CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3652|Reply: 21

[Politik] Kesilapan Besar Latheefa-Guan Eng

  [Copy link]
Post time 26-6-2019 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Yang penting sekali, dari 408 orang dari Umno dan Barisan Nasional itu, berapa ramai yang sudah berpaling tadah dan sekarang ini bersama Pakatan Harapan? Adakah disebabkan itu hanya 41 nama sahaja yang keluar bukannya 408? Dan ada dikalangan dari 367 nama itu telah pun diperas ugut, jadi itulah sebabnya mereka hanya mengejar 41 orang manakala 367 orang itu tidak disentuh?


Masalah dengan ahli politik adalah mereka suka sangat mengadakan sidang akhbar, mengeluarkan kenyataan akhbar, dan bercakap dengan pemberita. Contohnya seperti Lim Kit Siang, dia dengan bangganya mengatakan bahawa dia telah menulis dan berucap sebanyak 10 juta patah perkataan dalam kerjayanya sebagai ahli politik. Dan sekarang ini segala penulisan dan percakapannya telah menghantui dan memakan dirinya balik.

Kit Siang juga yang memberitahu Parlimen pada tahun 1994 bahawa Bank Negara telah kehilangan sebanyak RM31.5 bilion disebabkan berjudi di dalam pasaran ‘forex’. Disebabkan kehilangan duit sebanyak RM31.5 bilion itu, dia menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan juga Anwar Ibrahim. Malah, Kit Siang juga menuntut untuk Anwar melepaskan jawatannya kerana Anwar tidak layak untuk menjadi Menteri Kewangan.


Semenjak kejadian itu, Kit Siang bertahun-tahun ‘berzikir’ tentang isu kehilangan duit RM31.5 bilion. Sekarang ini, dia diam seolah-olah bisu kerana Mahathir, Daim dan juga Anwar merupakan ‘rakan’ kepada Pakatan Harapan. Kit Siang juga menyesal kerana dahulunya dia bertindak terlalu agresif pada isu tersebut sehingga menuntut agar RCI untuk menyiasat skandal tersebut agar penjenayah (Mahathir, Daim dan Anwar) di hukum kerana memperjudikan sebanyak RM31.5 bilion duit Bank Negara.

Inilah masalah yang dihadapi untuk mereka yang bercakap terlalu banyak dan yang selalu mengadakan sidang akhbar dan juga mengeluarkan kenyataan akhbar. Mereka kemudiannya terpaksa menelan kata dan perbuatan mereka sendiri. Dan bukan sekadar ahli politik sahaja, malah pegawai dari SPRM, PDRM dan lain-lain lagi terperangkap dengan sindrom “cakap terlalu banyak, buat sidang akhbar dan keluarkan kenyataan akhbar”.

Senang cerita, Rakyat Malaysia menghidapi masalah ‘mulut longkang’ dan tidak memahami maksud ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

Satu lagi contoh adalah senarai nama orang yang didakwa telah menerima duit dari 1MDB. Pada bulan Julai tahun lepas mereka mengumumkan bahawa sebanyak 408 orang/organisasi telah menerima lebih dari RM1 bilion dari 1MDB. Hari ini, mereka mengatakan hanya 41 orang/organisasi dan jumlahnya adalah RM270 juta. SPRM pula telah mengeluarkan notis perlucutkan hak kepada 41 nama atau organisasi ini.

Kemudian Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa senarai mereka sebenarnya lebih dari 41 nama. SPRM kemudiannya mengumumkan bahawa apa yang di beritahu oleh Guan Eng adalah betul. Mereka akan mengeluarkan notis perlucutan hak kepada yang lain kelak. Bermaksud baki dari sebanyak 367 orang atau/organisasi ini.

Kenapa kelak? Kenapa tidak buat sekarang? Kenapa mula dengan 41 dulu dan 367 tu kemudian? Adakah 367 itu kesemuanya akan kena ataupun 100 sahaja dulu? Kalau 100 sahaja dulu, macam mana pula dengan baki 267 itu? Adakah mereka telah diampunkan?

Nampak tak? Apabila kita cakap terlalu banyak, kesemua perbuatan kita akan dipersoalkan. Yang pertama sekali, kenapa perlu ramai orang membuat pengumuman dan juga kenyataan akhbar? Buat sahaja lah kerja tanpa perlu mengadakan sidang media dan kenyataan akhbar yang banyak. Barulah akan nampak konsisten, tidak bercanggah dan tidak perlu buat U-turn.

