CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1884|Reply: 20

[Tempatan] IKEA pertama di utara

  [Copy link]
Post time 15-3-2019 11:16 AM | Show all posts |Read mode
BATU KAWAN: IKEA Batu Kawan, cawangan pertama yang dibuka di rantau utara membuka pintunya secara rasmi, semalam.

Ia cawangan keempat jenama perabot Sweden di Malaysia selepas IKEA Damansara, IKEA Cheras dan IKEA Tebrau.

Setakat ini, ada lebih daripada 400 gedung IKEA di 50 negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, gedung itu ialah hasil pelaburan RM650 juta yang dibuat oleh IKEA.

“Pelaburan besar menonjolkan tahap keyakinan syarikat global yang terkenal di Malaysia. Ia menyumbang secara positif kepada ekonomi serantau,” katanya dalam ucapannya pada majlis perasmian, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Duta Sweden ke Malaysia, Dag Juhlin-Dannfelt, Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Christian Roejkjaer dan Pengurus IKEA Batu Kawan, Pathmalingam Arumugam.

PENGUNJUNG melihat barang jualan di IKEA Batu Kawan.

Guan Eng berkata, pembangunan itu contoh perkongsian 4P, kerjasama antara orang awam, swasta, rakyat dan profesional.

“Saya harap kejayaan kita di Batu Kawan dapat diulang di negeri lain supaya kita dapat meningkatkan kualiti dan kuantum pertumbuhan ekonomi kita dapat dinikmati semua rakyat Malaysia.

“Saya gembira mengetahui cawangan IKEA ini dibina dengan pemikiran berterusan yang membuktikan kemampanan boleh menyumbang secara positif untuk membuat keputusan perniagaan yang menguntungkan.

“Dengan hampir satu juta isi rumah terletak dalam masa sejam perjalanan dari sini, pembukaan IKEA Batu Kawan membuka ruang baru untuk kegunaan swasta dan mewujudkan lebih 300 pekerjaan baharu untuk warga Pulau Pinang dan Kedah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 9:00 A

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2019 11:18 AM | Show all posts
kakak syak @pulauturtle pasti menjakunkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Ikea
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 11:25 AM | Show all posts
bagus la.. boleh orang belah sana shopping tanpa was was..
takde la nak bawak kereta penuh barang terjulur belakang ke depan dari kl ke utara..
pasni boleh bukak kat belah timur pulak
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 11:27 AM | Show all posts
meols nak pegi tapi lambat2 sket la... kowser nak bersesak2 dengan acik2 kepam pprt di hari opening...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 11:34 AM | Show all posts
hyie replied at 15-3-2019 11:27 AM
meols nak pegi tapi lambat2 sket la... kowser nak bersesak2 dengan acik2 kepam pprt di hari ope ...

eleh kutuk org lain yg pegi awal sebagai pprt

ntah2 sendiri pun caprut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2019 11:39 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-3-2019 11:25 AM
bagus la.. boleh orang belah sana shopping tanpa was was..
takde la nak bawak kereta penuh barang t ...

kalau belah timur aku syak ikea mesti pilih ikea

tapi kalau bukak kat kelantan pun ok sebab orang kelantan suka beli belah

jangan bukak kat terengganu confirm tak laku sebab sana ada mydin
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 11:47 AM | Show all posts
Edited by MariaClara at 15-3-2019 11:49 AM
prettyuglybabe replied at 15-3-2019 11:25 AM
bagus la.. boleh orang belah sana shopping tanpa was was..
takde la nak bawak kereta penuh barang t ...

hahahaha kannn..penah berebut brg dgn org utara dtg dari jauh....

dia leh letak brg tu (tgl satu je) dlm troli letak tepi kaunter n pegi mane2 tah.....dtg i yg mmg nak bende ni...staff kate xde dahh bende ni last....

tp staff tu tunjuk bende ni longgok dlm troli...xde bagitau staff yg dia booking..staff amik bagi kat aku...

mase lps da byr...si mepunye troli kejar aku mintak balik...aku? pejadah? aku ckap staff yg bagi..dia merayu mintak pulang semula..ckap jauh dtg..then aku ckap nape tgl mcm tu aje bang...dia kate gi anta brg kat keta...pastu ade hal sikit...so aku tak rase aku salah...tp dia sound aku ckap aku buta tak nampk ke org da booking...


hahaha sape ajar ko booking letak tepi kaunter.....dah ler blom byr lagi pon...so org assume ko tak jadi beli laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 03:26 PM | Show all posts
c===8 replied at 15-3-2019 11:34 AM
eleh kutuk org lain yg pegi awal sebagai pprt

ntah2 sendiri pun caprut

takyah la nak sentap sangat tu kan bahasa dalam forum...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:04 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-3-2019 11:25 AM
bagus la.. boleh orang belah sana shopping tanpa was was..
takde la nak bawak kereta penuh barang t ...

rasenya tak ada kat pantai timur.sbb ikea neh market terbesar dia chinese.tgkla dia bukak branch kat mana lagi..cheras,jb.penang tu selain sbb sana ramai chinese.dia jugak berdekatan dgn ipoh.2 bulan lepas rumah aku dapat katalog ikea ..aku ingatkan nak bukak kat ipoh..rupanya batu kawan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:29 PM | Show all posts
takdela penyemak lagi PS ikea kat D curve tu

klu tak berebut brg mcm samseng kat As Is
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:37 PM | Show all posts
alesandra replied at 15-3-2019 04:04 PM
rasenya tak ada kat pantai timur.sbb ikea neh market terbesar dia chinese.tgkla dia bukak branch k ...

serious target market dia chinese?
macam salah target je..


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Meatball sana mesti x laku sbb selera org utara kari meatball jah.. Xpon depa x yakin ikea serve halal food
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:42 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-3-2019 04:37 PM
serious target market dia chinese?
macam salah target je..

tak taula kan...tapi batu kawan tu dekat penang selatan...bukan utara.utara dah ke kedah,perlis...so boleh pikir la market dia sapa
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:46 PM | Show all posts
MariaClara replied at 15-3-2019 11:47 AM
hahahaha kannn..penah berebut brg dgn org utara dtg dari jauh....

dia leh letak brg tu (tgl sat ...

patutnya masa dia mintak u jual la balik double
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:48 PM | Show all posts
alesandra replied at 15-3-2019 04:42 PM
tak taula kan...tapi batu kawan tu dekat penang selatan...bukan utara.utara dah ke kedah,perlis... ...

mungkin sebab location yang lebih strategik?or tanah yang dia dapat?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 04:56 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-3-2019 04:46 PM
patutnya masa dia mintak u jual la balik double



patutnya masa kerja kena amanah, tarak boleh guna line tenet opis tuk main forum pagi ke petang cam kau

cukup bulan makan duit gaji haram
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:57 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-3-2019 04:48 PM
mungkin sebab location yang lebih strategik?or tanah yang dia dapat?



cam kau la tu, cari location strategik jauh dari staff lain sebab takut kantoi main forum time opis


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:59 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-3-2019 04:37 PM
serious target market dia chinese?
macam salah target je..

target kau plakkk, pi opis main forum sembunyi dari staff lain

sampai ngaku tak bukak video online sebab takut staff lain tahu tuuu

tarak amanah punya samdol






Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:15 PM | Show all posts
MMlava replied at 15-3-2019 04:57 PM
cam kau la tu, cari location strategik jauh dari staff lain sebab takut kantoi main forum time ...

alamak hal dalaman ofis jgn bwk ke forum kihkihkih   
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.103596 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list