CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1327|Reply: 0

[Tempatan] Rawat 'mati putik' sebelum terlewat.

[Copy link]
Post time 17-3-2019 02:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-3-2019 10:21 AM

Rawat 'mati putik' sebelum terlewat















NIK Norie Nur Qisren mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kecantikan dan rawatan tradisional.











Siti Nadirah Hafidzin
siti_nadirah@hmetro.com.my



JIKA dilihat kaedah penjagaan kecantikan sebenar yang diamalkan sewaktu zaman nenek moyang terdahulu lebih kepada penekanan kesihatan dalaman bagi memancarkan kejelitaan luaran secara semula jadi.
Istilah cantik pada hakikatnya lebih kepada individu yang memiliki kesihatan luaran dan dalaman yang baik bukan hanya tertumpu pada rupa paras serta bentuk badan menawan semata-mata.

Mungkin ramai yang bersetuju, kebanyakan wanita hanya mula memberi penekanan kepada aspek penjagaan kesihatan berbanding kecantikan apabila usia mula menjengah ke angka 35.
Mana tidaknya, pada usia itu, ramai yang sudah mula merasai ‘sakit-sakit badan’, lesu dan mudah penat sehingga mengganggu rutin harian yang padat. Ada pula yang mengalami isu pertambahan berat mendadak terutama selepas melahirkan anak dan tidak kurang ada yang berdepan dengan masalah dingin dalam hubungan kelamin atau dipanggil ‘mati putik’.

Semua masalah yang dialami itu bukan saja mengakibatkan wanita terbabit berasa tidak selesa malah bakal memberikan kesan yang besar bukan saja pada diri tetapi turut membabitkan hubungan suami isteri.
Menyentuh mengenai masalah dan rawatan ‘mati putik’, Nik Norie Nur Qisren Nik Mohd Nordin, 37, yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kecantikan dan rawatan tradisional berkata, masalah itu sering kali menghantui wanita selepas bersalin.

“Mati putik ini menyebabkan wanita kurang bernafsu dan berasa sangat lesu. Walaupun masalah ini bukanlah satu yang baru, masih ramai wanita yang kurang peka dan bersikap sambil lewa.
“Masyarakat kita sering kali didedahkan dengan masalah mati pucuk yang dialami lelaki namun tidak mempunyai pengetahuan mengenai mati putik yang sangat perlu dirawat bagi mengelak kesan lebih teruk,” katanya.

Nik Norie Nur Qisren yang menjalankan spa bergerak di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya berusaha membantu wanita yang mengalami masalah itu.

“Ramai wanita dalam kalangan pelanggan datang bertemu saya dan memberitahu mengenai masalah ini, tidak kurang juga ada yang mengalaminya tetapi berasa malu untuk mendapatkan rawatan. Hakikatnya, perkara ini adalah lumrah kepada wanita terutama yang baru melahirkan bayi atau selalu berada dalam tekanan,” ujarnya.



NIK Norie Nur Qisren menjalankan spa bergerak.

Menurutnya, kaedah rawatan yang dilakukan bagi merawat masalah itu adalah melalui teknik urutan di bahagian tertentu.
“Biasanya saya akan memeriksa dan mengenal pasti masalah dihadapi sebelum mula merawat. Bagi saya tidak salah jika pelanggan mahu mencuba rawatan tradisional tetapi saya juga sangat menggalakkan mereka bertemu pakar perubatan supaya boleh mendapatkan ubat bersesuaian untuk mengatasi masalah ini. Terpulang kepada pilihan sendiri, asalkan masalah ini tidak dibiarkan berlanjutan kerana ia boleh menjejaskan kesejahteraan dan kebahagiaan rumah tangga.

“Bagi yang mahu menggunakan kaedah tradisional melalui urutan juga boleh. Tempoh urutan tidak sama kerana ia bergantung kepada masalah dihadapi. Harga bagi setiap sesi rawatan mati putik adalah RM90 dan tidak termasuk kos pengangkutan,” katanya.

Nik Norie Nur Qisren berkata, dalam kebanyakan kes masalah ini berpunca daripada proses melahirkan, kepenatan harian menjalani rutin sebagai seorang ibu terutama yang bekerja selain tekanan sampingan lain yang turut boleh menjadi penyebab.
“Apa yang utama jangan malu untuk mendapatkan rawatan kerana ia bakal menjadi penyebab kepada masalah lebih serius termasuk hubungan bersama suami.

“Ada juga yang berasa takut dan ragu-ragu hendak mendapatkan rawatan kerana bimbang ia menyakitkan. Saya tidak menafikan pelanggan mungkin akan berasa sedikit sakit apabila diurut namun berdasarkan pengalaman, kebanyakan pelanggan mampu bertahan. Kekuatan urutan akan disesuaikan dengan daya ketahanan pelanggan kerana ia bukanlah teknik urutan yang biasa,” ujarnya.

Katanya, selain melakukan rawatan, wanita yang mengalami masalah itu juga dinasihatkan supaya menjaga pemakanan harian dengan mengurangkan pengambilan makanan dari pokok menjalar atau disifatkan sejuk seperti ubi, kubis, bunga kubis dan terung.

“Rawatan ini adalah sebagai ikhtiar dan saya tidak memberi jaminan masalah akan dapat diselesaikan sepenuhnya. Namun kita harus cuba supaya ada perubahan positif supaya ruang untuk pulih itu lebih terbuka.
“Selain itu, ia juga perlu dilakukan secara konsisten, sekali atau dua kali dalam sebulan sehinggalah masalah mati putik ini dapat diatasi,” katanya.
Menurut Nik Norie Nur Qisren, tidak ada gunanya wajah yang cantik menawan namun keadaan kesihatan dalaman tidak dijaga dengan baik.

“Disebabkan itu saya katakan, kesihatan dalaman adalah perkara yang paling utama. Sekiranya ia dalam keadaan baik tentu saja kecantikan luaran dapat dipancarkan secara semula jadi.
“Spa bergerak yang saya jalankan agak berbeza dengan yang lain kerana saya lebih memfokuskan kepada rawatan rahim, kesuburan, mati putik dan penjagaan pantang,” katanya.
Dalam erti kata lain, Nik Norie Nur Qisren lebih menumpukan rawatan ilmu perbidanan seperti zaman nenek moyang terdahulu.

“Inilah keistimewaan rawatan yang saya jalankan, kerana pelanggan dapat berasakan kaedah rawatan serta urutan seperti era dulu. Semua rawatan ditawarkan bermula pada harga RM80 mengikut jenis rawatan dipilih pelanggan.
“Saya selalu menekankan kepada pelanggan supaya konsisten. Urut seluruh badan dan selalu periksa kedudukan rahim serta masalah dalaman supaya kita sendiri tahu apa masalah yang dihadapi,” ujarnya.
Menurutnya, selain itu, dia juga menyediakan pelbagai minuman, mandian dan produk berasaskan herba bagi membantu mendapatkan kesihatan dalaman.




Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 6:00 AM




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.063948 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list