Mustapa Mohamad adalah salah seorang daripada orang Umno yang didalam senarai 408 nama yang telah diampunkan
Sebenarnya, yang dikatakan 408 orang/organisasi menerima lebih dari RM1 bilion dari 1MDB tidak benar. Mereka ini menerima duit itu dari Umno. Tapi SPRM pula kata ianya adalah perkara yang sama, iaitu sekiranya mereka menerima duit dari Umno maksudnya mereka menerima duit dari 1MBD kerana duit Umno datangnya dari 1MDB.

Najib Tun Razak menafikannya dan berkata wang tersebut datangnya dari Kerajaan Saudi/keluarga diraja. Mahathir pula berkata bahawa orang Arab tidak ada yang bermurah hati sehinggakan hendak menderma sebanyak RM2.6 bilion kepada Najib atapun Umno. (Sebenarnya, menurut pada Amerika Syarikat, Saudi telah menyumbangkan sebanyak US$150 bilion kepada pelbagai pemimpin/negara semenjak beberapa dekad dahulu lagi).


Walau bagaimanapun, dalam perbicaraan Najib terhadap SRC International, saksi-saksi telah mengesahkan bahawa duit itu sebenarnya datang dari Arab. Dan disebabkan oleh testimoni dari saksi yang berpihak kepada Najib, Peguam Negara, Tommy Thomas, telah meminta untuk perbicaraan kes Najib 1MDB ditangguhkan hingga ke Oktober. Nampaknya mereka perlu memikirkan sekali lagi terhadap kes ini.

Jadi, jika duit tersebut datang dari Umno dan jika duit Umno pula datangnya dari Arab, macam mana pula SPRM melucutkan hak sivil untuk 41 orang ini? Dan sekiranya duit itu adalah duit curi, kenapa mengenakan tindakan melucutkan hak sivil mereka bukanya kes jenayah? Dan juga, disebabkan perbicaraan kes 1MDB akan berada dalam empat bulan akan datang, macam mana pula mereka boleh mendakwa bahawa wang itu datang dari 1MDB sedangkan perbicaraan kes SRC mengatakan ianya datang dari Arab?

Yang penting sekali, dari 408 orang dari Umno dan Barisan Nasional itu, berapa ramai yang sudah berpaling tadah dan sekarang ini bersama Pakatan Harapan? Adakah disebabkan itu hanya 41 nama sahaja yang keluar bukannya 408? Dan ada dikalangan dari 367 nama itu telah pun diperas ugut, jadi itulah sebabnya mereka hanya mengejar 41 orang manakala 367 orang itu tidak disentuh.

https://www.malaysia-today.net/2 ... L5b6gHlUiJojbNMC-XM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2019 10:37 PM | Show all posts
dan yg paling hairan bagaimana manusia paling kaya di sarawak iaitu Taib Mahmud sudah menjadi suci & bersih walaupun penubuhan Sarawak Report sejak dulu bertujuan menelanjangkan kes rasuah Taib Mahmud. siapakah tuan kepada Sarawak Report sehingga menyebabkan Clare Rewcastle Brown berhenti menulis tentang skandal Taib Mahmud.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 11:10 PM | Show all posts

fikir fikir kan ----
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 06:54 AM | Show all posts
Pelik tapi benar. Serupalah dengan perangai peguam minangkabau dah tak meratib semekom mah bilik 121. Memang makan diri la, ratib siang malam pasal forex, anak tokey arak la, kayakan kroni, kayakan anak-anak yg berdaddykasi, cerita perangai seks abang non kat dalam buku, cerita atok lidah bercabang, DAP paling rasis lah. Sudahnya jadi geng sekarang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2019 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ntahapapantah replied at 27-6-2019 06:54 AM
Pelik tapi benar. Serupalah dengan perangai peguam minangkabau dah tak meratib semekom mah bilik 121 ...

