View: 2121|Reply: 7
|
Islam dan Evolusi Teknologi - so why not Revolution ?
[Copy link]
|
|
Islam Meraikan Evolusi Teknologi - Encik Muhammad Husni bin Mohd Amin
- http://www.ikim.gov.my/index.php/2019/04/12/islam-meraikan-evolusi-teknologi/
Sejarawan dunia dan ulama tafsir, Imam al-Tabari (m. 923 Masihi) yang memerihalkan peristiwa penuh bersejarah turunnya Nabi Adam a.s. dari syurga di bahagian awal karya berbanyak jilid beliau Ta’rikh al-Rusul wa-‘l-Muluk (Sejarah Rasul-rasul dan Raja-raja), meriwayatkan bahawa “andas, penyepit, batu asah, dan tukul diturunkan bersama-sama Adam.”
|
|
|
|
|
|
|
|
Apakah manusia berevolusi untuk menggunakan teknologi atau teknologi dievolusikan untuk kegunaan oleh manusia? Peristiwa yang dibabadkan oleh Imam al-Tabari menimbulkan keasalan teknologi; sebagaimana manusia datang dari Tuhan, begitu juga teknologi yang sentiasa menemani manusia sepanjang sejarahnya. Terutama lagi, ia menekankan peranan Nabi Adam a.s. sebagai bukan hanya sekadar leluhur seluruh umat manusia bahkan juga pembina tamadun yang pertama.
‘Teknologi’ berasal dari perkataan Yunani tekhnologia. Menurut kamus Greek-English Lexicon (1819 dan 1901), ia adalah kajian (logia) berkenaan tekhne, suatu istilah yang merujuk pada kerja tangan manusia yang dikenali sebagai seni, kemahiran, atau ketukangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Hakikat tekhne dibahaskan secara meluas dalam tradisi falsafah Yunani. Ahli-ahli falsafah Yunani mencirikan tekhne sebagai api ketuhanan seperti tukang yang bertindak sebagai suatu prinsip yang menguasai, serentak giat dan berdaya cipta. Zeno (490–430 sebelum Masihi) mengutarakan idea tekhne sebagai suatu sistem pemahaman.
Socrates membahagikan tekhne kepada dua jenis: pertama yang mengguna pakai hanya sebahagian kecil kuasa berfikir namun menumpukan terutamanya kepada kerja berat dan kedua yang mengguna pakai lebih banyak akal fikiran dalam helah bagi menyelesaikan masalah, misalnya dalam ilmu matematik seperti kira-kira, logistik, dan astronomi atau ilmu kaji bintang.
Aristotle menyebutkan di dalam karyanya Nichomachean Ethics bahawa selain bertafakkur dan berfikir dengan mendalam, iaitu jalan paling tinggi dan mulia bagi mencapai kebahagiaan, seseorang itu juga dapat memperolehi kebahagiaan dengan melalui kehidupan yang menekuni penat lelah kehidupan bertukang. |
|
|
|
|
|
|
|
Konsep yang dapat dibandingkan dengan ‘membuat benda’ dan ‘kemahiran industri’ yang terkait dalam tradisi keilmuan Islam ialah sina‘ah, sebagaimana yang dapat dirujuk dalam kamus Arab seperti Mufradat fi Gharib al-Qur’an oleh al-Raghib al-Isfahani dan Lisan al-‘Arab oleh Ibn Manzur.
Ibn Khaldun, sejarawan dan ahli falsafah Islam abad ke-15 yang mengkaji jatuh bangun peradaban-peradaban Afrika Utara dan Andalusia, menyimpulkan di dalam adikaryanya Muqaddimah bahawa sina‘ah sebagai seni pembuatan atau dikenali sebagai industri adalah hasil dari kebolehan ‘aqliyah manusia untuk memahami, menyusun, dan menguasai pelbagai cabang ilmu dan sains.
Seperti mana sebahagian besar ahli-ahli metafizik Islam, Ibn Khaldun melihat alam tabi‘i sebagai Ciptaan (kawn) oleh Tuhan yang dijadikan sebagai sumber bekalan untuk Manusia, yang juga merupakan sebahagian darinya, untuk ia menjalani tempoh masa kehidupan yang ditentukan baginya di dunia ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Agar manusia dapat menyempurnakan tugasnya sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan mengurus dan mentadbir bumi, Allah ‘azza wa jalla menjadikan dalam diri manusia beberapa kekuatan (quwwat) yakni alat-alat pertamanya dalam mendepani dunia luar yang dengannya ia dapat memastikan kelangsungan dan kemandirian hidup.
