Edited by cmf_BeachBoys at 13-4-2019 10:03 AM
Tulisan ini adalah bagi menerangkan beberapa perkara yang mempunyai hubung kait dengan cerita dongeng yang merebak didalam masyarakat Melayu yang sering diwar-warkan oleh para sejarawan kononnya pihak Bugis memainkan peranan penting didalam gerakan menentang penjajah. Realitinya merekalah yang menjadi punca kepada penjajahan Belanda dan British di Sumatera dan Tanah Melayu.
Apabila mereka sampai ke Tanah Melayu, mereka berlagak seperti pejuang yang menentang penjajah tetapi di Indonesia orang Bugis ini menjadi tentera upahan pihak Belanda untuk menakluk kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera dan Kalimantan.
Mereka diagung-agungkan seolah-olah mereka ini dipihak yang baik walhal niat sebenar mereka awal-awal lagi telah diketahui oleh orang Tanah Melayu. Orang Tanah Melayu yang dimaksudkan disini adalah orang Terengganu.
Tulisan ini juga bagi memberi informasi terutamanya dalam perihal peranan pihak Terengganu yang sejak dari awal lagi mengetahui kedatangan Bugis ke Tanah Melayu akan membawa bencana, malapetaka dan mudharat yang amat besar kepada umat Islam disebelah ini.
Tulisan ini juga akan mendedahkan realiti bahawa kerajaan-kerajaan Melayu sebelum kedatangan Bugis tidak mempunyai apa-apa masalah dengan pihak Belanda. Malah Belanda sendiri telah membantu kerajaan Johor-Riau-Lingga menewaskan Portugis di Melaka pada tahun 1641 masihi.
1 - Imperalisme Belanda dan hubungan baik dengan kerajaan-kerajaan Melayu.
Pada tahun 1619 masihi, Betawi dikuasai oleh pihak Belanda. Kemudian pihak Belanda mula menyerang kedudukan Portugis di Melaka. Pada tahun 1641 masihi, Belanda berjaya mengalahkan Portugis di Melaka. Kekalahan Portugis ini menyebabkan kuasa monopoli perdagangan rempah telah berpindah tangan kepada pihak Belanda. Pada ketika ini, pihak Belanda tidak menggangu mana-mana negeri Melayu malah hubungan kerajaan Johor dengan Belanda ketika itu amat baik. Sehinggalah tahun 1650 masihi apabila Belanda menandatangani perjanjian dengan Perak untuk memonopoli industri bijih timah.
Selepas berjaya menguasai Betawi dan Melaka, Belanda menyasarkan untuk menguasai pelabuhan Makassar. Persengketaan kerajaan Bone dan Kesultanan Makassar akhirnya telah menjerat sultan Makassar, Sultan Hasanuddin sehingga tewas ditangan Belanda pada tahun 1667 masihi.
Kejatuhan Kesultanan Makassar menyebabkan berlakunya migrasi keluar sebahagian orang Bugis yang tidak mahu bernaung dibawah kuasa Belanda.
Setakat penulisan ini, jelas menunjukkan bahawa Belanda sebenarnya adalah penjajah kepada orang Bugis bukannya penjajah kepada orang Melayu. Tambahan lagi, selepas kejatuhan Bugis di Makassar, pihak Belanda tetap tidak menyasarkan mana-mana negeri Melayu di Sumatera dan Tanah Melayu.
Sehinggalah apabila Bugis tiba di Tanah Melayu hasil kesilapan taktikal yang dilakukan oleh Sultan Johor dari keluarga Bendahara, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah maka bermulalah huru-hara dan pergolakan diantara negeri-negeri Melayu dengan kuasa asing……………..Update 13 April 2019.
|