1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang kini dinamakan Lapangan Terbang Subang
2. Stesyen Keretapi Kuala Lumpur, salah satu bangunan yang perlu dikekalkan sebagai warisan negara
3. Pemandangan sebuah jalan di Kuala Lumpur. Nostalgia melihat teksi itu yang dulu memenuhi jalan raya
4. Pemandangan anak tangga Batu Caves
5. Istana Negara satu masa dulu
6. Ruang dalaman Masjid Negara
7. Pemandangan biasa deretan kedai runcit yang menjual bermacam jenis barangan
8. Peniaga pinggan mangkuk menjual barangan di pasar malam. Kini, majoriti barangan dibuat menggunakan plastik menggantikan kaca dan seramik
9. Satu pemandangan Kuala Lumpur yang diambil daripada tempat yang tinggi. Dulu tidak ada drone untuk membantu mengambil gambar sebegini. Sama ada kena naik atas atau gunakan helikopter.
Post time 21-2-2019 08:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu teksi hitam kuning dan bas mini. Dok kampung 1st time pi kl thn 1985, punya la syoq. Dari utara ke kl tu ambil masa satu hari suntuk. Bas pulak tak dak toilet. Tingkap pun boleh tolak2. Nostalgia sungguh.
Post time 7-3-2019 12:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Loveeeenyaaaaa
Saya lahir late 80s (lahir KL) so saya suka mid 90s (sekolah rendah) taktau kenapa sampai sekarang g jalan2 KL saya suka pergi CM (tempat kakak dating dgn bf, now husband) lepastu duduk menung kat station lrt jamek tgk sungai kelang
Mungkin ada nostalgia saya yg tak terungkap kot huhu. Sampai sekarang saya nak sangat kerja tengah2 KL tapi tak dpt2.
Post time 5-4-2019 11:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Beza KL dulu dengan sekarang .. Kalau dulu aman2 je lepak bersantai dekat CM dan kotaraya .. Sekarang ni kiri kanan orang asing je .. Kita pulak yang jadi takut ..
Post time 8-4-2019 07:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
aku membesar kat sentul.zaman awal 80 an dulu klu nak g chow kit jalan kaki je boleh ikut short cut.selalu teman arwah mak jalan kaki masuk pasar..skang ni aku tak tau kenapa macam jauh sangat rasa nak menapak ke chow kit tu.
- jangan lupa cable car kat bukit nanas tu.. dulu2 my parents selalu bawak naik cable car kat situ.. seronok weiii.....
- naik beca dari kampung baru pi chow kit. bersepah beca masa tu. masuk 80an dah tak guna lagi sebab jalan sesak dengan kenderaan.
- Sebelum sogo, tapak tu adalah pasar tani sebelum berpindah ke segambut sana tu tapi masa tu dah masuk 80an.. best tau..
- piknik kat tugu negara and lake garden is a normal thing to do tahun 70an.. skrg masih ada tapi jarang-jarang dah...
- jangan lupa gelanggang roller skate kat lake garden tu.. weekend berkuntum anak2 main roller skate. Masuk 80an, dia buat gelanggang roller skate kat medan mara, semua house, kota raya.
Memang ada Suleiman Court pastu dia robohkan dalam tahun 80an. Yang tinggal deretan kedai yang mengadap Jalan TAR tu. Aku ingat lagi sebab ada kawan mak tinggal situ. Selalu pegi masa kecik2 dulu. Pastu kat tanah lapang depa pakat buat tapak pasar tani sebelum pindah sebab nak buat sogo.