), yang mana mempunyai sifat menahan lapar dan membakar lemak.
Walaubagaimanapun, beberapa kajian mencadangkan bahawa kesan peningkatan kadar metabolisma oleh minyak ini mungkin akan berkurangan dari masa ke masa.
Tak seperti minyak lain, minyak kelapa kekal stabil pada suhu yang tinggi membuatkannya menjadi minyak masa yang ideal.
Memakan 2 sudu besar minyak kelapa sehari mampu memaksimumkan pembakaran lemak. Pastikan anda mulakan dengan jumlah yang rendah supaya perut anda dapat menyesuaikan diri terlebih dahulu.

5. Protein whey



Protein whey terbukti membantu pertumbuhan otot apabila digabungkan dengan senaman dan dapat membantu mengekalkan otot ketika kehilangan lemak badan.
Malah, protein whey dikatakan lebih efektif dalam menyekat rasa lapar berbanding sumber protein yang lain. Ini disebabkan oleh ia merangsang perembesan hormon kenyang seperti PYY dan GLP-1 pada tahap yang tinggi.
Satu kajian yang melibatkan 22 lelaki dewasa mengambil minuman protein dalam 4 hari berbeza.
Mereka mengalami rasa lapar pada tahap yang lebih rendah dan mengambil jumlah kalori yang lebih rendah pada hidangan seterusnya selepas minum protein whey, berbanding minuman protein yang lain.
Selain itu, protein whey dapat membantu meningkatkan pembakaran lemak dan menggalakkan penurunan berat badan terhadap individu kurus dan gemuk atau obes.
Dalam satu kajian terhadap 23 lelaki dewasa, satu hidangan protein whey didapati meningkatkan kadar metabolisma dan pembakaran lemak melebihi protein casein atau soya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 07:40 AM | Show all posts
tq tt share info..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 09:06 AM | Show all posts

Welcome!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq share info ni..no 2 & 3 mmg fav..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Eat more healthy fat to burn fat
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq share. Tgh berusaha kempiskan perut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2019 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
No 2 setiap hari minum


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah.. bestnya tips ni. Kopi tu buat sebu sbb tu tak rasa nak makan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice info  Terbaikkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau lemon tak bagi kurus ke hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tak boleh minum kopi..sakit kepala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.155785 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list