CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6143|Reply: 63

[Tempatan] Nilai tanah Kampung Baru RM10 bilion : 88 peratus pemilik, waris setuju

  [Copy link]
Post time 25-4-2019 07:21 AM | Show all posts |Read mode
Beli Kampung Baru: 88 peratus pemilik, waris setuju


SHAH ALAM – Dianggarkan 88 peratus pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur bersetuju dengan hasrat kerajaan membeli tanah milik mereka, kata Pengarah Pengurusan dan Komunikasi Korporat Perbadanan Kampung Baru, Roslan Mohamad

“Kita dah buat kajian dan tinjauan memang 88 peratus pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru setuju jika tanah mereka dibeli oleh kerajaan untuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan bersepadu.

“Jika pemilik dan pewaris bersetuju dengan penjualan tanah ini kepada kerajaan, maka penyewa atau pengusaha premis di Kampung Baru juga harus bersetuju untuk menjualnya kepada kerajaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bagaimanapun Roslan menetapkan syarat, dalam tempoh kerajaan melaksanakan projek pembangunan di Kampung Baru kelak, penduduk mahu rumah transit bagi pemindahan sementara mereka juga dibina di situ.

“Nanti jika tanah ini jadi dijual kepada kerajaan, kami penduduk mahu kerajaan sediakan rumah transit sebelum rumah kekal kami siap juga di Kampung Baru,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, kerajaan memerlukan dana RM10 bilion jika berhasrat membeli tanah Kampung Baru untuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan sistematik orang Melayu di tengah ibu negara.

Khalid berkata, dana sebanyak itu diperlukan untuk membolehkan kementerian membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh dan bukan secara berkelompok atau ‘runcit’ oleh pemilik tanah bersama pemaju.

Bagaimanapun katanya, dana RM10 bilion diperlukan dengan syarat seluruh pemilik tanah di Kampung Baru bersetuju menerima tunai sebagai rundingan pengambilalihan tanah milik mereka untuk dibangunkan pemaju yang akan dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sejarah Kampung Baru sebagai kawasan penempatan orang Melayu terbesar di ibu kota bermula pada 1899 melalui tanah kurniaan Sultan Selangor ketika itu, Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa (Sultan Sulaiman).

Kampung Baru ini telah ditubuhkan oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan negeri Selangor semasa rancangan pembangunan semula Kuala Lumpur daripada sebuah kampung lombong timah kepada sebuah bandar utama.

Keluasan asalnya ialah 223 ekar dan menaungi tujuh kampung, iaitu Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Pindah, Kampung Paya, Kampung Atas A dan Kampung Atas B.

Seiring itu, Malay Agricultural Settlement (MAS) ditubuhkan dengan berdasarkan peruntukan Seksyen 3 (1)The Malay Agricultural Settlement (Kuala Lumpur) Rules 1950 yang meletakkan urusan pentadbiran dan kawalan Kampung Baru di bawah kuasa Lembaga Pentadbir MAS.

Antara lain, MAS boleh membuat undang-undang kecil sendiri dan bertanggungjawab melulus dan menetapkan syarat pelan bangunan dan sambungan rumah.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2019 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Murahnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyakkkkk duiiit kerajaaan nak beliiiiii

Bukanke hutang bertimbun????
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 25-4-2019 07:40 AM
Banyakkkkk duiiit kerajaaan nak beliiiiii

Bukanke hutang bertimbun????

ph gomen munafik....
dulu tuduh hbis rezab org melayu kena jual...  skrg nak ambik kg baru atas nama pembangunan bleh plak... dasar munafik mcm dodolgemok
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke pemilik tanah kata gitu?
Sebab masa kerajaan lama depa xmau jual n cuba pertahankan tanah
Cam na skang boleh berubah fikiran?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Something fishy nih.. so easy meh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2019 08:32 AM | Show all posts
RM10,000 juta ke? Memang itu je ke nilai tanah di situ? Rasanya patut lebih tinggi lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:32 AM | Show all posts
shernazz replied at 25-4-2019 08:17 AM
Betul ke pemilik tanah kata gitu?
Sebab masa kerajaan lama depa xmau jual n cuba pertahankan tanah
...

dulu tak mo jual sbb depa kata BN offer murah...
kata sedara mara iols belah suami.. org kg baru..
rumah masih ada lagi kat sana. makcik masih duduk.. skrg ngah kumpul tanah2x beberapa biji kawasan tu utk di jual..

kalau dah kuar berita ni.. tak tahu la ape jadi nya..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2019 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 25-4-2019 08:32 AM
dulu tak mo jual sbb depa kata BN offer murah...
kata sedara mara iols belah suami.. org kg baru ...

