CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Syd

[Tempatan] 30 gerai jualan raya hadapan Wisma Yakin terbakar

[Copy link]
Post time 21-5-2019 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian kt peniaga tanggung kerugian nti..mcm bau ikan je insiden ni..hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 01:11 PM | Show all posts
Harap para peniaga bersabar….inilah dugaan
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak rasa sabotaj  ni
Sebab kalau tenguk bazar2 ramdan kat tmpat aku ni, peniaga2 ni ada yg tido dlm kedai masing.
Mcm bazar raya kat Smrt Pandan ni..peniaga2 kebnyakan org kemboja depa ada yg tido kat khemah masing2 siap bawak tikar,kerusi malas semua.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 21-5-2019 07:43 AM
hangus lah

Punca kebakaran? @Syd
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 02:53 PM | Show all posts
Kesiannya. Semoga peniaga bertabah dan dipermudahkan urusan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni permanent bazar yg bwh bumbung tinggi tu kan
Tempat tu crowded sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mungkin sabotaj.. mungkin ada peniaga2 yg hisap rokok, api rokok tu dorg tak padamkan bebetul ke. Kita tak tahu kan.. btw, dah 3 kali aku pegi KL tu. Bazar kat dataran tu penuh hokey dan umat manusia. Ada yg berbuka kat dataran tu. Bila mlm yaAllah, dari masjid negara kereta berderet park tepi jln. Dulu masa bazar kat area masjid India tu takDe pon polis kena jaga parking. Tp ni merata polis jaga parking. Mmg penuh lah org2. Dgn mat2 moto lg. Meriah kot bazar dataran tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian peniaga....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru hr ahad hrtu iol pergi sana....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 05:42 PM | Show all posts
Detik sedih 30 peniaga Bazar Masjid India


KUALA LUMPUR: “Jualan semalam paling memberangsangkan dan sudah lama tidak dapat hasil seperti itu, namun tidak sangka semuanya musnah sekelip mata,” kata Linda Razali, 35, salah seorang peniaga di Bazar Masjid India, di sini yang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Terletak berhadapan Wisma Yakin, Bazar Masjid India sentiasa menjadi tumpuan orang ramai, khususnya warga bandaraya setiap kali tibanya Ramadan, khususnya bagi membeli pelbagai barangan keperluan menjelang Syawal.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.35 pagi tadi, kira-kira 30 gerai jualan di bazar berkenaan yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, tudung, beg dan kasut terbakar.

Linda yang berniaga tudung, berkata ketika kejadian berlaku, beliau berada di rumahnya di Cheras Indah dan hanya mengetahui mengenai insiden berkenaan melalui rakannya yang berada di kawasan bazar itu.

“Kawan saya telefon beritahu kedai saya terbakar. Terus saya rasa nak pitam dan lemah semangat. Saya menangis memikirkan nasib, terutama untuk sambut raya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Ibu kepada dua cahayamata ini berkata, beliau baru sahaja menambah bekalan jualan sempena Ramadan dan sudah pasti kejadian itu menjejaskan punca rezekinya.

Namun, beliau reda dengan keadaan menimpa dan berharap pihak tertentu dapat membantu nasib peniaga yang terjejas dalam kebakaran itu.


Keadaan di sekitar kawasan Bazar Masjid India yang terbakar pada awal pagi tadi. - Foto BERNAMA


Peniaga Rashid Ali, 49, meninjau gerainya di Bazar Masjid India yang hangus terbakar pada awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di gerai Jalan Masjid India. - Ihsan Bomba KL
Seorang lagi peniaga, Ahmad Daud Rafieei, 52, berkata beliau terpaksa menanggung kerugian apabila kasut dan pakaian yang dijual di gerainya hangus dijilat api.

“Saya tidak sangka hasil titik peluh bersama isteri terbakar. Anggaran kerugian mencecah RM100,000 kerugian terpaksa saya tanggung. Itu stok jualan serta stok untuk bulan puasa ini yang dikongsi bersama isteri.

