CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15410|Reply: 101

MITOS AJI SAKA : MANUSIA PERTAMA MEMBUKA TANAH JAWA

  [Copy link]
Post time 14-6-2019 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by winamp05 at 6-8-2019 02:08 PM

Siri 1: Menewaskan Raja Jin Kannibal

'Sato Moro, Sato Mati. Jolmo Moro, Jolmo Mati'
Erti: Binatang masuk, binatang mati. Manusia masuk, manusia mati

Kisah pembukaan Tanah Jawa oleh manusia pertama bernama Aji Saka berlaku pada zaman Nabi Sulaiman a.s melalui catatan sastera Kitab BABAD TANAH JAWA. Aji Saka (AS) bertanggungjawab memperkenalkan agama Hindu, aksara Jawa serta kalendar khas astronomi Jawa kepada penduduk. Lagenda AS sangat termasyhur di kalangan anak Indonesia

Sebelum penempatan manusia, Pulau Jawa adalah pusat ketamadunan jin berkurun lamanya. Topografi tanah jawa mempunyai lembah di pergunungan belantara serta banyak kawasan anak sungai dan mata air (berawa-rawa) menjadikan tanah subur dan kaya dengan khazanah bumi. Pulau Jawa adalah hutan dara yang tidak pernah dimasuki manusia bani Adam a.s (Homo sapiens) kerana sangat angker. Hampir tiada sesiapa yang berani menghuni pulau itu malah yang masuk tidak akan keluar

Penghuni asal Jawa merupakan golongan dewana (raksasa/nephilim) yang barbar dan penindas. Selain itu para jin, syaitan, manusia siri kuno (e.g Homo erectus), siluman, peri perayangan dan haiwan buas lagi merbahaya berkeliaran sehingga wujudnya pepatah 'Sato Moro Sato Mati' itu. Di zaman Nabi Sulaiman a.s, seorang raja bangsa jin raksasa (nephilim) bernama Prabu Dewata Cengkar (PDC) mendirikan kerajaan pertama MEDANG KAMULAN di atas pergunungan Kendeng mengadap ke Teluk Luci, Jawa Barat

PDC merupakan anak raja dari kerajaan Galuh di Jawa Timur yang melarikan diri akibat tertangkap memakan manusia. Selain seorang kannibal yang ingin kekal berkuasa, PDC mengenakan cukai yang tidak masuk akal serta memaksa rakyat bekerja tanpa upah. Justeru berbondong-bondonglah rakyat meninggalkan Medang Kamulan sehingga kota menjadi lengang selayaknya ghost towns. Selain itu, PDC juga menghapuskan kerajaan Galuh serta membunuh bapanya Prabu Watu Gunung demi menakluk jajahan

Dalam masa yang sama, Nabi Sulaiman a.s di Jerusalem menitahkan anak muridnya, Aji Saka (AS) supaya membuka tanah jawa. Semasa baginda di atas tikar terbang melewati jajahannya, baginda melihat kawasan bukit bukau yang belum diterokai manusia dan berpotensi menjadi penempatan. Lalu baginda mengirim Putera Raja India berdarah Synthian (Saka) asal dari Gujerat itu mengetuai misionari ke Tanah Jawa. Aji Saka pulang ke India dan mengambil hamba abdi berkasta rendah bersamanya. Di antara abdi ini beliau mempunyai dua orang pembantu setia, Dora dan Sembhada. Selain itu, 20,000 orang tentera Yahudi BaitulMaqdis turut menyertai ekspedisi.

Setelah AS belayar berbulan-bulan, mereka mendarat di kawasan hutan belantara Desa Waru, Rembang, Jawa Tengah pada tahun 456 Masehi. Keadaan hutan yang terlalu tebal dan berpenunggu, berhawa hangat dan ancaman binatang buas mengorbankan hampir 2,000 nyawa tentera Yahudi. Mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan latar tropika dan ilmu tuju-tuju jin disitu lantas memohon pulang. Maka kembalilah semua tentera Baitulmaqdis meninggalkan tanah jawa dan penerokaan diteruskan bersama abdi India yang lebih kental dan bersedia

