CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 22552|Reply: 55

12 buah sekolah paling berhantu di Malaysia yang simpan pelbagai kisah misteri

  [Copy link]
Post time 3-4-2019 03:43 AM | Show all posts |Read mode
12 buah sekolah paling berhantu di Malaysia yang simpan pelbagai kisah misteri



Membesar di Malaysia, bukanlah menjadi sesuatu yang pelik apabila mendengar cerita hantu tentang sekolah yang anda sedang belajar. Seolah-olah hampir semua sekolah dikatakan berhantu, terutamanya tandas pelajar perempuan untuk beberapa sebab tertentu.

Sekolah dan kisah-kisah hantu seram seakan-akan tidak boleh dipisahkan, pendek kata bagaikan isi dengan kuku. Walaupun setiap tahun pelajar sekolah silih berganti namun kisah-kisah hantu sekolah sentiasa diceritakan daripada satu batch kepada batch yang lain.

Di sini kami senaraikan beberapa buah sekolah yang dikatakan paling menyeramkan di Malaysia. Cuba semak senarai di bawah, manalah tahu nama sekolah anda juga turut tersenarai antara sekolah yang paling menyeramkan.

1. Penang Free School, Pulau Pinang


Penang Free School terletak di Green Lane, George Town, Pulau Pinang. Sekolah ini merupakan sekolah tertua yang menggunakan medium bahasa Inggeris di Asia Tenggara. Dibina pada tahun 1816, Penang Free School juga adalah sekolah pertama yang didirikan di Malaya yang sekarang dikenali sebagai Malaysia.

Sebagai sebuah sekolah yang tertua di Malaysia, sudah pasti terdapat banyak kisah-kisah yang menyeramkan di sekolah ini. Fakta ini mungkin tidak mengejutkan kerana Penang Free School bukan sahaja sekolah yang paling tua di Malaysia bahkan juga di Asia Tenggara!

Bayangkan ia dibina pada tahun 1816, sekarang pula sudah tahun 2019. Ini bermakna sekolah ini sudah berusia lebih 200 tahun. Lebih tepat lagi 203 tahun! Kisah-kisah hantu pasti akan muncul di sekolah sebegini yang telah lama bertapak.

Cerita-cerita seperti lampu berkedip-kedip dan bunyi-bunyian pelik pada waktu malam adalah perkara biasa. Tidak pasti sama ada ia hanya disebabkan oleh struktur sekolah yang lama atau ada ‘benda’ lain. Selain itu, ada juga yang mendakwa mendengar jeritan seorang wanita lewat tengah malam, yang dikatakan sebagai roh banduan yang diseksa semasa zaman pendudukan Jepun.

2. Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang


Sekolah Menengah Chung Ling atau lebih dikenali sebagai Chung Ling High School adalah sebuah sekolah menengah lelaki yang terletak di George Town, Pulau Pinang. Sekolah yang ditubuhkan pada tahun 1923 ini telah diambil alih oleh Angkatan Darat British untuk digunakan sebagai sebuah hospital tentera pada tahun 1941.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu selepas meletusnya Perang Dunia Kedua, berlakunya tragedi pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Cina Malaya di bawah istilah Sook Ching yang membawa maksud “pembersihan Cina”. Beberapa orang guru dan pelajar dari Chung Ling juga turut terbunuh.

Dengan sejarah Sekolah Chung Ling yang begitu tragis, tidaklah menghairankan cerita-cerita menakutkan seperti penampakan kelibat guru-guru dan pelajar-pelajar yang dibunuh dilihat berkeliaran di sekitar sekolah itu. Histeria juga dikatakan kerap berlaku di Sekolah Chung Ling dan kadang-kadang terdapat beberapa ekor anjing akan menyalak pada ‘sesuatu’ yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia.

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan, Sarawak


Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan atau secara ringkasnya dipanggil SMK Siburan, merupakan sebuah SMK yang terletak di Jalan Kuching/Serian. Terletak di bumi Kenyalang, tidak banyak maklumat yang berjaya diperolehi mengenai sekolah ini. Tetapi menurut sumber, cerita menakutkan yang datang daripada sekolah ini kebanyakannya benar-benar berlaku.

