CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4121|Reply: 34

[Jenayah] ‘Saya dah tegur, tapi mereka cabar saya..’ – Bikers Singapura selamba merokok di

[Copy link]
Post time 18-4-2019 06:35 PM | Show all posts |Read mode


Sudah ditegur, namun sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Singapura ini memilih untuk biadap dan merokok di stesen minyak yang umum mengetahui ia adalah zon larangan merokok.

Dalam insiden yang berlaku pada jam 5:15 petang semalam di Stesen Petron di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh, Thiagarajah Nesan telah menegur perbuatan mereka agar tidak merokok di kawasan itu dan papan tanda larangan merokok juga jelas dipamerkan di kawasan itu.

Malangnya, kumpulan terbabit enggan menerima teguran itu dan berkata Thiagarajah tidak dapat mengambil tindakan terhadap mereka.

“Saya sudah menegur perbuatan mereka, tetapi mereka mencabar saya dengan berkata saya tidak dapat buat apa-apa terhadap mereka.

“Kemudian saya memaklumkan kepada kakitangan Petron, namun mereka pula memaklumkan ‘boss’ mereka tiada di premis dan itu bukan tanggungjawab mereka.

“Saya laporkan insiden itu kepada pihak lembaga lebuhraya dan PLUS, tetapi mereka juga berkata tiada apa yang saya dapat lakukan dan meminta saya viralkan insiden itu di Facebook.

“Tolong viralkan agar mereka dikenakan tindakan dan biar mereka tahu bahawa di Malaysia kita tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan,” katanya.


Menurut Thiagarajah, dia memuat naik insiden itu di Facebook kerana bimbang dengan keselamatan orang ramai yang berhampiran.

“Tangki petrol hanya 50 meter saja dari tempat mereka merokok. Bayangkan kalau berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Pagoh juga merupakan tempat perhentian bas di man aada ramai keluarga dan kanak-kanak. Saya bangkitkan soal keselamatan di sini, tambahan pula cuaca yang panas dan apa-apa saja boleh berlaku.

“Adalah menyedihkan juga bila kakitangan stesen berkata bukan tanggungjawab mereka untuk menegur perbuatan individu yang merokok di kawasan premis mereka. Habis itu siapa?” ujarnya.



*kredit : TheReporter


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Asshole. Masuk negara orang kurang ajar dan berlagak. Kalau tak nak ikut peraturan, duduk je la negara sekangkang kera tu. Bawak motor ke batam tak nak pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
pihak berkuasa malaysia ni yg x blh pki. Cuba ko buat hal kat singapura, kejap je radio car da smpi. Kena thn x blh blk msia

aku nasihatkan penguatkuasa kat msia ni pg potong btg pelir. Itu pun kalo ada lah. Hehe



Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
X guna betul undang2 Malaysia. ..orang Singapore pun pandang rendah pada penguatkuasaan. ....mudah dibeli undang2 Malaysia. ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Imigresen blacklist la diaorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 18-4-2019 07:54 PM
X guna betul undang2 Malaysia. ..orang Singapore pun pandang rendah pada penguatkuasaan. ....mudah d ...

"saya suka Msia..apa2 pon boleh...apa2 pon sinang"-bangla,indon,myanmar,nepal,rohingya dll.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2019 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 18-4-2019 08:10 PM
"saya suka Msia..apa2 pon boleh...apa2 pon sinang"-bangla,indon,myanmar,nepal,rohingya dll.

Betul...bangla pun boleh beli undang2 Malaysia. ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambik pemadam api tu sembur kat rokok
& orangnya sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongoknye staff petron tu Ade ke patut kata bukan tanggungjawab mreka utk mnegur...kalu meletop stesen minyak tu ngn nko2 skali mampus..hrap tokey minyak tu ambik tindakan kt staff2 dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 08:25 PM | Show all posts
semua nak playsafe .. benda boleh diam buat pe gaduh?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi serbuk abc la.kat depa tu
Biar semua tau depa kena sembur serbuk abc
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lemahnya penguatkuasa....pakai vest pakatan harapan pun boleh selamba geledah kereta polis, polis x blh buat apa2
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Len kali call polis jam tu jugak. Sesambil tunggu polis tu, rakamlah perbuatan tak bertamadun mereka sebagai bukti. Zoom kat plate nombor moto seko seko
Viral gini bukan boleh buat apa dah. Plate moto pon satu je yg nampak i.e
FBF 7597 T
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi la boyan2 ni berlagak kt negara orang. Cuba dia buat macam tu kat tanah air dia sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 11:53 PM | Show all posts
lainkali buat macam staff petron yang suluh fire extinguisher ke lando tu...  baru ada akal...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 11:55 PM | Show all posts
otai_g replied at 18-4-2019 07:20 PM
pihak berkuasa malaysia ni yg x blh pki. Cuba ko buat hal kat singapura, kejap je radio car da smpi. ...

betul, polis singapore sangat2 tegas...  polis kita???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 11:56 PM | Show all posts
nnt kalau btl2 meletup nak salahkan sapa pl
bgs org2 mcm ni kene blacklist jer.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 12:00 AM | Show all posts
mamarock replied at 18-4-2019 08:20 PM
Ambik pemadam api tu sembur kat rokok
& orangnya sekali

iols teringat ada satu video tu, staf pam minyak tu ambik fire extinguisher pastu sembur terus kat budak yang hisap rokok masa tengah isi minyak kete...rasa puas hati sangat walaupun dapat tengok video je
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pokaibanktokyo at 18-4-2019 11:16 PM

Dasar amah on wheels sekor sekor. Keluar flat hdb masih terbawak perangai monyet
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 18-4-2019 10:42 AM
Asshole. Masuk negara orang kurang ajar dan berlagak. Kalau tak nak ikut peraturan, duduk je la nega ...

Singaporean men are amahs on wheels
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.095393 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list