CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Norav

Bercinta dengan 'lelaki' misteri...

  [Copy link]
Post time 6-4-2019 06:04 PM | Show all posts
teruskan cerita anda tt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2019 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepatla TT sambung citer
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
gelak mengekek aku baca alasan2 K.. tak logik ada, tak masuk akal pon ada.. mcm citer hindustan!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Veneer replied at 6-4-2019 05:28 PM
Bertuahnya si K, dapat awek.
Aku smpai sekarang tak berjaya utk mendapatkan awek.

hah..bolehlah cuba ngorat style K. mana tau..untong dpt sorg. pastu lg 2-3 taun ada awek post cite gini, so kita tau lah laki mana punya kerja..huhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
CATFISH sgt dh ni

Tt...teruskan

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 06:49 PM | Show all posts
ok sambung tt..akk tunggu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah jadi kat kawan. Lelaki misteri memang tak pernah nak angkat call. Bila nak jumpa je, mesti tiba2 tak jadi. Bertahun jugak la macam ni. Kawan saya pun siasat, rupanya di sebalik watak lelaki misteri tersebut adalah seorang wanita. Hati2 la awak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
baca baca komen kt sini.  maksudnye macam ramai je yang kene dgn org yang sama.

tak sabar tggu tt sambong.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2019 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 TT..zaman serba canggih ni perangai manusia tetap Tak berubah..sejak zaman dahulu lagi menipu jadi mainan lelaki. Bukan semua lelaki x elok..some of them ja..dari diri Kita yang kena menilai sikap seseorang.
Kalau betul cdia serious ngan tt bukankah lebih baik dia reveal himself to u kan...ni bagi macam2 alasan yg hakak rasa Tak masuk akal langsung.
Ada kelig hakak Masa kerja dedulu bkenalan ntah ngan sorg mamat nih melalui aplikasi my space..hakak pun x taw cemanala sheols bole tpesona dgn mdengar Sora ja. Sampai setuju nak kawin sdgkan batang hidung pun x pernah nmpak.
So weols kelig yg lain sarankan siasat ler lelaki tu..x maw nye jugak..kata lebih indah kenal mengenali slpas kawin. Tak nak bersandarkan pada harta or rupa. Asyik2 layan lagu tok to bersandsr cinta tuh.
Sampaila satu ketika da bagitau mamat tu nak masuk minang. Well we are happy for her...yg jadi perbahasan weols d ofis ialah llaki tu nak minta tolong tambah duit hantaran. Duit x cukup katanya. Ialah dah mak sheols minta 8k serbasatu.Zaman tu 8k mcm 18k kot nilai skrg..
So, Ada hakak senior ni Suh da bat solat istiharah..kata hakak tu sebaik2 pilihan adalah pilihan Allah. Allah saja yg maha mengetahui segala yg tersirat Dan yg tersembunyi. Insyallah akan dpt jawapan.
Tapi dah namanya cinta tu buta.. sheols teruskan je..buat pinjaman bank mcm yg llaki tu sarankan Dan masukkan ke acc llaki tu..sheols masukkn 10k konon utk cover tiket kapalterbang semua tu.
Start esuknya llaki tu dah x hubungi lagi sheols.. vanished gitu jer.. call x dapat..zaman dulu manada handset Suma nih...so sheol try called ofis llaki tu. Rupanya the man takder pun dlm list org2 yg kerja d situ.
Kesian dia...moral of the story jangan mudah percaya pada sesuatu yg Tak nampak..sedangkan yg depan mata pun bole game org..apatah lagi yg samar2.
All d best to u tt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2019 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan....

Masa tu asyik fikir kakak tu orang gaji K ke. K tu macam kaya sangat je kan. Dan gaya kakak tu macam tak kisah buat kerja rumah semua. Ada satu masa tu, kakak tu kata ada family nak datang rumah tu. Jadi saya kena naik rumah atas, saya pun kata okay la takpe. Lagipun segan kan. Dia kata ada lelaki. Jadi kakak tu sewakan homestay kat bangunan sama. Cuma saya kena naik tingkat atas je la. Family diaorang katanya nak buat BBQ kat tepi kolam tu. Kakak tu suruh turun. K pun ada mesej bagitahu nanti turun la BBQ sekali. Mandi kolam skali. Family K la jugak kakak tu cakap. Saya naik atas. Bila petang je saya intai. Memang ada orang. Dua lelaki. Dua wanita. Macam ada dua pasangan gtu. Pastu ada ramai la jugak budak2. Saya segan, saya cakap tengok dulu macam mana.

