Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
819
View
17
Reply

[Komunikasi] Melayu suka cakap orang putih?

[Copy link]

Author: lanesra       Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-5-2019 08:23 AM | Show all posts |Read mode

MICHAEL QUINLAN (kanan) bersama Sarah J. Talalay sering mempraktikkan bersama penggunaan bahasa Melayu supaya lebih fasih. UTUSAN/AIZZUL A. MAJID

Oleh : Maisarah Sheikh Rahim

CEKMEK MOLEK agak teruja bila disapa Selamat datang, apa khabar oleh seorang wanita Inggeris ketika ditemui di pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dalam hati berkata, Muka mat saleh tapi boleh cakap Melayu. Hebat! Dan teguran wanita itu tadi membuatkan Cekmek Molek tertarik untuk menyambung perbualan dengannya.

Saya seronok belajar bahasa Melayu. Sangat mudah untuk belajar dan faham, kata Sarah J. Talalay yang sangat manis berbaju kebaya merah pada hari itu.

Sarah merupakan Penolong Pegawai Hal Ehwal Kebudayaan di pejabat Kedutaan AS ini. Tuntutan kerja di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan memerlukannya untuk mempelajari bahasa tersebut. Walaupun hanya menghadiri kursus bahasa Melayu selama lapan bulan di Washington, Cekmek Molek fikir ia merupakan satu tempoh yang agak singkat jika dibandingkan dengan kefasihan bahasa yang digunakan.

Kata Sarah, bahasa Melayu lebih mudah berbanding bahasa-bahasa lain yang pernah dipelajarinya. Lagipun, Cikgu Annie yang merupakan guru bahasanya amat tegas dalam memastikan pelajar beliau dapat tangkap setiap perkataan dan sebutan intonasi yang diajar.

Kami gelarkan beliau sebagai Cikgu Harimau kerana beliau sangat garang. Tetapi kami seronok belajar dengannya kerana cikgu tidak putus asa mengajar kami sehingga kami berjaya menyebut setiap perkataan dengan betul, katanya yang sangat menggemari nasi lemak dan char kuetiau.

Sarah ditemani seorang lagi rakan sekerjanya, Michael Quinlan yang turut sama boleh berbahasa Melayu. Michael yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Kebudayaan di pejabat sama sudah tiga tahun tinggal di Malaysia. Isteri dan dua anaknya bersekolah di sini. Katanya, dia pernah melawat beberapa buah negeri dan tinggal untuk beberapa lama bersama orang Kelantan. Di sana, dia berpeluang untuk cakap bahasa Melayu menggunakan dialek negeri itu yang disifatkan amat unik di samping mempelajari adat, cara hidup dan budaya orang Kelantan.

Bila kita cakap dengan orang tempatan, ia mampu mengembangkan lagi penggunaan bahasa dan lebih memahami kehidupan mereka. Tetapi bila di Kuala Lumpur, orang Melayu di sini lebih suka menggunakan bahasa Inggeris bila bertemu orang kulit putih macam kami. Jadi kami kurang peluang untuk mempraktikkan bahasa Melayu dengan baik, katanya yang suka berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan pemandu Grab.

Situasi itu turut diakui Sarah. Kadang-kadang, menurutnya, penggunaan bahasa kiasan menyukarkan mereka untuk memahami maksud di sebalik perbualan. Pernah suatu hari dia dan suami pergi ke pasar Chow Kit untuk mencari ayam belanda kerana mereka berdua amat gemar makan ayam itu. Namun bila ditanya kepada seorang penjual ayam: Pakcik, ada ayam belanda di sini? Dia agak pelik kerana penjual itu tergelak besar dengan pertanyaannya sambil berkata: Oh, di sini ada banyak ayam. Nak yang besar atau kecil?

Kata Sarah, dia agak kecewa dengan reaksi penjual ayam itu dan tertanya-tanya adakah penggunaan bahasa Melayu yang digunakannya salah. Namun selepas diceritakan kepada rakannya, orang tempatan tentang situasi itu, baharulah dia faham istilah ayam itu sebenarnya adalah ganti nama kepada pelacur.

