Sepasang kekasih tanpa segan silu merakam aksi intim mereka di dalam sebuah model kereta elektrik di sebuah lebuh raya.
Kredit foto: Twitter/Metro.co.uk
Menurut laman The Register, video itu dirakam di dalam kereta Tesla model X yang diletak dalam mod ‘Autopilot’ dan menjadi tular di Pornhub minggu lalu.
Ketika kenderaan itu sedang bergerak, bintang porno Taylor Jackson dan teman lelakinya melakukan aksi panas dihadapan kamera selama hampir 10 minit.
Kredit foto: Twitter/Metro.co.uk
"Kami rasa, ia sesuatu yang hebat dan bersetuju untuk memuat naik video berkenaan di laman Pornhub," katanya kepada The Register.
Hanya dalam masa beberapa hari video itu dimuat naik di laman berkenaan, ia sudah meraih lebih dua juta tontonan.
Pornhub kemudian memuat naik tangkap layar video itu di Instagram dengan kapsyen akan melaporkan perbuatan mereka kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk kerana tidak memegang stereng ketika kenderaan itu dalam mod pandu sendiri.
Kredit foto: IG Pornhub/Metro.co.uk
Menurut Tesla, ciri itu dibina bagi memberi sokongan tambahan kepada pemandu, bukan mengambil alih kawalan (pemanduan) sepenuhnya.
"Ia menjadi tanggungjawab pemandu untuk sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga, memandu dengan berhemah dan menumpukan perhatian pada pemanduan setiap masa," katanya.
Tesla model X
Kredit foto: AFP/Metro.co.uk
Syarikat itu turut mengingatkan pengguna supaya tidak melepaskan stereng selepas beberapa kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu yang menyangka kereta mereka boleh memandu sendiri sepenuhnya tanpa pengawasan.
Mac lalu, di La Puente, California, tular video seorang pemandu tertidur nyenyak ketika menggunakan mod pandu sendiri pada kereta elektriknya di lebuh raya yang sibuk pada kelajuan 75 kilometer sejam.
Pihak Tesla sehingga kini masih belum memberi sebarang komen berhubung kejadian itu.
Inilah kelemahan kereta canggih masa kini. Ramai pemandu ingat mereka boleh memandu sambil lewa kerana merasakan sudah cukup selamat dengan pelbagai ciri keselamatan disediakan syarikat pengeluar kenderaan. - CARI |