Saya intai je dari atas. Nampak jugak kakak tu pegang fon tapi takde mesej saya pun. Saya pun try mesej K. Nak tahu kan kakak tu pegang fon ke tak. Tapi tak masalahnya. Kakak tu busy duk bakar ayam. Nampak la dari atas duk kipas2 api. Lepas tu kakak tu masuk, saya dah tak dapat tengok dah. Lama kemudian K tu mesej suruh turun sekarang. Tapi saya tak turun. K pun kata kalau taknak turun takpe la nanti kakak tu naik atas hantar makanan. Sekejap je kakak tu naik dengan sorang lagi perempuan. Lawa la putih kulitnya. Dalam umur 30 an kot. Lupa bagitahu. Kakak tu pun umur 30 an. Saya umur 25-30. Diorang datang bawa ayam bakar, sosej bakar, daging bakar, dan kambing bakar dengan sos sekali. Air mineral pun ada. Bersalah pulak tak turun sebab susahkan diorang hantar. Aduh tetiba lapar pulak rasa bila ingat balik. Dh hantar diorang balik studio suite bawah.

Malamnya diorang dah balik rumah diorang. Saya turun bawah balik. Then kakak tu kata siling tu macam bocor. So nanti dia nak mintak management repair. Tapi esoknya tu saya kerja. Tak dapat la nak jaga rumah. Kakak tu kata kena ada orang tengokkan rumah, jadi kakak tu suruh saudara K yang naik hantar ayam bakar jaga rumah masa diorang repair. Saudara dia datang tempat kerja saya ambil kunci rumah dan balik rumah tu. Saudara K bawa anak-anak sekali katanya ajak teman masuk rumah tu. Lepas tu nanti kunci rumah saya kena ambil dengan dia bila dah balik kerja. Dah siap semua petang tu saudara K bincang nanti nak jumpa bagi kunci kat saya balik. K mesej saya pesan suruh belikan KFC kat anak2 saudara dia sebab diorang lapar dari pagi jaga rumah orang repair tu lama sangat. Tukar siling toilet tu je. Saya beli then jumpa kat satu tempat. Bagi KFC, dan dia bagi kunci. Masa jumpa saudara K cakap kakak tu suruh beli KFC ek. Terima kasih dia kata. Saya masa tu rasanya K yang suruh. Saya tak contact langsung dengan kakak tu.

Balik rumah, saya tengok ada resit atas meja. Resit atas nama seorang lelaki. Yang pasti bukan nama K. Lupa nak cerita. Ada satu masa lepas kakak tu takde kat rumah, saya selongkar barang-barang dalam rumah. Nak cari petunjuk. Yang saya jumpa, pakaian lelaki. Tapi bila saya test, pendek. Macam lebih pendek daripada saya. Tinggi saya 165cm. Bila saya pakai seluar tu senteng. Makna lelaki empunya seluar tu rendah daripada saya la kan. Padahal K bagitahu saya tinggi dia 17+cm macam tu. Pastu saya jumpa buku2 atas nama lelaki. Saya tak sempat nak cari kat media sosial nama lelaki tu. Pastu jumpa gambar selfie lelaki dan perempuan. Saya abaikan dulu. Esoknya bila jumpa resit baru teringat nama resit sama dengan nama lelaki yang dekat buku. Saya terus search kat media sosial. FB, twitter, instagram, google. Alhamdulillah jumpa. Tapi wajah sama dengan gambar yang saya jumpa dalam almari. Lelaki tu ciri2 sama macam K. Jenis suka travel. Orang Pantai Timur. Memang masa tu saya rasa tu K. Firasat saya K tipu nama sebenar. Sebab nama adik lelaki tu pun sama dengan nama adik perempuan K. Tapi siapa perempuan yang K selfie tu.

         Saya mesej K, tanya nama sebenar M ke. M merujuk kepada tuan rumah. Dia kata tak, nama sebenar dia K la. Saya kata tipu. Pastu saya tanya kenapa resit nama M. Tuan rumah siapa sebenarnya. Dia kata dia memang betul nama K. Sebenarnya rumah tu OTW dia nak beli daripada M. Sebab M nak jual dah. Jadi gambar lelaki tu gambar tuan rumah tu dengan awek dia kot. Disebabkan kat resit ada nombor M, saya whatsapp M. Saya bagitahu saya yang duduk kat rumah tu sekarang. Saya tanya dia siapa yang buat perjanjian sewa amd ambil kunci semua. Dia kata macam sepasang suami isteri. Saya tanya dia gemuk2 ke perempuan tu. Dia kata lupa. Saya pesan kat M jangan bagitahu K yang saya ada nombor M. Saya tanya M kenal ke K. Dia kata kenal melalui fon je. Sebab katanya kerja jauh susah nak deal. Tu yang wakilkan orang lain untuk ambil kunci. Saya tanya betul ke rumah tu nak jual, dia taknak cakap. Ada lagi la soalan lain saya lupa, tapi tuan rumah tu macam taknak cakap. Dia kata tu rahsia dia dengan pelanggan dia.