Dalam pada itu, Michael memberitahu, dia amat kagum dengan sikap orang Malaysia yang peramah dan sangat baik. Walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, mereka boleh bekerja bersama-sama, hidup dengan toleransi dan harmoni. Perkara itu amat memudahkannya untuk menjalankan tugas yang melibatkan hubungan antara kerajaan Malaysia dan AS seperti program pertukaran pelajar selain penganjuran program budaya.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Michael tidak sabar untuk meraikan sambutan perayaan itu bersama masyarakat Melayu di sini. Setiap tahun dia tidak pernah gagal untuk menghadiri rumah terbuka dan menikmati juadah hari raya seperti rendang dan sate yang digemarinya bersama ketupat.

Saya suka tradisi balik kampung rakyat Malaysia. Bila kita belajar bahasa Melayu, kita boleh faham lagu-lagu raya seperti lagu Balik Kampung nyanyian Sudirman. Ia sekali gus mampu membangkitkan sama perasaannya untuk turut teruja balik kampung walaupun terletak jauh di Hawaii.

Bagi Sarah dan Michael, mempelajari bahasa asing amat perlu dalam dunia hari ini terutama bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa. Dalam hal itu, mereka amat menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil peluang menghadiri kelas bahasa. Pihak Kedutaan AS juga turut mengadakan program kem bahasa Inggeris melalui kerjasama rakan kongsi kerajaan Malaysia seperti Kementerian Pendidikan untuk sekolah-sekolah.

Jangan malu atau segan untuk bercakap dalam bahasa asing kerana jika tidak digunakan, bahasa yang dipelajari hanya sia-sia. Pada masa sama, jangan pinggirkan bahasa ibunda kerana ia merupakan lambang identiti setiap masyarakat dan negara, kata Sarah mengakhiri perbualan dengan Cekmek Molek.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Takat i.u yes no jer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 09:36 AM | Show all posts
@kuihbakar @MeganK @aleX_S @hibermation
@fixit @AlterEgo @NamaKuMawar @idakamaruddin
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 09:48 AM | Show all posts
org malaysia pun nk polish gak language skill dgn mat salleh.

mmg tak do nafikan bahasa malaysia antara bhasa yg mudah di pelajari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul , betul. Semasa saya berada di Holland, pemandu train mengucapkan "selamat sejahtera" kepada saya. Mereka sangat optimis dengan bahasa selain bahasa mereka.


Kalau berada di Perancis, lebih baik berbahasa melayu sahaja. Sedaya upaya mereka membantu kita. Ada orang france yang alergic dengar bahasa inggeris.



Tetapi bila saya mengajar di dalam kelas, saya banyak juga menggunakan bahasa Inggeris walaupun tak memerlukan berbuat demikian. Ini untuk meningkatkan keyakinan pelajar dan keyakinan saya sendiri. Saya harap dapat membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan MUET.


Tapi bahasa Melayu memang mudah dipelajari. Anak2 saya fasih dah berbahasa dialek Kelantan pure. Saya je kalau kecek Kelate bunyi alik Siam. Hahahaha. #sayamestigigih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Yep,jgn lupa bahasa ibunda,tp stok2 bbnus skrg ramai y buat2 pelat bila ckp guna bahasa melayu..apedehal?nak kata mix,n tinggal luar negara,xde plak,setakat duk kt msia dr kecik smpai besar..

kenalan aiolzs stay US dr kecik n tahun 2008 baru balik m'sia pun boleh ckp bhs melayu fasih..tp kalau dia ckp english kuar laa slang US tuh..at least dpt ler justify nape dia gitu..ni dr kecik makpak guna bhs melayu,besar2 xreti ckp melayu?cessss sgt~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:48 AM | Show all posts
Iolls cakap rojak ja. Campur2. Keja kat company cina, nak speaking manjang.