4. Sekolah Menengah Kebangsaan Serian, Sarawak


Sekolah Menengah Kebangsaan Serian atau SMK Serian, merupakan sebuah SMK yang terletak di Jalan Ilmu, Serian, Sarawak.

Jika diimbas kembali kejadian yang berlaku pada tahun 2008, 12 pelajar sekolah diserang histeria di mana mereka menjerit dan bertingkah-laku aneh yang dipercayai disebabkan oleh kehadiran paranormal. Serangan histeria beramai-ramai itu mendatangkan begitu banyak gangguan sehingga kelas terpaksa digantung oleh pihak berkuasa.

Seorang pelajar yang pernah mengalami histeria menceritakan bahawa fikirannya menjadi kosong dan dia tidak dapat mengawal tubuhnya sendiri. Beliau memberitahu The Borneo Post, “Saya berasa pening dan saya mendengar suara-suara pelik yang bermain di kepala saya," manakala rakannya pula mendakwa bahawa dia mendengar perubahan suara rakannya ketika dia cuba menenangkannya.

5. Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur


Victoria Institution, sebelum tahun 2009 dikenali sebagai SMK Victoria. Pada awal penubuhannya, sekolah ini adalah sekolah menengah untuk pelajar-pelajar lelaki manakala pelajar perempuan untuk tingkatan 6 sahaja. Victoria Institution merupakan sekolah yang paling tua di Kuala Lumpur.

Idea untuk membina institut ini diilhamkan oleh beberapa orang warganegara terkemuka iaitu Yap Kwan Seng, Loke Yew dan Thamboosamy Pillay dalam tahun 1880-an. Akhirnya pada tahun 1893, Victoria Institution dibina dengan sokongan Residen British di Selangor, W.H. Treacher dan sumbangan daripada Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor pada ketika itu. Nama Victoria diambil sempena memperingati Jubli Emas Ratu Victoria.

Selain kaya dengan warisan dan tradisinya sendiri, Victoria Institution juga turut menyimpan kisah-kisah misteri yang tersendiri sesuai dengan statusnya sebagai sebuah sekolah yang paling tua di Kuala Lumpur dan antara yang tertua di Malaysia.

Victoria Institution juga turut diambil alih semasa Pendudukan Jepun di negara kita dan dijadikan sebagai pangkalan tentera Jepun. Ramai tentera British dan penduduk tempatan yang telah diseksa dengan kejam hingga mati di ruang bawah tanah dan beberapa bangunan lama di sekolah ini. Dikatakan bahawa bukan sahaja selalu ada penampakan pada siang hari dan juga pada malam hari, malah terdapat banyak kes roh yang merasuk pelajar.

Salah satu kes adalah anggota band yang sedang berlatih sehingga lewat pada satu malam ‘hilang’ dan hanya kemudiannya ditemui di atas tangki air. Beliau mendakwa bahawa dia melihat seorang perempuan yang sedang bersendirian, dan dengan sopan, dia bertanya ke mana perempuan itu hendak pergi dan dia tidak ingat apa-apa selepas itu.

6. SMJK Confucian dan Methodist Boys’ School, Kuala Lumpur


SMJK Confucian


Sekolah Methodist Boys

Kebanyakan sekolah digunakan ketika terjadinya Perang Dunia Kedua terutama semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tidak terkecuali kedua-dua buah sekolah ini. Sekolah Methodist Boys telah ditubuhkan sejak bulan Julai tahun 1897 menjadikannya sebagai salah sebuah sekolah yang tertua di Malaysia, manakala SMJK Confucian pula dibina pada tahun 1906.

Kedua-dua sekolah ini dikatakan dihubungkan melalui sebuah terowong bawah tanah yang dibuat semasa Pendudukan Jepun. Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat roh-roh yang berkeliaran di sekitar dewan sekolah pada waktu malam. Selain itu, cerita yang paling sering didengar adalah penampakan atau bunyi tentera Jepun yang berkawad lewat tengah malam.