“Punca pendapatan saya terjejas. Rugi itu sudah tentu dan kami runsing di mana tempat sementara untuk kami berniaga. Strategik atau tidak, itu saya tidak tahu tetapi lebih baik ada tempat sementara daripada tidak boleh berniaga langsung,” katanya.

Seorang saksi kejadian, Syed Yusof Abdul, 60, berkata kejadian itu yang ketiga sepanjang 16 tahun bazar itu beroperaso, dengan kejadian terakhir berlaku pada April tahun lalu, namun hanya membabitkan kebakaran kecil.

“Jiran niaga saya adalah orang pertama yang beritahu ada kedai terbakar. Ketika kejadian, saya baru mahu bersahur. Ada antara kami cuba memadamkan api, namun alat pemadam kebakaran tidak dapat berfungsi.

“Saya sedih dengan apa yang berlaku sebab ia pernah berlaku pada saya dulu. Bila ditimpa musibah sebegini, memang sukar untuk kita mulakan semula. Harapan saya agar ada jalan penyelesaian dapat dilakukan bagaimana mahu bantu peniaga terbabit,” katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 05:46 PM | Show all posts
DBKL cadang tempat 30 peniaga terlibat kebakaran di Masjid India ke lokasi sementara

Mohamad Fadli - May 21, 2019 4:47 PM• 5 minute read



PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menempatkan 30 peniaga yang terlibat dalam kebakaran di Bazar Jalan Masjid India malam tadi ke lokasi sementara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, lokasi yang dicadangkan adalah di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) 3 atau 5 .

“Bagaimanapun pemindahan ini tertakluk kepada persetujuan majoriti penjaja terlibat.

“Penjaja terlibat diminta berbincang dulu dengan persatuan mereka berhubung dengan cadangan tersebut,” katanya.



30 gerai perniagaan musnah dalam kebakaran di hadapan Wisma Yakin, Masjid India, awal pagi hari ini.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur L Logeswaran berkata, pusat gerakan operasi menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 1.35 pagi dan tiba di tempat kejadian pada pukul 1.45 pagi.

Operasi memadam kebakaran melibatkan anggota dari balai Sentul, Hang Tuah, Titiwangsa serta bantuan daripada balai Pudu.

Gerai di hadapan Wisma Yakin itu adalah antara lokasi tumpuan pengunjung bagi membeli barang keperluan untuk sambutan Hari Raya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Hisham berkata, sekiranya penjaja tidak bersetuju, mereka boleh mengemukakan cadangan lain kepada DBKL untuk dibuat penilaian.

“Hanya penjaja bertaraf warganegara sahaja akan dipertimbangkan untuk pemindahan sementara ini.

“Penjaja yang terlibat juga tidak dibenarkan berniaga di tapak kebakaran sehingga siasatan dijalankan oleh bomba selesai,” katanya.

Hisham berkata, ini bertujuan membolehkan kerja-kerja baik pulih dijalankan oleh DBKL.

Sebelum itu, Hisham membuat tinjauan di lokasi kejadian untuk melihat kesan kebakaran dan bertemu dengan penjaja terlibat.

“Saya telah meminta penjaja yang terlibat supaya mengemukakan kepada DBKL senarai mangsa dan kos kerugian dalam masa 3 hari ini,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 05:50 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. Lagi berapa hari je nak raya..

Btw bau ikan kuat naw2
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 21-5-2019 09:08 AM
Dari dulu dah planning nak diroboh Kan....

Fish pekasam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2019 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
[UPDATE] Peniaga rayu tidak dipindahkan
Mohamad Hussin

Laporan portal berita Harian Metro mengenai kebakaran di Bazar Masjid India

PERSATUAN Peniaga Kecil Bumiputera Wilayah Persekutuan cawangan Masjid India tetap dengan keputusan tidak mahu berpindah ke kawasan lain kerana ia boleh ‘membunuh’ sumber pendapatan peniaga terbabit.