So, iolls speaking la jugak. Tapi berterabur la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 02:34 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 28-5-2019 10:27 AM
Yep,jgn lupa bahasa ibunda,tp stok2 bbnus skrg ramai y buat2 pelat bila ckp guna bahasa melayu..aped ...

ats pembawaan masing2 kn...hahaaha...tetiba plak yg baru setahun dua duk kat negara orang dh tergeliat lidah nk ckp bahasa ibunda dan asyik2 terlupa nama kuih muih yang bersepah jual kat pasor tu..huhuu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 02:58 PM | Show all posts
nak buek camno

belajar guna english, time kerja communicate ngan kerja semua english

nak tak nak kadang tu tersasul jugak cakap english in daily activity gitu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 04:31 PM | Show all posts
Bercakap menurut pengalaman diri sendiri:

1) Bilingual  - terutama ketika berinteraksi dengan orang sekeliling, kawan-kawan, media social.

2) English - di tempat kerja, medium of interaction selain bahasa asing yang satu itu.

Kadang guna English sebab tak pasti penggunaan bahasa tepat bahasa bagi sesetengah bahasa,  or addressing certain people/issues..takut kekok atau canggung, maka akan guna English.. bahasa universal katanya.

3) Takkan Melayu hilang di rumah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
serikaya8080 replied at 28-5-2019 02:34 PM
ats pembawaan masing2 kn...hahaaha...tetiba plak yg baru setahun dua duk kat negara ora ...

Ok ler 1thn,dua..ada y sy knl tu 3bulan je..igtkn lama duk luar negara,balik2 acah2 xreti ckp melayuu..caittt sgt
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu cakap bahasa yang orang faham jer kat rumah i.e., kelate, siam, bahasa baku kalau ada tetamu dari luar

Dan speaking dengan anak2 buah untuk melatih diorang ni. Kalau tak, dengan saya sekali lupa bahasa tu One of them Alhamdulillah jadi wakil state untuk public speaking

Dengan kawan2, ikut keadaan. Biasa lebih terkawal kalau speaking, kalau tak, havoc

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 12:19 PM | Show all posts
Oooo...well...I look stupid when I speak Malayyy
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah tp setakat yg saya personally jumpa omputih ni byk bercakap bahasa Indonesia..tp oklah kita boleh bercakap dgn diaorang..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2019 02:29 PM | Show all posts
Sometimes, people who love to use English more to uplift their image. They feel better to show off themselves. They might feel inferior or insecure, so to score off others, they try to project sense of supremacy just like the white man's burden syndrome. English is only a tool, a medium not a propaganda legacy of the colonial era.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitaorg ckp pelbagai bhs kt rumah
BM tentu medium utama tp BM pun bkn guna BM standard makanya bila exam besar subject tu yg paling menakutkan maklumlah anak melayu tp bila dpt results hmmm ajelah
Sejak tahun lps kita gunakan pendekatan mcm cg2 kita buat dulu jd akan ada hari2 tertentu hari BM, english day sbb nak anak2 perbaiki bhs ibu da sendiri disamping polish BI
Tp bila jumpa client plk walau sesama melayu diaorg lbh suka speaking walhal clients cina okay aje bila discuss dlm BM dan ada sorg client warganegara Britain ni pun berusaha utk ckp BM dgn kami
Sbb tu Tun kata "melayu mudah lupa"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 05:06 PM | Show all posts
seribulan replied at 9-6-2019 02:29 PM
Sometimes, people who love to use English more to uplift their image. They feel better to show off t ...

ada betulnya tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila baca artikel ni, teringat iklan raya dolu2
https://m.youtube.com/watch?v=e2nQ9pGxySA


Sesetengah orang bertutur dalam bahasa Inggeris sbb nak menunjuk. Sesetengah orang sebab nak berlatih bertutur dalam bahasa Inggeris sehingga lebih pandai. Ikut la selera masing2.
Yang pastinya, kanak2 yg ckp dgn slang dan mat salleh yg ckp melayu akan menjadi tumpuan.
https://m.youtube.com/watch?v=2GfFDuqA8FY
https://m.youtube.com/watch?v=WTp0DTOJz1Y

Memang penting utk mempelajari pelbagai bahasa dan melawat negara2 asing utk menimba pengalaman dan pengetahuan. Tapi, janganlah sampai lupa bahasa dan budaya bangsa sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.096560s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list