7. Sekolah Kebangsaan Danau Perdana, Kuala Lumpur


Sekolah ini telah dikosongkan sejak tahun 2005 dan ia ditinggalkan sehingga ke hari ini. Sekolah ini ditinggalkan disebabkan oleh keadaan tanah yang tidak selamat untuk diduduki kerana kesan-kesan retakan mula muncul di dinding sebelum ia diminta untuk ditutup.

Walaupun demikian, kisah-kisah aktiviti paranormal di sekolah Danau Perdana ini masih terus tersebar dan diperkatakan. Salah satu kisah yang terkenal ialah sekolah ini telah didiami oleh seekor pontianak, iaitu roh seorang wanita yang meninggal ketika mengandung dan didakwa sebagai salah seorang tukang cuci sekolah berkenaan.

8. Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur


Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras atau lebih dikenali sebagai Sekolah Jalan Cheras telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan terletak di Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak lebih kurang dalam lima kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Sekolah ini turut tersenarai antara sekolah yang menyeramkan kerana satu kejadian yang mengerikan yang berlaku pada dua tahun yang lepas. Seorang pelajar perempuan yang didakwa mengalami kerasukan telah dirakam menggunakan video dan dia dilihat bermain dengan sebilah gunting di sepanjang koridor sekolah.

Di dalam video tersebut, kelihatan dia menendang pintu bilik kelas dan memecahkan tingkap kaca dengan tangan kosong! Rupa-rupanya, ini bukanlah kes kerasukan pertama yang berlaku dan beberapa kes lagi telah berlaku sepanjang tahun tersebut. Sekiranya anda belum menonton video itu, anda boleh menontonnya di bawah:

9. Saint Michael Institution, Ipoh, Perak


Saint Michael’s Institution, dalam bahasa Melayunya dipanggil Institusi Saint Michael merupakan sebuah sekolah lelaki yang terletak di Ipoh, Kinta, Perak. Mengikut sejarah, pada tahun 1912 sekumpulan mubaligh Katolik tiba di sini dan mula membina sebuah sekolah di sebelah Sungai Kinta yang terkenal. Sekolah yang dibina oleh para mubaligh Katolik ini diberi nama Saint Michael’s Institution.

Sekolah ini dilaporkan sangat keras, atas banyak faktor. Salah satunya adalah kerana sekolah itu pernah digunakan sebagai ibu pejabat polis rahsia Jepun apabila Perang Dunia Kedua meletus. Apabila melibatkan penjajah Jepun, tidak dapat disangkal lagi bahawa terdapat banyak penyeksaan yang dilakukan.

10. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak


Kolej Melayu Kuala Kangsar atau lebih dikenali sebagai Malay College Kuala Kangsar (MCKK) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson iaitu seorang Pegawai Pendidikan Jajahan pada masa itu. Cadangan itu mendapat sepenuh sokongan dari Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886-1916).

MCKK mempunyai reputasi yang tinggi dan cukup terkenal di negara Malaysia kerana telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh terbilang negara. Akan tetapi, sebagai sebuah sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, jangan dilupakan bahagian seramnya tetap ada!

11. Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, Perak


Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson atau secara ringkasnya SMK Anderson, merupakan sebuah SMK yang terletak di Jalan Raja Ashman Shah, bandar raya Ipoh, Perak.

Pada 6 Februari 1909, SMK Anderson Ipoh, dibuka dengan rasminya. Sekolah ini merupakan sekolah Inggeris yang ditubuhkan semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Nama Anderson diambil sempena nama Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu ketika itu, yang juga Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir John Anderson.

Untuk makluman, di depan padang sekolah Anderson ada sebatang pokok besar (tidak pasti sama ada masih ada lagi atau tidak). Pokok itu agak menyeramkan dan di depan pokok besar terletaknya pintu masuk ke Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator. Kerana itu ada yang mengatakan ia menjadi tempat ‘benda’ itu keluar masuk ke sekolah Anderson dan SMT Lebuh Cator.

12. Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, Ipoh, Perak


Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator atau nama ringkasnya SMT Lebuh Cator, merupakan sebuah sekolah menengah teknik yang terletak di Lebuh Cator. Mengikut sejarah, sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1930, dikenali dengan nama ‘Goverment Trade School’. Sekarang, sekolah ini telah di naik taraf menjadi Kolej Vokasional Lebuh Cator

SMT Lebuh Cator terletak berhadapan dengan SMK Anderson. Sekolah ini boleh dikatakan agak lama iaitu semenjak tahun 1930. Biasalah benda lama, pasti ada cerita di sebaliknya.

Ada lagi tak sekolah yang lebih menyeramkan di Malaysia selain dari 12 buah sekolah yang disenaraikan di atas? Jika anda, jom kongsi cerita dan pengalaman anda di sini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 09:07 AM | Show all posts
aku lagi risau dgn budak2 skolah yg jadi hantu zaman ini...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow sekolah cheras pun ada. Dulu2 panggil sekolah cap kunci sebab badge dia ada gambar kunci
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 09:32 AM | Show all posts
waktu adik dok kat Penang Free,,,pernah tok aku pi buat bacaan yaasin kat dorm dia then sembur sireh haha,,teruk adik kena kacau,,,nsb baik bila naik F2 dia pindah pi RMC,,,legaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 10:26 AM | Show all posts
ni sekolah yg "diwartakan" banyak lagi sekolah2 yg tak de dalam senarai tapi lagi dasyat "kacaunya" berbanding sekolah2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 10:33 AM | Show all posts
bondeh replied at 3-4-2019 09:30 AM
Wow sekolah cheras pun ada. Dulu2 panggil sekolah cap kunci sebab badge dia ada gambar kunci

haha..sklh gengster...gaduh manjang...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2019 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah cator view..adik sepupu pnh dok tiga minggu je kat situ..lepas kena ragging xtahan keluar pindah skolah ..marah betul pak lang ngan mak lang aku..sbb dah habis duit
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ex sekolah MBS tu.. Tak la seram mana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 3-4-2019 10:33 AM
haha..sklh gengster...gaduh manjang...

Bekas sekolah abang & abang ipar I ni. Gaduh dengan cha ya nun alif itu kemestian yihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
MCKK... sy aim nak anak sekolah disini... hmmm alamakk
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 02:03 PM | Show all posts
rasanya semua sekolah mmg seram..nak plak area tandas..fuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah aku dulu pn bole tahan angker..tapi takle sepopular sekolah2 kt atas nu. SMK Dato Bentara Dalam, Segamat. Ade je budak pernah nampak tntera jepun berkawad waktu hujan renyai2. Aku x pernah nampak apa2 tapi kalau abes kelas petang2 tu, aku selalu lalu celah tepi padang tenis dan bangunan koperasi. Laluan tu kecik muat la sorang je lalu. Padang tenis tu ade pokok2 manjat. So lalu petang2 mmg rasa meremang. Dengan cahaya petang yg manja2 tembus celah2 daun tu. Ko ade feeling yg lain. Mujur aku tak sekolah situ lama. Lopeh tu pindah. Sekolah lama2 ni..nak2 yg ada bekas pendudukan jepun or british, angker tu 1 hal. Feeling pn lain beb.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah clifford kt lipis..
Bina zaman british, jepun masuk amik sekolah wat markas
Cam biasa la sekolah lama ada terowong misteri, mlm2 dgr askar jepun kawad.. Ada bilik yg jd bilik pancung
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua skolah lama mesti sejarahnya sama. Jadi markas tentera jepun. Lepastu berhantu.