I see..cenggitu pulak..
Kiranya kerajaan ni offer lagi mahal la ek..
Huhu...billionaire woo
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:46 AM | Show all posts
shernazz replied at 25-4-2019 08:37 AM
I see..cenggitu pulak..
Kiranya kerajaan ni offer lagi mahal la ek..
Huhu...billionaire woo

dulu ada juga kes kata arab nak beli la.. tu kecoh kata jual rizab la.. itu la ini la..
malas nk amik port..
now lagi worst.. nak dekat setahun bayang rina n khalid ni tak de pun datang kg baru..
banjir pun tak jengah..

waris tak sabar nak jual.. sbb bnyak penama satu tanah.. pening kepala..


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada tanah lapang buat parking tu sewa pon dah 27k sebulan. Tak besar mana pon. Mahal kg baru ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:50 AM | Show all posts
hu, nak jual lah pulak...

ari tu kata nak pertahankan rizab melayu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:54 AM | Show all posts
ee sayangnya la kalau kg baru tu nak dijual dan nak dibangunkan bangunan tinggi2. aku lagi suka apa .. ada rumah kampung .. kaw kampung kat tgh2 KL tu. unik apa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:54 AM | Show all posts
shernazz replied at 25-4-2019 08:17 AM
Betul ke pemilik tanah kata gitu?
Sebab masa kerajaan lama depa xmau jual n cuba pertahankan tanah
...

makpak dah mati leerr tu...anak2/waris mestilah setuju.rezeki terpijak
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:02 AM | Show all posts
jerung2 besar dah menunggu nak develop tanah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
RM 1,030 sekaki persegi.

Mahal? Tak. Korang nilaikan sendiri la.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2019 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah kg baru ni, dari anak aku pandai merangkak dulu.....bila naik teksi nak gi keja, drebar teksi mngaku dia ada rumah kt kg baru. ..kerajaan nk amik, nanti dia jd jutawan tak yah bawak reksi dahh....agaknya dah meninggalkn dunia pcik tu....tak merasa duit pampasan....bkn sorang dua drebar teksi mngaku ada rumah kt kg baru....ramai gak....rasa bingit bila dorang start sembang pasal kg baru....

Yg tak blh blahhh....ada mamat tu nk ngurat akak aku, jumpa mak aku gebang kata dorang nk dpt pampasan....rumah dorang kat kg baru gak.....mamat tu dah meninggal dah....

Rupanya skrg ni baru betul betul kerajaan nk amik...kesian yg dulu dpt sembang je....yg xde kena mngena pun tumpang sekaki iklankn diri....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Jual je klau harga sepadan ngan nilainya...dpt duit tu beli tanah kat tmpt lain plak blh senang hidup smpai mati...itu pun klau pandai manage duit tu la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:20 AM | Show all posts
xyah laa jual..rugi woooooooooooooooo...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:30 AM | Show all posts
Kalau lah family iols x jual tanah kat kg baru dulu, boleh jadi jutawan iols rasanya kalau konfirm gomen nak beli. But then, it is not easy to sell. Mcm yg forumers kata, 1 geran kadang2 ada banyak nama. Dan bukan semua nak jual.. Dalam family atuk iols dulu, adik atuk i siap paksa arwah moyang i yg tengah terlantar sakit cap jari dia semata2 nak bolot harta lah. Tapi sayang, kaya tak lama.. few month after that jadi gila.. family dia semua berpecah belah. Betul lah apa orang kata.. harta pusaka jgn buat main2. Sekarang ni kalau lalku depan Jalan Hamzah tu, dah xde dah rumah pusaka moyang iols tu.. sedih sgt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.092704 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list