CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1563|Reply: 0

Kejahilan Hizbut Tahrir Terhadap Khalifah Terakhir

[Copy link]
Post time 15-3-2019 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Kejahilan Hizbut Tahrir Terhadap Khalifah TerakhirMarch 09, 2019








OLEH: Abu Amru Radzi Othman


KEJAHILAN HIZBUT TAHRIR TERHADAP KHALIFAH TERAKHIR : DAULAH UTHMANIYAH PADA TAHUN 1800-AN TELAH MELAKSANAKAN FAHAM SEKULAR!


Sekularisme telah dilaksanakan jauh sebelum Mustafa Kamal hidup. Sultan Turki telah melakukan pembaharuan atau bisa diistilahkan sebagai pindaan undang-undang dengan mewujudkan Hatt- i-Sarif atau dikenali Piagam Kamar Merah (1830) dan Hatt-I- Humayun (1856) oleh Sultan Abdul Majid dan Rasyid Ali dan Fuad Pasha. Piagam ini merangkumi pembaharuan pentadbiran, penyelarasan sistem cukai, sistem kerahan tenaga, persamaan hak individu dan pendidikan sekular menggantikan pendidikan Islam.

Dr. Ibnu Ahmadain Al Barlisi mengatakan:

“Yang lebih dahsyat adalah Piagam Humayun menggugurkan segala rujukan syariah Islam dalam perundaangan atau secara terang-terangan menegaskan kedudukan sekularisme sebagai asas pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam beberapa tahun mendatang” (Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah)

Pada 1866, tertubuh Kementerian Pelajaran Umum yang menyelia sekolah aliran sekular di Turki Uthmaniyyah. (Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden)

Pada 1869, iaitu tiga tahun setelah sekolah sekular diwujudkan, maka Menteri Kehakiman telah menubuhkan Mahkamah Sivil disamping Mahkamah Syariah. (Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden) Mahkamah ini telah membelakangkan hukum Islam dan menggunakan hukum Barat.

Ini adalah sekelumit dari sisi hitam sejarah Turki Uthmaniyyah, yang kaum hizbiyyun sangat menyanjung tinggi, malah beriman bahawa Turki Uthmaniyyah adalah Khalifah Al Uzma. Masih banyak lagi bukti tentang perjalanan sekularisme di Turki yang tidak perlu saya singgung.

Justeru Bapa Sekularisme bukanlah Mustafa Kamal tetapi adalah Sultan Mahmud II yang memerintah pada tahun 1808-1839 M. Dalam buku Bangkit Dan Runtuhnya Khalifah Uthmaniyah, karangan As Syalabi (yang diterjemah oleh Samson Rahman), Sultan Mahmud II pernah mengeluarkan hukum bersifat Pluralisme dan Sekularisme:

“Beta tidak mahu sekarang untuk membezakan antara umat Islam kecuali berada di dalam Masjid, dan orang-orang Nasrani kecuali apabila berada dalam Gereja, dan orang-orang Yahudi kecuali berada dalam Sinagog. Beta mahukan selagi mereka semua mentaati Beta, mereka semua akan mendapat hak yang sama dan mendapat perlindungan yang serupa”.

Sultan Abdul Hamid II ketika memberi syarahan ketika merasmikan pembukaan sidang parlimen pertama pada 19 Mac 1877/ 4 Rabiul Awal 1294 H mengakui bahawa Daulah Turki telah meninggalkan syariat Allah :

“ … sepanjang 600 tahun, kekayaan dan kebahagiaan negara dan rakyat jelata sentiasa meningkat menuju kemajuan dan perkembangan di bawah perlindungan keadilan dan kedaulatan undang-undang, namun setelah itu kita mulai mengalami kemerosotan secara berperingkat disebabkan kelemahan kita mengikut dan berpandu dengan syariat Allah. Lalu kekuatan tersebut digantikan dengan kelemahan.” (Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti))



KESIMPULAN:

1) Daulah Uthmaniyah bukanlah Khalifah terakhir.
2) Khalifah terakhir telah lama hilang iaitu tatkala Daulah Abasiyah tertegak di Baghdad!
3) Turki Uthmaniyah telah laksanakan sistem sekular para zaman pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 - 1839M).
4) Ketidak tahuan tentang hal ini menunjukkan KEBODOHAN Hizbut Tahrir dalam hal sejarah.

* sy menyalin tulisan di atas dari laman blog saya dimana sy telah bahas hal ini lama dahulu.



Gambar hiasan dari -AlJazeera-



___________________________

~ Abu Amru Radzi Othman~

Lajnah Agama






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54163 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64362 Replies : 379
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 42644 Replies : 418
'Kalau rasa tak mampu, jangan berhutang'- Aliff
maklukpenggoda'Kalau rasa tak mampu, jangan berhut
Views : 4414 Replies : 5
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 23671 Replies : 7
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276408 Replies : 8066
Bendera Syria diganti
maklukpenggodaBendera Syria diganti
Views : 29941 Replies : 18
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39361 Replies : 44
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 24202 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049605 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list