Kerangka tasawwur Ibn Khaldun meletakkan sina‘ah atau teknologi sebagai wajah penting peradaban. Oleh kerana itu, kehilangannya mengisyaratkan tanda-tanda kejatuhan sesuatu tamadun. Kemajuan teknologi ialah kemajuan perbandaran, justeru suatu penanda aras yang boleh dipercayai dalam mengukur ‘kesihatan’ sesuatu peradaban.
Oleh kerana itu, sina‘ah dalam erti kata epistemologi ialah pengamalan kefahaman manusia dalam perlakuan mentadbir alam bersama-sama dengan kesedaran bahawa amal manusia itu sendiri adalah sebahagian dari terzahirnya perlakuan berdaya cipta Tuhan yang berfirman di dalam al-Qur’an, “Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu! (wa-’Llahu khalaqakum wa ma ta‘malun)” (Surah al-Saffat, 37:96).
Suatu tinjauan lebih dekat terhadap risalah-risalah alat-alat gerak helah yang ditulis oleh para jurutera Muslim seperti Banu Musa (abad ke-9) dan al-Jazari (abad ke-13) mendedahkan penggunaan meluas pernyataan in sha’ Allah (dengan izin Allah).
Pernyataan sedemikian adalah pengiktirafan bahawa sejauh mana andaian dalam pembuktian sains dan matematik, keajaiban dan perkara tidak terjangka tetap berlaku di luar kawalan manusia justeru kekal menakjubkan dan mempesonakan ia; setiap benda atau peristiwa berlaku menurut tabiat yang ditetapkan oleh Sang Khaliq yang Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak.
Oleh kerana itu, usaha para pemikir dan jurutera Islam di masa lalu memberikan gambaran yang bukan hanya suatu ideal namun juga hakikat sejarah di mana kegunaan amali kejuruteraan dan estetika wujud dalam kesatuan yang bersepadu.
Berdasarkan unsur-unsur kesenian yang dijumpai dalam artifak dan lakaran-lakaran manuskrip, reka cipta mekanikal dan pernyataan estetika adalah wajah-wajah tidak terpisah dalam sina‘ah – seni kemahiran adalah hasil budaya yang meraikan kerja dan pekerjaan.
Hakikat sejarah Islam memberi maklum bahawa, selain menggesa kepada berbuat amal dan memuliakan kerja sebagai budi yang diganjarkan dengan pahala kebaikan, teknologi bukanlah suatu bentuk eskapisme atau jalan yang menganjurkan kemalasan.
Sebaliknya, ia adalah jalan bagi manusia memperbaiki diri melalui penciptaan kemahiran dan dengan itu manusia memperolehi tujuan dan makna dalam kehidupan. Justeru, teknologi ialah pernyataan dan sewajarnya kekal sebagai keraian berdaya cipta kehidupan yang penuh bermakna. |
|
|
|
|
|
|
|
fahami kawn
dan ayat ke 82 -83 surah yassin |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 11-5-2019 01:14 PM
Artikel yang bagus dalam memerihalkan perkaitan alam pandang Islam dengan ketamadunan dan pembentukan budaya ILMU
Jentera dan Pandangan Alam
Encik Muhammad Husni bin Mohd Amin
May 8, 2019
http://www.ikim.gov.my/index.php/2019/05/08/jentera-dan-pandangan-alam/
Setiap teknologi memancarkan pandangan alam kebudayaan yang merupacitakannya. Seorang jurutera dan ahli matematik Yunani purba bernama Hero yang hidup sekitar 10–70 Masihi di Iskandariah, Mesir Rumawi, menggambarkan dalam karyanya Peri Automatopoietikes (Berkenaan Pembuatan Automaton) dua jenis jentera automatik.
Jentera pertama berupa tempat sembahan bergerak yang terdapat padanya patung-patung dewa dan para penyembah yang melakonkan adegan korban. Jentera kedua berupa panggung yang mementaskan kehidupan tragedi dalam pandangan alam orang Yunani purba.
Jentera yang dibina oleh Hero menggunakan roda putar (flyhwheel) dan spring sebagai sumber tenaga. Ia mencerminkan pandangan alam mekanistik yang dipelopori oleh failasuf teragung mereka Aristotle yang memahami alam sebagai hamparan tersedia abadi. Dalam faham kebersebaban (al-sababiyyah) ini, peristiwa-peristiwa alam diibaratkan seperti butir-butir domino tertegak yang kemudian saling tumbang-menumbangi selepas pertama kali dicetuskan oleh Penggerak Utama yang setelah itu terhenti penglibatannya dengan alam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Islam memberi penekanan teristimewa terhadap menuntut ilmu. Oleh kerana itu, sejak awal lagi orang Islam giat mengkaji dan menterjemahkan karya-karya silam daripada peradaban-peradaban lain. Sumbangan begitu besar orang Islam terhadap perkembangan sains dan teknologi masih lagi dirasai sehingga masa kini.
