CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8730|Reply: 9

Kenapa Indonesia Tidak Mempunyai Sultan?

  [Copy link]
Post time 22-4-2019 01:40 PM | Show all posts |Read mode



Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.
Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.

Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai parti politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.

Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka terdahulu.

Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultn dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.

Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan Belanda dimainkan kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.

Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan dengan 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.

3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.

Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.

Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa yang digelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu.

Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.
Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.

Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana.

Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.

Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.

Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.

Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.

Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka.

Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan kerana takut dicaci sebagai kerabat raja.

Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenerel Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang sama dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera.

Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946’ di Sumatera Timur dengan membunuh para Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana, ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.

Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jeneral Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI).

Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.

Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.

Tengku Amir Hamzah, Pahlawan ulung wafat setelah dipenggal kepala di Kuala Kegumit. Beliau tidak lari saat nak dibunuh, beliau berkata "lari dari binjai patik pantang, patik ialah keturunan Panglima, kalah di gelanggang sudah biasa".

Di Malaya, bersyukurlah kita di atas kegagalan Gagasan Indonesia Raya. Jika tidak, belum tentu apakah nasib Islam, Melayu dan Raja-raja.
Berhati-hatilah dengan slogans namanya ''PEJUANG RAKYAT''.. padahal merekalah Gunting Dalam Lipatan. Baca sejarah jatuhnya Raja raja Melayu di Indonesia. Jangan biarkan sejarah di sana terjadi di sini.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2019 05:17 PM | Show all posts

Sorry la. Ini semua hanya dongeng ciptaan majalah indon 1980an. Mereka macam menyesal tak lakukan apa yang mereka dakwa lakukan kepada keluarga sultan langkat itu semua dalam cerita 1980an itu. Aku boleh faham juga perasaan indon begini. Di sumatera 1940an dulu cuma jawa, batak dan indon lain saja kena perkosa terutamanya oleh unit belanda macam blauwpejpers. Bila mereka sedar hakikat ini terus saja mantan gerila indon cuba tulis semula sejarah untuk sedapkan hati sendiri. Sesama indon  mungkin boleh temberang. Dengan bangsa lain....jangan harap lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Raja2 Melayu pula jangan membuka peluang untuk rakyat menggulingkan mereka. Dengan kata lain jaga perangai, jaga tingkah laku dan jaga perbelanjaan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 05:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika rakyat hidup makmur sejahtera jaman kesultanan Melayu tak mungkin boleh tercetus revolusi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
N. Sembilan masih ada raja adat minangkabau... Minangkabau indon tarak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts

Berhati-hatilah dengan slogans namanya ''PEJUANG RAKYAT''.. padahal merekalah Gunting Dalam Lipatan.

Cara sama digunakan di tanah mlyu oleh teroris jepun
Juga x beza cara kjaan masa kini menang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2019 01:38 PM | Show all posts
thread dah pernah ada sebenarnya.... hmm... jap aku cari.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:12 PM | Show all posts
saye tengok adat melayu semenanjung je yang punah kot ye tak de adat  langsung selain ciplak dari indon
contoh adat melayu paling penting yang semenanjung tak ade , name melayu asli macam kat indon punye

sumatra timur itu cume secoet dari daerah sumatra je bahkan tak seluas medan punya

masih banyak sultan lain ada sultan jambi,sultan palembang, sultan bengkulu,sultan lampung, sultan deli dan banyak lagi yang masih ujud
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2019 11:16 PM | Show all posts
umbut replied at 23-4-2019 08:55 AM
N. Sembilan masih ada raja adat minangkabau... Minangkabau indon tarak..

minangkabau indon masih ade sultan keturunan dia sekarang

tapi tak makan duit negare langsung macam semenanjung sebab indon negare republik bukan monarki

ini sultan minang indon sekarang https://www.kompasiana.com/musriadi/589c86fd4ef9fd28143725fd/inilah-pewaris-raja-kerajaan-pagaruyuang-minangkabau-sesungguhnya

yang beza sultan jogja sendiri sebab dulu jogja ialah negare merdeka tidak dijajah oleh belanda sebab tu  sultannye berdaulat jadi menteri besar di negeri sendiri , sultan sultan jawa lain tak de hak istimewa langsung macam dia sebab duly takluk oleh belanda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
trofi replied at 25-4-2019 11:12 PM
saye tengok adat melayu semenanjung je yang punah kot ye tak de adat  langsung selain ciplak dari in ...

Melayu dah jadi Arab Dan Korea.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.256038 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list