CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 936|Reply: 5

[Dunia] Terpaksa guna robot sebagai sami untuk tarik penganut datang ke kuil

[Copy link]
Post time 15-8-2019 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Sami robot
AFP

KYOTO: Sebuah kuil berusia 400 tahun di Jepun menggunakan robot sebagai sami di kuil berkenaan dalam usaha menarik perhatian terhadap agama Buddha walaupun pengkritik membandingkan robot itu dengan ‘raksasa Frankenstein.’

Robot diberi nama Kannon itu membacakan khutbah di Kuil Kodaiji di Kyoto.

“Robot ini tidak akan mati, ia akan berterusan mengemas kini dirinya dan berkembang.

“Itulah keistimewaan robot, boleh menyimpan ilmu dan maklumat selama-lamanya, tanpa had,” kata sami Tensho Goto.

Menurutnya, kecerdasan buatan (AI) robot itu akan berkembang, membantu orang ramai walaupun pada masa paling sukar.

“Ia mengubah agama Buddha,” katanya.

Robot bersaiz orang dewasa yang mula berkhidmat awal tahun ini, boleh menggerakkan bahagian perut, tangan dan kepala. Hanya tangan, muka dan bahu diseliputi silikon menyerupai kulit manusia manakala bahagian lain jelas kelihatan komponen robot.

Ia boleh menemukan kedua-dua tangan ketika sembahyang dan bercakap dengan suara lembut.

Wayar dan lampu berkelip-kelip memenuhi ruang atas kepalanya serta tubuh aluminium robot itu. Kamera video kecil dipasang pada mata kiri, kelihatan seperti ‘cyborg’ dalam filem sains fiksyen Hollywood.

Robot digelar Mindar itu dibina dengan kos hampir AS$1 juta (RM4.19 juta) melalui projek kerjasama antara Kuil Zen dan profesor robotik Hiroshi Ishiguro dari Universiti Osaka Universiti, mengajar mengenai erti rendah diri dan bahaya nafsu, kemarahan serta ego.

Pengaruh keagamaan semakin menipis dalam kehidupan di Jepun dan Goto berharap sami robot di Kuil Kodaiji itu mampu menarik perhatian generasi muda dalam cara yang tidak mampu dilakukan sami tradisional.

“Generasi muda menganggap kuil ialah tempat untuk pengebumian dan perkahwinan. Sukar untuk mereka berhubung dengan sami seperti saya dan berharap robot itu menjadi laluan menggembirakan untuk mereka,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Ogos 2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2019 01:26 PM | Show all posts
xde gambo ke sami robot tu..cm scary je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 03:50 PM | Show all posts
org jepun ni bukan kuat secara spiritual...ramai yg x der agama...kesian
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 04:20 PM | Show all posts
urhh..












Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 04:21 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 04:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.054977 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list