CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 807|Reply: 1

[Tempatan] John baharu: Nelayan temui bangkai yu paus sesat.

[Copy link]
Post time 18-8-2019 03:58 AM | Show all posts |Read mode

Nelayan temui bangkai yu paus sesatOleh Ibrahim Isa
bhnews@bh.com.my







This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x576.

Ikan yu spesis Rhincodon Typus seberat lima tan ini hanyut dan ditemui sekumpulan nelayan kira-kira tujuh batu nautika di perairan Tanjung Tohor pagi sebelum dibawa ke darat.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x717.

Orang awam melihat bangkai ikan yu paus di Jeti Pengkalan Nelayan Parit Jawa hari ini. - Foto BERNAMA

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x750.

Bangkai ikan besar ditemui di perairan Tanjung Tohor, Muar pagi tadi dikenal pasti daripada spesis Rhincodon Typus atau yu paus yang dipercayai sesat di Selat Melaka.









JOHOR BAHRU: Bangkai ikan besar ditemui di perairan Tanjung Tohor, Muar pagi tadi dikenal pasti daripada spesis Rhincodon Typus atau yu paus yang dipercayai sesat di Selat Melaka.

Ketua Perikanan Daerah Muar, Mohd Faris Adnan, berkata spesis ikan yang semakin pupus itu ditemui hanyut oleh sekumpulan nelayan pada jarak kira-kira tujuh batu nautika dari Jeti Pengkalan Parit Jawa, di sini.

Katanya, ikan yu paus seberat kira-kira lima tan itu akan dibawa ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) Rantau Abang, Terengganu untuk proses bedah siasat.

“Unit Perlindungan Sumber Batu Pahat pula akan membuka kertas siasatan bagi mengetahui punca kematian termasuk maklumat lengkap berkaitan umur, jantina dan saiz sebenar ikan ini. Setakat ini, kita menganggarkan ikan itu sepanjang enam meter dan lebar 1.5 meter.

“Bagaimanapun, kita masih belum mengenal pasti jantina ikan ini,” katanya ketika ditemui di Jeti Pengkalan Nelayan Parit Jawa, di sini hari ini.

Mohd Faris berkata, pihaknya dimaklumkan TUMEC bahawa yu paus itu akan diawet selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.

Katanya, yu paus antara spesis ikan terancam dan berkemungkinan besar ia sesat di kawan perairan Batu Pahat dan Muar kerana ia bukan habitat semulajadinya.

“Berikutan itu, saya menasihatkan orang ramai termasuk nelayan sekiranya menemui spesis hidupan laut yang aneh agar segera menghubungi pihak berkaitan.

“Jangan bertindak melulu sekiranya ia masih bernyawa kerana mereka (nelayan dan orang ramai) boleh didakwa di bawah akta berkaitan,” katanya.










sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wi...-yu-paus-sesat


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2019 08:22 AM | Show all posts
ni ikan kekek lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.078131 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list