CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3770|Reply: 45

[Tempatan] Ekonomi terus meningkat di bawah PH, peluang pekerjaan bertambah, apa lagi yg ra

  [Copy link]
Post time 16-3-2019 03:25 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA 16 Mac - Malaysia sedang menikmati perkembangan ekonomi yang memberangsangkan dan ini dapat dibuktikan dengan peningkatan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang diluluskan untuk semua sektor.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, FDI yang diluluskan naik setinggi 48 peratus kepada RM80.5 bilion bagi tahun 2018.
Jelas beliau, angka itu merupakan penunjuk pelopor penting bagi membantu orang ramai memahami kecenderungan keadaan ekonomi negara.
Kata beliau, pertumbuhan FDI yang diluluskan ini ditambah dengan kenaikan 3.2 peratus dalam Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) untuk bulan Januari 2019.
“Pertumbuhan pengeluaran perindustrian ini adalah lebih baik berbanding dengan konsensus pasaran 2.3 peratus seperti yang dikumpulkan oleh Bloomberg.
“Perkembangan ini adalah selaras dengan angka-angka positif yang dicatatkan oleh Malaysia dan kecenderungan positif ini dijangka akan berterusan walaupun negara berhadapan dengan cabaran luaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Guan Eng, kepimpinan yang jelas dan bersih yang disediakan kerajaan dalam membimbing ekonomi negara telah membantu meningkatkan FDI yang diluluskan sepanjang tahun lepas.
Beliau berkata, untuk separuh tahun pertama 2018, FDI yang diluluskan bagi semua sektor adalah hanya RM26.5 bilion.
“Namun, nilai itu meningkat dengan mendadak kepada RM54 bilion pada separuh tahun kedua,” katanya.
Tambah Guan Eng, peningkatan ketara itu memperlihatkan peranan penting yang dimainkan Malaysia sebagai sebuah hub pembuatan bagi rantau ini dan juga ruang selamat (safe haven) untuk rantaian bekalan antarabangsa ketika perang dagang antara Amerika Syarikat dan China berlanjutan.
“Malah, jumlah FDI pembuatan yang diluluskan dari China telah meningkat kepada RM19.7 bilion pada tahun 2018, iaitu satu peningkatan 410.8 peratus atau RM15.8 bilion daripada RM3.9 bilion pada tahun 2017.
“ Pada masa yang sama, FDI dari Amerika Syarikat naik 184.9 peratus atau sebanyak RM2.1 bilion kepada RM3.2 bilion pada tahun lepas berbanding RM1.1 bilion pada tahun 2018,” katanya.
Guan Eng berkata, bukan Amerika Syarikat dan China sahaja yang sedang mempertingkatkan pelaburan mereka, malah pelabur-pelabur Indonesia akan melabur sebanyak RM9 bilion dalam bidang pembuatan.
“Ini merupakan peningkatan yang drastik memandangkan pada tahun 2017, pelaburan yang diluluskan daripada Indonesia adalah RM0.5 juta sahaja. Ini menjadikan Indonesia sebagai sumber FDI kedua yang terbesar selepas China untuk tahun lepas.
“Kerajaan akan meneruskan agenda pembaharuannya bagi meningkatkan kualiti pertumbuhan dan memastikan supaya hasil pembangunan negara dapat dinikmati bersama oleh pelbagai lapisan masyarakat,” kata beliau




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
menipu je keje depa haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
lepas jual seme aset sembang dpt kurgkan hutang haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 04:09 PM | Show all posts
boleh lah hapuskan tol..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kenceng lebat lagi ke. tak nampak pun pelabur berebut masuk, berebut keluar lagi ada le
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 16-3-2019 04:32 PM
kenceng lebat lagi ke. tak nampak pun pelabur berebut masuk, berebut keluar lagi ada le

yg aku tahu..rohingya ada masuk aritu...ni ke dia kata pelabur??????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mana si mahacai gemok sorg tuh haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kukuhkan Ringgit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Employment rate -3% apa yg kembang?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah berkemampuan nak buat free education lah ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab manufacturing investment ni bukan time tu nak invest time tu investor bagi duit. Biasa investor akan buat perancangan yang ambil masa bertahun sebelum decide. So setakat 2018 punya improvement tak payah nak claim kebangga sangat lah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
- wage earner b40 Pak guard sekolah retrenched on shift downsize.
- wage earner b40 tukang potong rumput kuantan habis hilang kerja bila kontrak potong rumput dibatalkan.
- pekerja asing yg patut diperambat balik lepas 10 tahun boleh di extend lagi 3 tahun
- Levi pekerja asing dibagi diskaun
- Levi pekerja asing yg ditanggung majikan dikurangkan kpd 20%, si Bangla tu sendiri kene bayar 80%. Tapi kategori pembantu rumah, majikan masih bayar 100% Levi. Tiada diskaun.
- 2018: Jan 1 to Dec 7, 21,532 org hilang kerja. Socso Berjaya masukkan balik for employment 6,292. 7200 dari kehilangan kerja pulak kategori management, professional, degree or diploma requirement.


Soklan retorik: lapisan masarakat mana yg dpt kelimpahan kemakmuran ekonomi bawah PH ni kalu bukan puak bisnes or towkay SME?

Marhaein dpt apa?

B40 dpt apa? Yg Ada kerja dibentikan. Yg nak Cari kerja saingan lebih hebat dari tenaga kerja asing. Gaji minima berpilih2. Tu pon Tak buat lagi.

M40 dpt apa? Fuck. Levi org gaji Pon still pay in full.



Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 16-3-2019 06:09 PM
- wage earner b40 Pak guard sekolah retrenched on shift downsize.
- wage earner b40 tukang potong r ...

aku rasa yg jelas berke.bang adalah pembuatan dan industri .  sebab itu dlm perjumpaan baru2 ini gomen setuju utk mengurangkan levi serta permit lewat tempoh diextandkan 3 tahun lagi  .  tidak aku nafi sektor ini kurang menarik minat warga tempatan kerana lasak dan mencabar .
jadi tenaga asing amat diperlukan agar operasinya tidak terjejas  .  kalau harap org kita  ..  mamposs tak jadi apa  .
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bolehlah tunai janji education free hapus PTPTN
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 16-3-2019 08:17 PM

tetapi bagi aku pembaikan ini takkan berlaku dgn
begitu mudah .  kerana kewangan kerajaan yg mengalami ketirisan modal dek sebab hutang dan tanggungan yg terpaksa kerajaan tanggung  .  menyebabkan  pada awal ini banyak peruntokan agensi2 kerajaan kita lihat  terpaksa dipotong termasuk mengurangkan tenaga kerja bagi menyusun semula operasinya  .  itu kita paham .

tetapi yg sedihnya kerana ia bakal melibatkan ribuan rakyat kita yg tidak bersedia dgn perubahan kehendak pasaran tenaga buroh  ini  .  jadi mungkin pembaikan ini disebut semula  ..  mungkin akan berlaku secara lebih perlahan .  tetapi kita mahu ianya tidak terhenti disitu malah kerajaan perlu lebih agresif lagi termasok melihat kembali sektor2 yg boleh diisi tenaga asing ini agar tidak menutup peluang warga tempatan  .  sektor2 perkhitmatan  ,  perhotelan sepertinya  .
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 08:30 PM | Show all posts
dess402 replied at 16-3-2019 08:13 PM
tetapi bagi aku pembaikan ini takkan berlaku dgn
begitu mudah .  kerana kewangan kerajaan yg mengal ...

bagi kau bagi kau menurut pendapat kau, blah la kau

deyyyy, sial kaki fitnah, sekali kau fitnah tarak orang percaya apa sajaa kau cakap la deyyy

mampos kau masuk neraka

bodoh punya bacul kau ni




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 08:31 PM | Show all posts
dess402 replied at 16-3-2019 07:27 PM
aku rasa yg jelas berke.bang adalah pembuatan dan industri .  sebab itu dlm perjumpaan baru2 ini g ...

takyah rasa rsa la sial

apa saja kau rasa, semua tu fitnah

camsial je kau ni bacul, dah kantoi bukak thread fitnah keji, nangis suruh mod tutup lepas kena maki


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 16-3-2019 09:21 PM

hahaha  ..  cacai yg hanya  pandai sebut  export taxx ..  ehh   ..  sat lagi income taxx .     
yg lelain dia meoyan  .




Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 10:49 PM | Show all posts
dess402 replied at 16-3-2019 09:17 PM
hahaha  ..  cacai yg hanya  pandai sebut  export taxx ..  ehh   ..  sat lagi income taxx .     
yg  ...

bacul kau sial kau bukak thread fitnah, kena maki dgn aku terus nangis2 mintak mod tutup thread sendiri

level longkang anak longkang je kau ni


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 12:34 AM | Show all posts
Dr Wee has again questioned Guan Eng’s accounting credentials
    Friday, 15 Mar 2019
    11:50 PM MYT

PETALING JAYA: MCA president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (pic) again questioned Finance Minister Lim Guan Eng's credentials as an accountant in a post on Facebook on Friday (March 15).

Dr Wee, who is also Ayer Hitam MP, said there was a discrepancy between data from the Malaysian Institute of Accountants on how many accountants had lost their licences through serving a prison sentence and accounts of how Lim lost his licence.

The Finance Ministry, said Dr Wee, revealed that only one Malaysian Institute of Accountants (MIA) member was stripped of his licence and that the individual was an Indian man.

He said the Finance Ministry gave him the answer based on his question in the Dewan Rakyat on March 12.

Previous reports by a Chinese daily and DAP's own Rocket publication said Lim was stripped of his accountancy licence after being sentenced to prison, Dr Wee said.

"Looking at the answer from the Finance Ministry, only one individual has been stripped of his membership and that individual was an Indian.

"So is it true then that Lim was jailed and stripped of his accountancy credentials?" he said in a posting on his social media account Friday.

Lim's accounting credentials came under scrutiny after the credentials of several Pakatan Harapan leaders were allegedly found to be fake.

Previously, Lim’s biodata on limguaneng.com stated he graduated from Monash University, Australia, with a Bachelor of Economics and was a qualified professional accountant by 1983.

However, in a Facebook post on Feb 12, Dr Wee, referring to documents released by Lim’s political secretary Tony Pua, pointed out that Lim’s membership into the Australian Society of Accountants on Feb 21, 1984, merely stated that he was admitted as a provisional member.

The Australian Society of Accountants is now known as the CPA Australia (Certified Practising Accountants).

To obtain a CPA license, aspiring individuals with a Bachelor’s degree in accounting need a year of supervised experience under a CPA holder to take the CPA exam.  

A provisional membership, Dr Wee said, was one of the steps required to enrol into programme modules and examinations in order to qualify as an accountant, and to qualify for full membership into the Australian Society of Accountants.

Therefore, a provisional membership is far from being a fully certified chartered accountant or even an accountant, said Dr Wee.

In Malaysia, individuals aspiring to register as a chartered accountant under the Malaysian Institute of Accountants require no less than three years of approved working experience.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.072752 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list