Aji Saka menggunakan hikmat, mantera dan keris sakti untuk memindahkan golongan jin dan syaitan ke Lautan Hindi. Beliau menguasai ilmu penunduk bangsa jin semasa menjadi penuntut Nabi Sulaiman a.s. Diantara mantera Aji Saka yang termasyhur ialah Aji Sirep Wimanasara dan Kulhu Durgo Balik yang dikatakan sangat ampuh mematahkan serangan makhluk halus. Mentera-mentera ini masih lagi digunakan oleh orang Indonesia untuk memulangkan guna-guna dan menakluk manusia, haiwan, jin dan syaitan

Di suatu hari, Aji Saka berkelana ke hutan belantara, baginda terserempak dengan ramai orang berwajah cemas, membisu dan melarikan diri dari satu kawasan. Ia terlihat dua orang penyamun sedang memukul seorang pakcik tua. AS segera menyelamatkan orang tua tersebut, mangsa menceritakan rakyat terpaksa lari daripada kesyaitanan PDC. Justeru AS pun berniat untuk mengembalikan keamanan Medang Kamulan

Perjalanan ke ibu kota istana Medang Kamulan mengambil masa 7 hari 7 malam di pedalaman hutan. AS sering kali bertempur dengan penghuni-penghuni hutan yang enggan berpindah ke Laut Hindi. AS berpesan kepada Sembhada supaya mengawal keris saktinya yang dipacakkan di puncak Gunung Kendeng. Keris itu sangatlah ampuh kuasanya sehingga jin-jin di Gunung Kendeng terbakar kepanasan sehingga mereka lari ke Lautan Hindi. AS menegah Sembhada memberi keris itu kepada sesiapa kecuali dirinya sendiri. AS pernah bertarung dengan penunggu hutan yang meletakkan syarat diperhambakan selama 10 tahun sebelum boleh menyeberangi hutan itu. AS menepis serangan bom jin itu dengan cahaya kuning yang turun dari langit. Hancur lebur lah jin itu

Setibanya di istana PDC, AS menawarkan diri untuk menjadi korban dengan bersyarat. AS memohon diberikan sebidang tanah sekadar luas jarak kain serbannya. Memandangkan AS asal dari Gujerat, serban diraja beliau berguling-guling dan agak panjang. PDC bersetuju dan raja itu memegang satu hujung serban serta mengekori kepanjangan kain. PDC ingin tahu berapa jauh jarak yang diminta. Rupanya kain serban itu sakti dan makin ditarik semakin panjang sehingga PDC berada di tengah Lautan Hindi. Seraya AS melibas serbannya sehingga PDC terhumban ke laut lalu menjadi seekor buaya putih keramat. Lambang buaya putih ini masih digunakan sebagai logo di Grobogan, Jawa Barat. Rakyat Medang Kamulan sangat gembira lalu mengangkat AS menjadi raja di negara itu. Bermulalah sejarah era ketamadunan Hindu di Pulau Jawa serta penghijrahan pertama bangsa Homo sapiens

Catatan menarik:
1) Ribuan tahun dahulu, Kelantan kuno adalah  kerajaan Medang Kamulan yang tercatit sebagai tempat lahir dewa dewi kayangan. Kerajaan ini strategis dalam sejarah perkembangan Asia Tenggara, Jepun, China dan India

2) Nama sebenar Aji Saka ialah Putera Syarkil, seorang putera raja dan ulama dari Kshatrapa Gujarat di India dari suku kaum Saka (United of Scynthians). Aji Saka adalah nama gelaran. Beliau seorang yang cerdas dan tampan, berkulit cerah, berpakaian putih dan memakai serban diraja gujerat

3) Melalui info dari saudara Malaysia.Doom, masyarakat jawa mempunyai percampuran dengan orang India berdasarkan kajian genetik. Percampuran ini berlaku 60,000SM yang lalu..

4) Di Grobogan, masih ada daerah bernama Medang Kamulan

Sambungan Siri Kedua: Hinduisme, Kalendar dan Aksara Jawa di
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1164498&mobile=2

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes! Great. Sejarah yg mak x pernah tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 14-6-2019 05:26 PM
Yes! Great. Sejarah yg mak x pernah tau

Terima kasih mak..panjang cerita Aji Saka ni..saya buat 2 bahagian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik....jangan tiba2 muncul Kedah Tua sudah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan Medang kat Bangsar tu sempena Medang ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 12:20 AM | Show all posts
Authentic ! Boleh cabar pakcik oto nim.

