Edited by singgah at 25-3-2019 10:58 PM
Datuk Aznil Haji Nawawi telah dinobat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Ikon Pembelajaran Abad ke – 21 (PAK21), lantaran keterlibatan beliau dalam banyak aktiviti sosial, ekonomi, pendidikan dan khidmat masyarakat.
Menerusi posting beliau di Instagram miliknya, Pak Nil meluahkan rasa syukur dan terima kasih kerana dipilih sebagai Ikon PAK21.
Sumber: Instagram aznilnawawihm
Sebagai Ikon PAK21, Pak Nil bertanggungjawab: - Mempromosikan dan memberi pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat mengenai kemahiran PAK21.
- Menggalakkan perkembangan sahsiah murid secara holistik dan seimbang
- Memberi inspirasi kepada murid supaya memiliki keyakinan diri serta kemahiran pengucapan awam dengan berketerampilan kelas pertama.
Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai Ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) pada tahun 2017.
Ramai yang Mempersoal
Namun begitu, berita ini sebenarnya turut mendatangkan persoalan dan keraguan yang menghujani KPM.
Seorang guru yang terkenal di media social, Cikgu Mohd Fadli Salleh turut meluahkan rasa yang menyatakan bahawa Pak Nil sebenarnya sedikit pun tidak layak untuk gelaran ini. Luahan hati beliau boleh dibaca di pautan ini:
Malah seorang pensyarah kanan Fakulti Pendidikan di Universiti Putra Malaysia turut sama memberikan pandangan mengenai isu ini.
Sumber: Facebook Dr. Othman Taib
|