Ketuanya, Mek Zainab Man berkata, pihaknya merayu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya membersihkan kawasan itu secepat mungkin bagi membolehkan peniaga menjalankan perniagaan seperti biasa.

Beliau berkata, kawasan bazar Melayu Masjid India itu sudah menjadi lokasi strategik dan pusat tumpuan orang ramai untuk mendapatkan pakaian dan kelengkapan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

“Lebih 150 peniaga bazar di sini tetap dengan keputusan dan tidak mahu berganjak ke tempat lain kerana sudah lama berniaga.

“Kebanyakan pelanggan sudah mengenali tempat itu dan datang setiap tahun apabila tiba musim perayaan.

“Saya sendiri pergi dari gerai ke gerai untuk bertanyakan peniaga sama ada mereka mahu berpindah sementara ke tempat lain atau tidak.

“Rata-rata peniaga tidak mahu berpindah dan akan tetap berniaga di situ walaupun DBKL masih belum membersihkan kawasan itu,” katanya yang ditemui di Kuala Lumpur hari ini.

Mek Zainab berkata, dia meminta peniaga yang terbabit dalam kebakaran supaya bersabar dan bertenang kerana pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian.

“Kira-kira 30 peniaga yang terbabit dalam kejadian itu tidak sabar berniaga semula kerana Aidilfitri tiba tidak lama lagi.

“Kebanyakan mereka memerlukan modal pusingan kerana banyak barangan jualan musnah dalam kebakaran.

“Sudah tentu, mereka mahu buka kedai semula dan berniaga seperti biasa kerana tidak mahu menanggung kerugian.

“Mereka mahu DBKL bertimbang rasa dalam hal ini dan meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) itu supaya memasang kanopi dan besi penghadang gerai secepat mungkin,” katanya.

Menurutnya, mereka sanggup mengeluarkan modal sendiri untuk berniaga semula asalkan DBKL tidak memindahkan mereka ke kawasan lain.

“Kita memang tidak bersetuju dengan cadangan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang mahu memindahkan kami di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) 3 atau di Lorong TAR 5 kerana kawasan itu bukan kawasan tumpuan,” katanya.

Dalam kejadian 1.30 pagi semalam, gerai 30 penjaja Bazar Melayu Masjid India musnah dalam kebakaran dan kebanyakan mereka baru saja memenuhkan bekalan barangan di premis masing-masing untuk dijual sempena dua minggu terakhir Ramadan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2019 12:46 PM | Show all posts
Tapak bazar Masjid India terbakar dijadikan laluan pejalan kaki
24 Mei 2019 12:08 PM


Sebahagian daripada para peniaga melihat keadaan gerai jualan mereka yang musnah dalam kebakaran di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India baru-baru ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menjadikan tapak bazar Masjid India yang terbakar pada Selasa lepas, sebagai laluan pejalan kaki.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, hal ini kerana tapak itu adalah sebahagian daripada projek River Of Life (RoL) yang pada asalnya akan dibuka kepada orang ramai untuk dijadikan 'pedestrian mall'


"Bagi jangka panjang memang dalam projek RoL kami akan kosongkan kawasan itu. Peniaga Wisma Yakin pun sudah lama meminta DBKL berbuat demikian kerana struktur bazar itu telah menghalang bangunan dan menjejaskan perniagaan mereka.

"Jadi struktur bazar Masjid India yang terbakar itu akan dirobohkan sepenuhnya selepas ini kerana ia tidak selamat kepada mana-mana pihak untuk terus menjalankan perniagaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri Komuniti Kuala Lumpur 2019 di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.35 pagi Selasa lepas, kira-kira 30 gerai jualan di bazar berkenaan yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, tudung, beg dan kasut terbakar. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin kuat bau hanyir
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebahagian daripada kawasan ROL...projek Najib. Hujung2 fitnah kerajaan PH sabotaj...dasar bangsat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 21-5-2019 09:08 AM
Dari dulu dah planning nak diroboh Kan....

Sah2 keje org dlm ni. Nk halau peniaga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.258220 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list