@OttoVonBismark sila jeles.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-6-2019 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KIM.K at 15-6-2019 02:58 AM
Malaysia.Doom replied at 14-6-2019 06:47 PM
Menarik....jangan tiba2 muncul Kedah Tua sudah


Hehe..Kedah Tua takda..tapi Kelantan Purba ada

Medang Kamulan ni pengasas keluarga diraja Kelantan kuno. Memula Medang Kamulan, lepastu Medang Gana kemudian ialah zaman Wan Pa letak nama kerajaan Jawadwipa kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2019 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KIM.K at 15-6-2019 03:22 AM
noraidil_06 replied at 14-6-2019 07:02 PM
Jalan Medang kat Bangsar tu sempena Medang ni ke?


Saya tak pasti..tapi ada buat research sikit, ada juga nama Medang digunakan untuk jalan, sungai dan air terjun
Medang ni kalau bahasa jawa bermaksud minum
Masa zaman Medang Kamulan tu, dia ambil dari nama kayu Medang. Agaknya banyak kayu tu disana
Medang Kamulan tu bermaksud teras kayu Medang
Rupanya besar pokok Medang ni mak..ni gambar Hafiz Hamidun bawah pokok Medang usia 200 tahun di hutan Royal Belum, Gerik Perak Saya pun belum sampai

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2019 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
winamp05 replied at 15-6-2019 12:20 AM
Authentic ! Boleh cabar pakcik oto nim.

@OttoVonBismark sila jeles.

Huhu..terima kasih SM @winamp05

Saya tulis mitos je..boleh ambil unverified news hehe
Respect kat Pakcik Otto mesti hadam macam2 nak tulis biografi tokoh
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 04:27 AM | Show all posts
Bookmark dulu.. Sat g baca..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 15-6-2019 03:03 AM
Saya tak pasti..tapi ada buat research sikit, ada juga nama Medang digunakan untuk jalan, sungai ...

Mak dh agak Medang tu sejenis kayu. Org dulu suke guna nama kayu/pokok utk nama tmt
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 10:59 AM | Show all posts
Congrats on your thread sis Kim. Well done! Mitos ni I'm very interested. Nanti malam baca. Have a good weekend sis.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
no wonder kat tanah jawa tu, hindunisme (eh..ejaan betui ka? ) sangat kuat.
adakah dari sini, merebaknya pengaruh ke bali?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kipidap. Bahan bacaan menarik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2019 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-6-2019 04:27 AM
Bookmark dulu.. Sat g baca..

Hehe.. terima kasih sudi baca sis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 15-6-2019 07:13 AM
Mak dh agak Medang tu sejenis kayu. Org dulu suke guna nama kayu/pokok utk nama tmt

Oh..macam majapahit ya
Buah mojo tumbuh sekeliling Candi Borobudur rasanya pahit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
aliamaisarah40 replied at 15-6-2019 11:42 AM
no wonder kat tanah jawa tu, hindunisme (eh..ejaan betui ka? ) sangat kuat.
adakah dari sini, me ...

Masa tu Bali dah beragama hindu. X salah sy lps raja Majapahit beragama hindu kalah.. Dia lari ke Bali.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nurrlisa replied at 15-6-2019 10:59 AM
Congrats on your thread sis Kim. Well done! Mitos ni I'm very interested. Nanti malam baca. ...

Thanks you Sis Lisa.. ^^
Kim pun perasan! Sis suka ancient civilization. Memang banyak pieces of puzzle yang belum tercantum atau disembunyikan
Terima kasih sudi baca post saya
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 15-6-2019 01:12 PM
Oh..macam majapahit ya
Buah mojo tumbuh sekeliling Candi Borobudur rasanya pahit

Rindunya magelang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2019 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
aliamaisarah40 replied at 15-6-2019 11:42 AM
no wonder kat tanah jawa tu, hindunisme (eh..ejaan betui ka? ) sangat kuat.
adakah dari sini, me ...

Iya betul sis..Aji Saka bertanggungjawab memperkenal kalendar Jawa yang diraikan masyarakat Bali setiap Hari Raya Nyepi
Macam kita raikan hari raya puasa tiap 1 Syawal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.118257 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list