CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3838|Reply: 17

Ropie bimbang populariti makan diri

[Copy link]
Post time 30-5-2019 11:53 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Ropie atau nama sebenarnya, Zahid Tajuddin, 52, mengakui filem komedi seram, Hantu Kak Limah (HKL), meninggalkan impak besar dalam kerjayanya hingga dia dihujani pelbagai tawaran.

Bagaimanapun, bekas anggota kumpulan Cecupak yang dikenali ramai menerusi watak Nayan itu enggan terlalu leka, malah bimbang sekiranya populariti yang diraih akan memakan diri.

“Alhamdulillah, rezeki datang ketika usia saya mencecah 50-an dan saya sangat bersyukur atas peluang yang diberikan. Secara jujur, saya tidak mahu terlalu ke depan, takut tidak mampu mengimbangi populariti.

“Saya tidak mahu berada terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Saya masih ingat pesanan Allahyarham Hani Mohsin, memadai berada di tengah-tengah, asalkan tawaran sentiasa diterima dan orang kenal,” katanya.

Lebih dua dekad dalam industri hiburan, Ropie berkata, dia tidak risau jika momentum yang dikecapinya itu hilang kerana percaya, rezeki setiap manusia sudah ditentukan.

Ropie bagaimanapun, tidak menafikan, terpaksa menolak beberapa tawaran, termasuk peluang menjadi penyampai radio kerana risau tidak mampu melunaskan amanah dengan baik.
Katanya, sebelum menerima sesuatu tawaran, dia akan terlebih dahulu melihat kemampuan dan keupayaan diri kerana tidak mahu timbul masalah pada kemudian hari.

“Kita perlu tengok kemampuan diri. Apabila ada pihak menghulurkan tawaran dan kita mampu melakukannya, kita buat. Tidak perlu kaut semua peluang yang diberikan ketika nama berada di puncak.

“Bimbang nanti tidak mampu melakukan semuanya. Memang saya mahu mencuba menjadi penyampai radio, tetapi saya takut.

“Penyampai radio perlu mempunyai banyak pengetahuan. Tak boleh main cakap sahaja. Kalau diminta hadir untuk menyerikan segmen tertentu, saya tidak kisah. Tetapi, jika setiap hari berada di konti, saya tidak yakin,” katanya.

Tidak gemar berkongsi hal peribadi, Ropie berkata, pendekatan itu diambil bukan kerana mahu berahsia, sebaliknya
dia inginkan keluarganya menikmati kebebasan tanpa dibebani tumpuan.

“Saya hidup gembira bersama isteri, Syirin yang turut bertindak sebagai pengurus. Kami mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun lalu dan sejak itu, dia yang mengurus dan menyusun jadual kerja saya.

“Saya tahu, jika diuruskan orang lain, saya akan jadi agak manja. Saya bersyukur dengan kehadiran Syirin dan apabila dia ada di sisi, tiada wanita lain yang berani mendekati,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2019 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Chup! Muka ada iras Hani Mohsin.. sedara ka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu x suka dia ni.. Tapi skrg makin lawak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 02:22 PM | Show all posts
Sama la..
dulu masa zman cecupak sikit punye menyampah..
Sekarang dapat sentuhan Jep & Sueb, terus menjadi2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 04:25 PM | Show all posts
yurp pak kodi lawak mkin menjadi2.

masa time cecupak tu iols meyampah gile.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Betol bang.. Nk jadi deejay kena la ada knowledge gak....  Jgn main saukkk je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2019 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju ngan statement heols. Penyampai radio perlu ada knowledge yg luas. Klau tak confirm caca marba cam ERA. Bingittt
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dia sedara hani mohsin kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2019 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
lawak sangat dia dalam hantu kak Limah
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ropie ni semenjak berlakon dkt sitkom JKKK tu terus jadi lawak. Dulu2 hambar gila.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kumpulan cecupak palingggg meluat.. lawak x jadi.. yg menjadi senarioooo
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo ropie nama dia
Haritu iols kompius org sebut pak kordi.. Iols kata si pian cecupak
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 10:11 AM | Show all posts
aduh gambar kat atas tu..dah macam dia pulak jadi hantu kak limah
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Better la heols ni drpd pian cecupak muka plastik mcm pondan lorong
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 10:34 AM | Show all posts
betul skarang dah makin okay baguslah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 11:20 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 30-5-2019 11:52 PM
Ooo ropie nama dia
Haritu iols kompius org sebut pak kordi.. Iols kata si pian cecupak

hahhahahaha nie lawak.. nak betulkan org salah, tp dia pun cakap pian cecupak

ampunnn i tak tahan nak tergelak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2019 11:22 AM | Show all posts
unguaurora replied at 31-5-2019 09:14 AM
Better la heols ni drpd pian cecupak muka plastik mcm pondan lorong

dia pun nyesal buat plastic surgery tu kan.. penah masuk news dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 12:04 PM | Show all posts
dia ok lah dr dulu ..nampak perubahan jg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.047838 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list