Satu je skolah yg aku dengar berhantu dia disebabkan jembalang tanah.
Unik. Jembalang tu kehulu kehilir jaga sekolah sebab tu tanah yg dia setuju kongsi dgn manusia.
Katanyalah............
Tu pun tak tau la rumors ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi pengalaman kat skolah sendiri.
Sekolah menengah dulu tepi padang ada pokok ara jejawi orang melayu panggil. yg besar siap ada jurai2 dan paku langsuir. Memang seram kalau suasana suram takde cahaya matahari. Main bola baling kat padang. Terbaling kawasan pokok tu.
Kengkawan takut nak ambik. Aku pun sama. Tapi sebab aku yang baling aku pun pergi la.
Masa nak amik bola tu ada liquid jatuh dari atas pokok. Macam air liur bercampur darah.
Aku perasan tapi ingat pesanan mak, kalau tak sedap hati jangan tengok. Makhluk halus ni dia jadi suka kalau kita takut dan kita aware yg dia ada.
Sampai la ni aku tak tau tu cecair apa yg jatuh dari atas pokok ara tu.

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ler no. 8, macam tak percaya sekolah iols juga termasuk dalam senarai.. Selama 5 tahun sekolah. Tak pernah pula iols dengar cerita yg menyeramkan sebab pelajar sendiri dah memang menyeramkan.. Samseng2 belaka.. Keluar je pagar sekolah dok bertumbuk. Depan mata iols sendiri tengok bersembur darah dari mulut budak yang kena belasah. Bebudak lain tak tolong, dorang bersorak sambil tepuk tangan umpama pertunjukkan wrestling pulak.. Cikgu disiplin berlari keluar pagar dengan rotan panjang.. Berterabur lari semuanya.. Hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bondeh replied at 3-4-2019 09:30 AM
Wow sekolah cheras pun ada. Dulu2 panggil sekolah cap kunci sebab badge dia ada gambar kunci

Baca artikel ni pastu nampak skola jln cheras ni.. Akak kat ofis i ni dia sekolah situ terus i tanya mmg berhantu ke skolah ni.. Dia ckp time dia form 1 ada kes pelajar sesi pagi kena bunuh mayat di heret dari gim sampai ke kelas akak tu. Mayat di gantung dlm kelas dia. Mmg dia citer skola ni slalu gaduh ngan ca ya nun alif tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 3-4-2019 03:27 PM
Baca artikel ni pastu nampak skola jln cheras ni.. Akak kat ofis i ni dia sekolah situ terus i tan ...

Jangan2 kakak office u tu sekolah masa 80an awal 90an tak. Kawan2 I sekolah situ tahun 2000. Ada kes budak perempuan tu nak ponteng kelas, dia lari nyorok buka 1 pintu ni, dia terus masuk, rupanya pintu sahaja takde lantai. Budak tu jatuh dr tingkat 3, tak mati tapi patah tulang temulang. Tak sure rekaan ke ape utk menakut2 kan jangan ponteng kelas huhu.

Sape bunuh? Angker nya gantung2 gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
baru tahu sekolah tu misteri
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 04:01 PM | Show all posts
Nasib skolah aku x termasuk dlm senarai. kekekee. Aku sendiri penah kena masa duk dorm skolah,malam kena kacau dgn bunyi org susun selipar. mg rules sini kena susun selipar sebenarnya. tapi disebabkan esoknye weekend kami x susun selipar. malam tu bunyik org susun. tp tgk di tingkap koridor mg xnmpk ada org pun. bunyik je. haha. bepeluh lah kami semua malam tu. tidur pun rapat3 semua. aku tidur paling hujung plak tu. x berani pusing tgk dkt koridor tu. sekali rasa mcm ada org baring dkt sebelah aku. lagilah dup dap jantung. macam nak tecabot. tak tahan sgt aku pusing je belakang tgk. (tibe2 berani) tgk2 rupanya kawan aku yg duk katil atas turun tidur sebelah aku.

ceit. dia pun takut rupanya. hahahaa. esok pg kami bangun tgk x bersusun pun seliparnye. adeh. haha. tu jelah sekali aku kena 5 thn skolah situ. Alhamdulillah. penah g toilet pagi2 buta sorg2 pun xde kena pape. kalau x mau aku mintak keluar xnk sekolah stu dah. hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.108331 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list