Kisah bilik hotel perdana kini disenyapkan sbb dah jd geng
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ph ni kalau nak cari salah orang melayu cepat je.. cilok sana cilok sini.. cerita sana cerita sini.dakwa sana sini.. ujung2 cuma baru pendakwaan.. abih tu kes arwah adib mcm mana? Kes byk kuil haram?.. india mabuk..india gangster?? Kes terowong laut penang?..banglo lge?? Kata ph telus konon.. pigidahh.. rakyat malaysia harus menolak ph pada pru15 nanti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-6-2019 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
relaxjek replied at 27-6-2019 09:04 AM
Ph ni kalau nak cari salah orang melayu cepat je.. cilok sana cilok sini.. cerita sana cerita sini.d ...

Klu tgk senarai rasuah daim & taib mahmud yg PKR senaraikan sebelum pru14 dulu cukup byk. Malah masih belum dipadam dari website Keadilan Daily. Kenapa bila dah jadi geng terus drop semua tuduhan?  Harap mahacai boleh bagi pencerahan... Betul ke ni nak banteras rasuah. Rasuah geng sendiri tutup rapat2
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 11:12 AM | Show all posts
skrg ni takut tun je. tunggu la anwar naik... siap la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
bygkan zahid komedi join bersatu... tentu dodolgemok jilat

korg masih ingat tabung harapan? yg masuk juta2 tu dr mana haha

dah dicuci hbis....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 27-6-2019 11:12 AM
skrg ni takut tun je. tunggu la anwar naik... siap la.

Klu bang non sabar dan x desak nak jadi pm sampai 5 tahun mungkin dua2 ni x bergaduh
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ntahapapantah replied at 27-6-2019 06:54 AM
Pelik tapi benar. Serupalah dengan perangai peguam minangkabau dah tak meratib semekom mah bilik 121 ...

tu la kan
munafik nak mampus.... pastu heran knp org bleh sokong najib blk... atuk fosil tua tu korg jilat blk.., sdgkan berguling2 nak jatuhkan atuk zaman reformasi haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 27-6-2019 09:26 AM
Klu tgk senarai rasuah daim & taib mahmud yg PKR senaraikan sebelum pru14 dulu cukup byk. Malah ma ...

ko tanya pakcik kelana.., nanti die tanya bukti haha

zaman rafidah dulu raja AP.. bukti dah ade... tp sbb org atuk tutup kes.... dah org sama jd pm... banteras rasuah abah die haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 11:36 AM | Show all posts
tobby replied at 26-6-2019 10:37 PM
dan yg paling hairan bagaimana manusia paling kaya di sarawak iaitu Taib Mahmud sudah menjadi suci & ...

fikir fikir kan....aku sudah 2 langkah di depan anda dari pru13 lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2019 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 27-6-2019 11:22 AM
ko tanya pakcik kelana.., nanti die tanya bukti haha

zaman rafidah dulu raja AP.. bukti dah ad ...

Bila manusia perangai munafik dua kali jadi pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2019 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 27-6-2019 11:36 AM
fikir fikir kan....aku sudah 2 langkah di depan anda dari pru13 lagi

Sorry, lambat kenal puak munafik ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 12:44 PM | Show all posts
dino replied at 27-6-2019 11:21 AM
tu la kan
munafik nak mampus.... pastu heran knp org bleh sokong najib blk... atuk fosil tua tu k ...

Liberal jumud. Bila tang musuh atok semua salah. Orang lain taksub dia perli, tapi bila tang dia taksub takpe. Apa punyer liberal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2019 12:48 PM | Show all posts
penjilat PH dah dpt sakit gila ataupun multiple disorder
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ntahapapantah replied at 27-6-2019 12:44 PM
Liberal jumud. Bila tang musuh atok semua salah. Orang lain taksub dia perli, tapi bila tang dia t ...

moga sempat taubat la.... dah jd pengkkut dajal tu.... klau dgn lebai bkn main lg kutuk....

p majlis ilmu tak mau...  dok kutuk je tahu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 02:14 PM | Show all posts
tobby replied at 27-6-2019 11:55 AM
Sorry, lambat kenal puak munafik ni

semua ini percaturan demi negara tersayang, agama & bangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 02:31 PM | Show all posts
ntahapapantah replied at 27-6-2019 06:54 AM
Pelik tapi benar. Serupalah dengan perangai peguam minangkabau dah tak meratib semekom mah bilik 121 ...

yg posting selalu nganjing ke Nabi tu ker?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.260785 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list