CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 692|Reply: 2

[Tempatan] Merpati dua sejoli' ke lokap

[Copy link]
Post time 19-4-2019 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Kegiatan pasangan kekasih dalam aktiviti penyalahgunaan dadah terbongkar apabila dicekup pihak berkuasa di sebuah rumah di Jalan Sebuku, Bau.

Kedua-dua suspek berusia 37 dan 40 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, jam 5.45 pagi, semalam.

Sumber berkata, ketika serbuan, kedua-dua suspek sedang berehat dan hasil pemeriksaan menemui dadah dipercayai syabu seberat 18.32 gram dengan nilai RM3,000.

“Polis menemui satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu di ruang dapur rumah berkenaan.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki bekerja sebagai buruh positif dadah manakala pasangannya yang juga penganggur didapati negatif dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabit kesalahan, kedua-duanya boleh dipenjara antara dua hingga lima tahun dan tiga hingga sembilan sebatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2019 @ 2:44 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2019 03:17 PM | Show all posts
#sosawitttt
#tilljannah
#couplegoals

phuiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 10:56 AM | Show all posts
semoga berkekalan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.318914 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list