Sekitar pemerintahan Khalifah Bani ‘Abbasiyyah iaitu Abu’l-‘Abbas al-Ma’mun (813–833 Masihi, kumpulan-kumpulan ilmuwan dan pengkaji seperti Banu Musa (803–873 M) giat mengutuskan misi mendapatkan karya-karya penulis masa lalu dan menumpukan sebahagian besar tenaga dan perbelanjaan dalam mengkaji dan menterjemah bahan-bahan ilmiah di Bayt al-Hikmah (Teratak Kebijaksanaan), sebuah pusat penyelidikan terkemuka di bawah naungan Khalifah al-Ma’mun.
Antara perkara yang menjadi tumpuan kajian oleh ilmuwan seperti Banu Musa ialah kawalan automatik yang dikenali sebagai al-alat al-mutaharrikah bi dhati-ha (alat yang bergerak dengan sendirinya).
Tumpuan minat ahli-ahli sains dan jurutera Muslim terhadap kawalan automatik berpunca dari keinginan untuk mengawal kuasa terpendam alam ciptaan Allah ‘azza wa jalla. Lagipun, kuasa yang tiada terkawal ialah kuasa yang tiada berguna malahan juga berbahaya, misalnya arus deras sungai, banjir kilat, tsunami, dan sebagainya.
Namun demikian, kefahaman ahli-ahli sains Islam terhadap alam berbeza dengan faham kebersebaban. Allah ‘azza wa jalla berterusan mencipta pada setiap masa dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Setiap perkara berlaku mengikut kebiasaan (sunnah) yang ditetapkan oleh Tuhan, namun Dia berkuasa mencetuskan khariq al-‘adah yang mengeluarkan sesuatu daripada kebiasaan tabiatnya.
Demikianlah sejarah Islam di abad ke-9 menyaksikan kelahiran hiyal iaitu bidang ilmu terawal berkaitan seni membina alat-alat kawalan automatik, mengangkat beban, dan mengatasi halangan.
Dari sudut bahasa, hiyal ialah kata jamak kepada hilah yang bermaksud ‘helah’, ‘tipu daya’, dan ‘muslihat’. Dalam ungkapan biasa la hawla wa la quwwata illa bi-’Llah, perkataan hawl bersinonim dengan perkataan hayl yang merujuk kepada daya upaya rancang dan reka.
Akar kata hawl dan hayl ialah hala, yang membawa maksud ‘berubah’, ‘mengalami perubahan’, atau ‘menyimpang’ daripada tabiat biasa. Kata terbitannya hal merujuk kepada ‘keadaan’ atau ‘hal ehwal’. Justeru, hilah ialah penzahiran kuasa apabila sesuatu berlepas daripada kebiasaan tabiatnya atau keadaan semasanya.
Tokoh perkamusan Ibn Manzur (m. 1312 M) dalam karyanya Lisan al-‘Arab mengesan ungkapan awal istilah hayl oleh Rasulu-’Llah SAW yang memanggil Tuhan sebagai dha-Hayli al-Shadid (Pemilik Kuasa Agung), menurut suatu riwayat oleh Ibn ‘Abbas r.a.
Dalam perundangan Islam, hiyal ialah daya cipta dalam mengatasi kesukaran dalam pelaksanaan shari‘ah khususnya kegiatan ekonomi, selagi mana tidak bertentangan dengan shari‘ah. Ia digunakan dalam urus niaga (mu‘amalah)bagi memenuhi keperluan dan tuntutan pihak-pihak berkepentingan di mana ketiadaannya boleh mengganggu gugat keteraturan sistem yang sedia ada.
Dari suatu sisi, kemunculan disiplin ilmu hiyal menandakan kejayaan orang Islam menyesuaikan teknologi daripada peradaban asing dengan kegunaan kehidupan seharian.
Dari suatu sisi yang lain, perubahan makna dan penggunaan istilah yang khusus menunjukkan walaupun ahli-ahli sains Islam banyak memanfaati khazanah ilmu tamadun Yunani, telah berlaku penyesuaian dengan pandangan alam Islam melalui saringan para ilmuwan, sarjana, dan ulama Islam.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|