          Hujung minggu seterusnya, kakak tu cakap nak datang selepas kali pertama dia datang tu. Saya okay je lagi. Then kebetulan ada kursus masa tu kena pergi Putrajaya. Sehari je. Pagi sampai petang. Kakak tu nak guna kereta jadi dia nak hantar and ambil saya. Kakak tu datang naik grab je katanya ke rumah tu. Petang habis kursus kakak tu datang ambil, saya masuk kereta pastu dia kata tadi pergi Alamanda, jumpa K. Tapi K tak sempat datang sebab nak cepat kena kejar flight. Tapi dia ada bagi sesuatu. Dia pun ambil kat seat belakang. Dia bagi bunga rose merah fresh dengan Pandora. Dia kata K yang pilihkan tu. Saya nak pakai Pandora tu tapi tak reti sangat. Jadi kakak tu kata nak tolong pasangkan. Dah pakai kakak tu kata pandai K pilih saiz. Dia kata harga RM7 ratus lebih juga ni tadi. Saya cek internet memang betul. And ada sekali pergi tanya memang ori. Untuk pengetahuan bukan tu je dia pernah bagi barang mahal, bank in duit untuk saya beli fon pun pernah. Paling banyak dia bank in rm2500 untuk beli fon. Untuk duit makan harian dan jalan2 dia akan bank in jugak. Tapi takde la banyak. Seminggu dalam rm200/300 dia bank in. Dapat surprise tu pun dah tak terkejut sebab masa mula2 kenal K dah selalu dapat bunga segar. Pernah dapat jubah, tudung dari butik. KFC pun pernah. Dapat surprise sekali dengan bunga dan ubat masa tak sihat.

         Hujung minggu ketiga, K kata kakak tu nak datang lagi rumah tu, entah kenapa saya rasa macam taknak kakak tu ganggu. Saya cakap taknak turun ambik. Sebab nak naik kena ada access card tu kan. K cakap kesian kakak tu naik grab datang. Saya memang malas masa tu. Campur dengan malas nak layan soalan2 dia pasal K. Pasal hubungan saya dengan K. Saya nak jawab macam mana lagi, K pun tak pernah datang jumpa. Nak juga saya jawab sayang kat K tu ke tak semua. Memang mengundang kemarahan kalau kakak tu asyik tanya soalan sama. Tapi saya tak beritahu K pasal kakak tu asyik tanya. Ada sekali K tersilap hantar voice note. Suara kakak tu. Dia dah silap, kakak tu terus call saya bagitahu sorry tersilap hantar tadi. Dia kata pinjam fon K tadi nak hantar kat orang lain. Yang pelik dia cakap pasal bundle. Ke dia ni pekerja bundle K. Masa tu positif lagi. Dah dia cakap ada dengan K, saya pun cakap la panggil K saya nak cakap. Dia kata kejap K kat toilet. Saya kata tak payah letak, saya tunggu. Dia pun ketuk2 pintu toilet sambil panggil nama K. Tapi takde orang menyahut. Dia kata takpe pasni dia suruh K call balik. Tapi takde pun call. Whatsapp je. Start daripada hari tu saya fikir, sebelum saya jadi gila fikir pasal K, cepat2 cari rumah lain. Saya dah jumpa rumah tetap, saya jauhkan diri daripada dia slow2. Lama2 dia hilang daripada hidup saya.

          4 ke 5 bulan selepas tu, ada sorang perempuan whatsapp saya. Katanya nak call. Tapi bila saya tanya pasal apa, dia taknak cakap. Dia kata nak call dulu kalau tak busy.

Sambung jap g atau esok eh.. Nak habis dah ni cerita ni..

         
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cepat TT..

tazabar ni..
abeskan malam ni pleaseee
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Speechless aku dgn tt ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Heyyy tt ni. Dia main cak cak pulak.
Sambung cepat

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Coyyy dah nak habis tt away pulak awas tt, jangan ending cerita "tiba2 saya bangun dari mimpi"
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 11:25 PM | Show all posts
sambungan..sambungan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 11:31 PM | Show all posts
yuki812 replied at 6-4-2019 10:40 AM
hah..bolehlah cuba ngorat style K. mana tau..untong dpt sorg. pastu lg 2-3 taun ada awek post cite ...

Aku dah cuba, aku slalu dm awek awek comel putih followers 50k+ dekat insta. Satu pun tak dibalas. Nak tabur duit aku tak mampu, aku miskin.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2019 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak sambunh esok tt.. wuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Veneer replied at 6-4-2019 11:31 PM
Aku dah cuba, aku slalu dm awek awek comel putih followers 50k+ dekat insta. Satu pun tak dibalas. ...

apsal ssh2 cari kat ig tu..
dalam ni kemain ramai yg single mingle..comel lote..kiut miut..sopan santun..kan ada.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Veneer replied at 6-4-2019 11:31 PM
Aku dah cuba, aku slalu dm awek awek comel putih followers 50k+ dekat insta. Satu pun tak dibalas. ...

Diam boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi memang wujud weh org misteri mcm ni..

Ada yg aku kenal mcm nilah.. xjumpa.. tapi jenis bagi duit..

Memang wujud org mcm ni.. mgkin ada kaitan dgn psikologi..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.453720 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list