View: 2928|Reply: 26
|
[Tempatan]
Lagi keluhan Zoo Negara gagal naik taraf. Katanya tiada sokongan kerajaan (nama
[Copy link]
|
|
Zoo Negara kurang dana, tiada sokongan kerajaan
22 Julai 2019 9:46 AM
KUALA LUMPUR 22 Julai - Zoo Negara gagal menaik taraf segala perkhidmatan berikutan kekurangan dana dan tiada sokongan daripada kerajaan.
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, lebih menyedihkan apabila pihaknya juga tidak mampu menyelenggara segala kemudahan atas sebab yang sama.
Kata beliau, Zoo Negara memerlukan kos yang banyak untuk melakukan kedua-dua perkara tersebut.
“Kita tidak ada masalah untuk mengendalikan hal-hal berkaitan pembayaran gaji pekerja, bonus dan pengurusan haiwan, semua itu cukup.
“Cuma naik taraf sahaja tak cukup sebab modalnya mahal, ditambah pula dengan ekonomi agak ketat masa ini,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), hari ini.
Jelas Rosly, Zoo Negara memutuskan untuk tidak menerima dana kerajaan selepas pelbagai dakwaan dilemparkan termasuk salah guna kuasa.
Katanya, atas sebab itu Zoo Negara hanya menerima bantuan kerajaan daripada aspek pembangunan.
Walaupun begitu kata beliau, jumlah pengunjung secara harian ke Zoo Negara masih ramai terutama dalam kalangan keluarga dan pelancong.
Tambahnya, Zoo Negara berjaya mencapai sasaran kehadiran 400,000 hingga 500,000 pengunjung, tahun lalu.
“Pada tahun ini, kita sudah mencapai jumlah pengunjung sebanyak 200,000 orang sebab itu kita harap orang datang dan duit itu untuk dijadikan modal. Kalau tak ada (pengunjung, kita akan) susah hati,” katanya. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tutup jelah zoo negara...banyak lagi kot zoo kat malaysia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan mana? |
|
|
|
|
|
|
|
bulan Mei hari tu dh ada berita pasal Zoo
ni bulan Julai keluar lagi isu ttg Zoo
rasanya Zoo tgh nazak |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya zoo negara ni perlu di pindahkan...tidak lagi sesuai berada di lokasinya sekarang...why not kerajaan jual shj tanah tu...in exchange for a new zoo somewhere in sepang, cyberjaya, or putrajaya? |
|
|
|
|
|
|
|
lokasi zoo dah x sesuai utk haiwan.....dikelilingi oleh hutan batu dan hiruk pikuk kotaraya belum masuk pencemaran udara lagi.....tiada bau hutan sedangkan haiwan sensitif terhadap persekitaran....utk manusia yes la sbb lokasi dekat tp utk haiwan tidak... |
|
|
|
|
|
|
|
ada keluar kan hari tu list management zoo..
dah macam bisnes anok-beranok..
orangnya kaya tapi binatang suffer..
tiket makin lama makin mahal..
i pun agree lokasi tak sesuai..
keliling zoo penuh rumah kot..
dengan jalan sesak depan tu..
pindah la zoo ni kat tempat yang lebih sesuai dengan nature..
belah gombak kat hutan-hutan sana ke..
sepadan la sikit dengan pahang tapi masih penuh hutan..
kawasan pun hijau sejuk je.. |
|
|
|
|
|
|
|
kaka pg zoo negara , banyak haiwan tak sihat. kucing sis vokuru lagi gemuk. harimau yang betul2 sihat gemuk kaka tengok kt zoo jb. pandai zoo jb gemukkan pak belang..
kat zoo negara panda je gemuk meriah. moga kerajaan peruntukkan bantuan memang khas untuk haiwan kecuali panda... |
|
|
|
|
|
|
|
nama je Zoo NEGARA. funding GOVT takde. better privatized terus macam jurassic park.
|
|
|
|
|
|
|
|
lawatan sek tadika anak sis pun xda pi ke zoo negara..
sekarang pegi ke aquaria or farm in the city je.. |
|
|
|
|
|
|
|
tau lerr ko ske chris pratt
|
|
|
|
|
|
|
|
pndah dkt2 kwsn prumahan andartu ok x?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada hantar proposal utk pembangunan ke to federal or state gov? Kalau terus minta one off project susah le nak dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
last pergi zoo negara masa darjah 4 dulu |
|
|
|
|
|
|
|
EvieWanKenobi replied at 22-7-2019 11:13 AM
kerajaan mana?
Kerajaan pornhub |
|
|
|
|
|
|
|
what's new..
|
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan rahsia, kerajaan langit |
|
|
|
|
|
|
|
zoo negara dah pindah masuk parlimen |
|
|
|
|
|
|
| |
|