View: 6724|Reply: 67
|
[Jenayah]
Wang hantaran RM60k lesap ditipu kekasih FB
[Copy link]
|
|
Seorang penjawat awam bukan sahaja kehilangan wang hantaran berjumlah RM60,000 bahkan kekasih Facebook yang dikenali sebagai ‘Aishah’ juga menghilangkan diri gara-gara terpedaya dengan skim ‘love scam’.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa lelaki berusia 28 tahun itu dari Sibu mula mengenali mangsa melalui Facebook sebelum berhubung melalui WhatsApp dan daripada hubungan tersebut, mangsa telah mengajak suspek untuk berkahwin.
“Suspek telah bersetuju untuk berkahwin dengan mangsa. Walau bagaimanapun, suspek telah meminta mangsa untuk memasukkan sejumlah wang terlebih dahulu sebagai wang hantaran.
“Justeru, mangsa telah beberapa kali membuat transaksi pemindahan wang keseluruhan berjumlah RM60,000 ke satu akaun atas nama individu yang tidak dikenali sejak November tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lebih perit, menurut Mustafa, sumber kewangan mangsa adalah hasil wang pinjaman peribadi dari sebuah institusi kewangan dan mangsa menyedari telah ditipu setelah kekasih facebooknya tidak dapat dihubungi pada satu hari sehingga kini.
Sementara itu, dalam satu kes berasingan di Bintulu, seorang mekanik kerugian RM32,350 setelah terpedaya dengan tawaran pinjaman wang dari sebuah syarikat melalui Facebook.
“Mangsa telah berhubung dengan seorang lelaki melalui WhatsApp kerana mangsa ingin membuat pinjaman wang berjumlah RM40,000 dan lelaki itu mengaku beliau adalah eksekutif kewangan syarikat yang menawarkan pinjaman wang.
“Suspek mengatakan pinjaman wang boleh diluluskan dengan syarat mangsa perlu membuat beberapa pembayaran terlebih dahulu dan mangsa telah membuat pembayaran wang keseluruhan berjumlah RM32,350 ke enam akaun bank berlainan nama sebanyak 11 transaksi,” kata Mustafa.
Mustafa berkata kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alahai dekkk
Duit byk tu cukup utk pinang dua tiga org anak dara |
|
|
|
|
|
|
|
alahaii baik takyah buat pinjaman.dah sendiri pl g bayar
sia2 duit sdr lebur |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai
Bertabah la
10 tahun lg baru cari bini k |
|
|
|
|
|
|
|
Laaahaii kot yer sangat nak kawin carilah girl yang dikenali.. Rakan sekerja ke atau setaman ke.. Ni kenal kat facebook je pun dah boleh 'tersedekah: rm60k..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lawa mcm mana la pompuan scammer tu sampai setuju hantaran 60k. Lebih parah duit loan pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Muda nya pandai dia simpan duit.. tapiii... kenapaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
kes kedua tu mmg x masuk akal..
nak pinjam 40k...tp boleh pulak g bank in ke scammer tu dlm 32k...
adoi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya gmbr kt fb tu cun melecun ala2 model hijabista... Lelaki tu pulak agaknya muka pecah, so bila awek cun setuju nk kawen dgn dia opkos lah sanggup bergolok gadai dgn harapan dpt baiki keturunan |
|
|
|
|
|
|
|
Kes pertama tu dorg dah jmpe f2f ke?kalau belum,hny sekadar wasap/facebooking,padan muka laa..kalut sgt..ntah2 pic2 pmpuan tu pn pakai pic org lain..
Kes kedua tu mcm stupid pun ada,asal tak je bt personal loan ngn bank y boleh dipercayai?nak jgk bt dgn company y tak diketahui asal usulnya.nk bt loan tp kena bayar dlu,tak pk ke it's illogical? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-4-2019 10:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mongoose_kidz replied at 20-4-2019 10:31 PM
kes kedua tu mmg x masuk akal..
nak pinjam 40k...tp boleh pulak g bank in ke scammer tu dlm 32k...
...
Kena pukau kot hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian sgt dgn dua laki ni hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tapi dah kenapa sel2 otak tak boleh berhubung? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bangang sangat..tu je aku nk ckp |
|
|
|
|
|
|
|
newyork replied at 20-4-2019 10:19 PM
Muda nya pandai dia simpan duit.. tapiii... kenapaaaa
Personal loan kn..
tiap hari kat fb tu mangsa lovescam ni dr sarawak. X paham aku, padahal mangsa tu pun ada guru,penjawat awam,nurse.. X kn tak ambil iktibar dr kes lepas2 |
|
|
|
|
|
|
|
mongoose_kidz replied at 20-4-2019 10:31 PM
kes kedua tu mmg x masuk akal..
nak pinjam 40k...tp boleh pulak g bank in ke scammer tu dlm 32k...
...
Kan. Pelik betul. Ape yg dia pikir masa transfer duit tu ntah |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun macam tak logik tapi setiap minggu ada je berita yg jadi mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Xpaham laaaa camne boleh selamba je bg duit cmtu? Bongok sgt ke mulut nak bertanya smpai bg duit cmtu? Ko xde mulut nak tanya family or anybody camne urusan bg duit hantaran??? Seharusnya cash sbb lembam sgt! |
|
|
|
|
|
|
| |
|