CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8155|Reply: 54

AARTIS SINGAPURA ITU BUAT HAL LAGI?

  [Copy link]
Post time 17-6-2019 06:30 AM | Show all posts |Read mode
PELAKON Indonesia, Raja Yunika Putri mendakwa menjadi mangsa kecurian artis lelaki Singapura yang menempa nama di Malaysia ketika berada di sebuah kelab malam di republik itu, pada 7 Jun lalu.
Yunika menerusi portal berita haluankepri.com mengakui berjumpa dengan artis terbabit di Clarke Quay, Singapura.
“Pada masa itu saya berjumpa dengan dia di Clarke Quay, Singapura.
“Saya kemudian pergi membuat bayaran di kaunter dengan meninggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk,” dakwanya.
Yunika mendakwa, kira-kira 2 pagi waktu tempatan, artis lelaki berkenaan mengucapkan selamat tinggal dan memberitahu mahu pergi ke suatu tempat untuk bertemu rakannya.
“Tidak lama selepas artis itu pergi, saya mengambil dompet dalam beg. Malangnya, sejumlah wang dalam mata wang dolar Singapura dan rupiah saya hilang.
“Sudah pasti saya mengesyaki artis terbabit mengambilnya berikutan sebelum itu beg saya berada di tempat duduk.
“Saya ada memberitahunya mahu melaporkan kejadian kepada polis, namun dia mencabar saya supaya terus melaporkannya,” katanya.
Yunika berkata, dia melaporkan kejadian itu kepada polis Singapura dan kini kes itu dikendalikan oleh polis republik itu.
“Tidak lama selepas kejadian itu, dengan bantuan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) saya melaporkan kejadian itu kepada polis dan kini kes itu dikendalikan polis Singapura.
“Kes ini mendapat perhatian Atase Nasional Polis Singapura, Joko Setiono,” kata Yunika.
Katanya, kejadian itu memberinya pengalaman berharga supaya jangan mudah percaya kepada orang walaupun seorang selebriti.
Ditanya berapa jumlah kerugian dicatatkan, Yunika tidak mendedahkannya kerana jumlahnya tidak penting.
“Bagi saya, berapa pun jumlahnya bukan perkara utama, tetapi masalah moral dan harga diri.
“Bagaimana seorang yang cukup dikenali boleh mengambil tindakan memalukan terhadap seorang wanita,” katanya.
Yunika turut mengucapkan terima kasih kepada Syed Saddiq kerana membantunya sehingga kes berkenaan mendapat perhatian polis Singapura.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Syed Saddiq. Kerana peranannya, insiden ini boleh sampai ke polis Singapura.
“Selepas kejadian itu, saya segera menghubungi beliau dan atas cadangannya saya diminta melaporkan kepada polis,” katanya.
Dia yang terkenal membintangi filem Cinta Palsu Suaminya berkata, pada mulanya dia tidak tahu apa perlu dilakukan di negara orang.
“Pada awal kejadian, saya kecewa dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi saya menghubungi Syed Saddiq yang saya kenal beberapa lama dulu.
“Syukurlah dia memberi maklum balas dan meminta saya melaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.
Usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan artis terbabit bagaimanapun gagal apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi manakala WhatsApp tidak dibalas.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2019 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash ke dekkk chuols merendek dengan heshe kat kelab malam
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ape hubungan yunika ngan syed saddiq?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah up IG nak ex balik. When you are in trouble baru ingat kebaikan dan support ex wife to you.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 17-6-2019 07:04 AM
Patutlah up IG nak ex balik. When you are in trouble baru ingat kebaikan dan support ex wife to you. ...

Siapakah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ex Laki si bella ke..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2019 07:40 AM | Show all posts
yang menanam rambut tu ke chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 07:47 AM | Show all posts
sampai guna khidmat menteri ke ?
macam la banyak sangat duit ko yang hilang tu
dasar indon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2019 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 17-6-2019 07:04 AM
Patutlah up IG nak ex balik. When you are in trouble baru ingat kebaikan dan support ex wife to you. ...

Yelah. Selama hidup pun exbini yg bg mkn. Dia tabur sperma jah. Sejak kahwin sampai bercerai xpernah bg nafkah pun kt exbini. Tu pun mak masih memuja ank jantan dia lindungan kaabah
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
I is lg tertarik dengan hubungan dia ngn syed saddiq banding siapa yg curi tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
blekkep replied at 17-6-2019 07:04 AM
ape hubungan yunika ngan syed saddiq?

Kan uolss?? iolss lagi minat nak tau macam mana dia boleh kenal SS
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 07:56 AM | Show all posts
amboi...kenapa sampai minta bantuan syed saddiq
...ke kau nak cakap kau ada affair dgn sheols
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 08:09 AM | Show all posts
banggala si bibik ni kenal sadiq
bodo sgt tggl beg mcm tu jeh
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahli sukan negara betapa susah nak jumpa kementerian belia dan sukan.. org indonesia pergi kelab relax je..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 08:17 AM | Show all posts
ex bella ke tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 08:19 AM | Show all posts
syed tissue buat apa kat situ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2019 08:27 AM | Show all posts
Dia tak cakp ss tu ada kat kelab tu,  dia ckp selepa kejadian, dia menghubungi SS. So i assume she called him.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Indon ni kalau x mengCLAIM ..aseklah nak menempel jugak sesapa yg prominent. Ko ckp ko repot polis dah laaa...nk jugak petik2 nama....emang brengsek lhoe..mesti kaum2 Trisna dangdut tu....beg bnyk duit ko pegang sendiri laa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 08:29 AM | Show all posts
Kes berlaku di singapura tp minta tlg syed sadiq. Pelik la.mcm ne indon ni kenal syed sadiq.nape sadiq tu beria tlg.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 17-6-2019 07:54 AM
Kan uolss?? iolss lagi minat nak tau macam mana dia boleh kenal SS

kannnn...gigih mention byk kali die call syed...motippp??nk org taw die ade connection ngan menteri??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.069309 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list