Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
826
View
2
Reply

Apa itu Sijil MOF

[Copy link]

Author: pestol       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-7-2019 10:18 AM | Show all posts |Read mode


51906443_807913789562174_7372941053034233856_n.jpg

Sijil Kementerian Kewangan adalah syarat wajib untuk semua pembekal/kontraktor yang ingin memohon tender-tender kerajaan. Tanpa sijil ini syarikat anda adalah tidak layak untuk memohon sebarang tender kerajaan. Selain itu, bagi syarikat yang layak iaitu memiliki 51% bumiputera dalam syarikat layak untuk memohon bersama Sijil Taraf Bumiputera. Dengan memiliki sijil ini, syarikat anda layak memohon tender-tender yang dikhaskan untuk syarikat-syarikat bumiputera.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2019 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa MOF ni tidak akan semudah seperi sebelumnya. Perhaps akan berubah termanya. No more exclusivity
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-7-2019 09:19 AM | Show all posts
adila39 replied at 20-7-2019 09:31 PM
I rasa MOF ni tidak akan semudah seperi sebelumnya. Perhaps akan berubah termanya. No more exclusivi ...

Dalam perniagaan, pemasaran produk dan perkhidmatan merupakan salah satu aspek yang sangat penting serta mencabar. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang berkesan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan perniagaan. Kaedah dan cara pemasaran pula ada yang berbeza mengikut jenis perniagaan.
Salah satu kaedah pemasaran yang menarik lagi menguntungkan ialah berniaga dengan Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi di bawah seliannya. Mungkin ada diantara kita biasa mendengar berkenaan perkara ini dan mungkin juga tidak.
Walaubagaimanapun, sebelum anda boleh memulakan urusniaga dengan pihak kerajaan, anda diwajibkan mendaftarkan perniagaan anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia atau Ministry of Finance (MOF) untuk memperolehi lesen MOF.
Diantara kelebihan mendaftarkan perniagaan anda dengan MOF ialah:
  • Anda boleh menjual produk dan perkhidmatan anda kepada Kerajaan Malaysia dan agensi di bawah seliannya.
  • Kaedah memasarkan perkhidmatan dengan cara yang lebih mudah dan sistematik melalui amalan membida tender dan projek secara online serta terbuka menggunakan portal eperolehan.com.my
  • Latihan dan panduan secara berterusan disediakan oleh pihak MOF bagi usahawan yang berminat.
  • Merupakan tambah nilai kepada perniagaan anda kerana anda telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Bagi usahawan bumiputera, anda boleh memohon pengiktirafan penarafan (status bumiputera) bersekali dengan proses permohonan lesen MOF bagi menambah nilai perniagaan anda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.085846s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list