View: 1221|Reply: 15
|
[Tempatan]
Bazar Ramadan Lorong TAR Ditempatkan Di Jalan Raja Tahun Ini
[Copy link]
|
|
ISNIN, 18 MARCH 2019 @ 7:37 PM
PASAR Lorong Tunku Abdul Rahman. - Foto Muhd Zaaba Zakeria.
KUALA LUMPUR: Operasi bazar Ramadan Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR)/Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya pada tahun ini akan dipindahkan ke Jalan Raja iaitu berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata lokasi bazar Ramadan itu akan bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja hingga ke lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar merangkumi jarak 0.2 kilometer dan 12 meter lebar.
“Sepanjang operasi bazar Ramadan ini, kenderaan awam masih boleh melalui Jalan Raja. Tiada penutupan sepenuhnya Jalan Raja dalam tempoh bazar Ramadan itu beroperasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susun atur petak-petak niaga telah diselaraskan dengan teratur bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung di samping mengelak gangguan lalu lintas, katanya.
Nor Hisham juga memaklumkan bahawa tiada pemindahan pasar malam Lorong TAR akan dilakukan buat masa ini.
Menurutnya, cadangan pemindahan pasar malam itu dalam peringkat kajian dan persatuan penjaja akan dilibatkan dalam perbincangan mengenainya.
Nor Hisham berkata kios-kios yang dicadang dibina di sepanjang Jalan TAR adalah sebahagian daripada projek ‘Sungai Nadi Kehidupan’ (ROL), namun ia masih di peringkat kajian.
Cadangan pembinaan itu adalah untuk menyusun semula peniaga sedia ada di sekitar Lorong TAR dan Jalan Masjid India, katanya.
Nor Hisham turut memaklumkan bahawa penutupan Jalan TAR secara percubaan akan bermula pada 6 dan 7 April dan diteruskan pada setiap hujung minggu bulan April termasuk cuti umum.
Penutupan itu katanya, bersesuaian dengan inisiatif ROL iaitu kawasan berkenaan akan dijadikan mesra pejalan kaki di samping merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar rendah karbon.
Dalam tempoh percubaan ini, penutupan itu terhad kepada kenderaan persendirian sahaja manakala kenderaan awam seperti bas dan teksi serta kenderaan kecemasan seperti polis, bomba, ambulans dan badan penguatkuasaan lain masih dibenar menggunakannya.
Penutupan yang bermula dari persimpangan selepas Jalan Esfahan/Jalan TAR dan berakhir di lampu isyarat sebelum Jalan TAR/Jalan Melayu itu adalah dari 8 pagi Sabtu hingga 11.59 malam hari Ahad. – BERNAMA |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sekejap je dah nak puasa kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Elle_mujigae replied at 18-3-2019 08:19 PM
Sekejap je dah nak puasa kan.....
Betul tu... Saya tak sabar nak puasa..
Harap-harap pasar malam TAR tetap ON! |
|
|
|
|
|
|
|
tapi apa logiknya bazar ramadan stat dari jalan gereja sampai ke leboh pasar . situ kan petang2 dah memang kuat jem ??
lagi apa logiknya pula dijalan raja tu ?? situ kan tempat pelancung datang beriadah ?? tak ke nanti nampak kelam kabut ?? |
|
|
|
|
|
|
|
tu bukan laluan segala public transport ka?
bertambah sesak laaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
dess402 replied at 18-3-2019 08:45 PM
tapi apa logiknya bazar ramadan stat dari jalan gereja sampai ke leboh pasar . situ kan petang2 dah ...
Jalan tar kroni lain punya, jalan gereja kroni lain punya. Bazaar Ramadhan, bukan takat baju raya je, kedai makan semua sesak orang buka puasa.
Mcm biasala, politik membusung. |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tempat tu...jalan pun besar.....
tak der la sempit mcm jln TAR |
|
|
|
|
|
|
|
jalan raja ni celah mane? depan bangunan sultan abdul samad ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
aci tak aku nak cakap DBKL ni bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
jalan raja ni kan dulu2 ada pasar malam kt situ..ok lah..kroni2 takle makan lebat. situ sewa melalu dbkl terus..mcm kt nite market konsep dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu nek lrt nak benti mana nih
sime darby tu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Paling dekat turun kat Station Masjid Jamek
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap disusun dengan baik sebab sekarang pun dah ramai pelancong datang, bila peniaga bazzar berpindah kesitu pasti akan tambah ramai |
|
|
|
|
|
|
|
peluh jugak ketiak nak jalan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
sama je lah ngn turun g mengeTAR
tq noks
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat celah mana pulak ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|