CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8255|Reply: 115

[Tempatan] Hassanah Menyantuni Brader Ekspai Yg Sesat Mencari TBS, Kau Tak Reti Guna Waze K

[Copy link]
Post time 19-8-2019 09:51 AM | Show all posts |Read mode



Kesusahan yang dilalui oleh orang lain seringkali datang sebagai bentuk pengajaran kepada mereka yang melihat. Namun, ujian yang sebenarnya bukanlah daripada mereka yang diduga tetapi kita yang melihat adakah bertindak menghulurkan bantuan atau membiarkan sahaja.

Seperti perkongsian oleh seorang pemuda ketika terserempak dengan seorang lelaki yang sesat hampir 12 jam di Kuala Lumpur. Bayangkan, sudahlah terpaksa menempuh perjalanan selama tiga jam dari Teluk Intan ke ke Kuala Lumpur, sampai sahaja ke sana dia tersesat pula ke tempat yang mahu dituju. Bukan sekejap tempohnya, hampir 12 jam dari tengahari hingga ke malam. Fuhh.

Lebih sayu, lelaki tersebut rupanya ingin mengambil adiknya perempuannya pulang di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) kerana ayah mereka telah meninggal dunia. Gigihnya seorang abang ini. Ikuti perkongsian seperti di bawah.

Okay perkara yang berlaku ini amat menyedarkan aku ketika aku otw balik rumah dari tempat kerja aku.

Malam tadi aku kerja shift closing so balik la lewat sikit en oh btw aku kerja kat ioi putrajaya then otw nak balik bangi. so ikutla highway kajang silk tu.

Jumpa ‘brader’ bawak EX5 dari Teluk Intan

Pastu sebelum nak masuk bangi dari highway tu, korang akan jumpa simpang traffic light. jaranglah orang bangi tak kenal simpang ni simpang “traffic light paling lama di dunia” hahah. so aku berhenti lah kat traffic light tu jap sambil layan lagu timmy trumpet kit ennn.

So tengah tunggu tunggu lampu hijau tiba tiba ada la sorang brader ni bawak ekspai park sebelah motor aku. Aku dahla tengah layan lagu en hahahah pastu brader tu tegur aku tapi aku tak dengar suara dia so aku pause lah lagu aku jap sebab nak dengar apa dia cakap.
Nak ambil adik, sesat dari tengahari sampai malam di KL

Then aku tegur ye bang pastu brader tu reply “bang tahu tak kat mana jalan nak ke TBS?” sambil tergagap gagap cakap dengan aku pastu dia pun sambung :

“Saya kat KL ni dari tengah hari tadi pusing pusing tak jumpa jumpa TBS.”

Aku pun macam seriouslah kau ni dah terpesong jauh jalan kot nak menghala ke TBS. Aku tanya lagi dari mana ni then dia reply :

“Dari teluk intan bang nak pickup adik saya baru balik dari kelantan kat TBS sebab ada orang meninggal kat kampung saya.”
Mata tengah tahan menangis

Sambil reaksi muka dia yang hampa kecewa dari siang tadi tak jumpa jumpa TBS tu dengar je dia cakap camtu aku terus macam seriously lahhhh dari teluk intan bawak ekspai camni je dia pun mata tengah tahan nangis je serious buat aku sedih gak.

Lagi buat aku sedih sampai dia merayu nak bayar aku kalau aku tunjuk jalan ke tbs tu then aku tolak pasal bayar tu. Lampu hijau je terus aku suruh dia follow motor aku dari belakang buat u turn ke petronas depan uniten tu jap.
Ayah saya meninggal dunia

Btw masa nak bayar isi minyak tu dia offer lagi nak bayarkan aku then aku tolak lagi. Aku tolong ikhlas duh lahai sambil sambil tu aku tanya lah siapa yang meninggal kat kampung dia, dia jawab :

“Ayah saya meninggal bang sebab tu saya nak ambik adik saya bawak balik kampung ni.”

Aku pun sebak weh dengar lahai sikit lagi nak kecundang air mata jantan aku keluar then aku pun terus suruh dia ikut aku dari belakang terus menghala ke TBS. Bahaya gak brader ni bawak motor memalam camtu sebab sepanjang perjalanan tu aku tengok lampu depan dia kejap hidup kejap mati so apa apa berlaku dengan dia aku pun risau gak.

Masa kat atas motor kepala aku mula la berfikir betul ke orang yang jujur aku tengah tolong ni mana tahu dia sembang ke apa.

So sampai la ke TBS. Aku suruhla dia berhenti tepi sebab nak tunggu adik dia kat situ senang nak pickup. After that dia call adik dia and adik dia cakap dah sampai kat area nampak bangunan bangunan KL dah ni.
Nak balik hari tu juga

So kitorang tunggu la adik dia sampai sambil tu borak borak tanya dari area mana. Kepala aku still berfikir jauh gila duh dari teluk intan terlajak sampai ke bangi dengan naik ekspai je.

Time borak tu aku tanya siang tadi tak tanya orang lain ke then dia jawab :

“Diorang cuma tunjuk jalan gitu gitu je so saya ikut la apa yang diorang cakap tapi tak jumpa jumpa tbs gak bang tu yang tersampai jumpa abang rupanya dah jauh terlajak saya.”

Dia cakap malam tu gak dia nak balik ke sana terus weh. Aku tanya balik ni nak balik ke sana tahu tak ikut jalan mana and dia cakap dia tak risau sebab adik dia ada waze and power bank. Btw sepanjang perjalanan dari teluk intan siang tadi tu tu dia guna waze gak tapi dia tak reti nak tengok location so thats why dia sesat.

After 20 minutes camtu tunggu, adik perempuan dia pun sampai. Elok orangnya tergoda jap aku time tu macam angin daun daun apa semua kat situ terbang slow motion gitu hahahah takdalah gurau je. So aku pun turut happy lah sebab akhirnya brader ni dapat gak pickup adik dia kat tbs dari siang tadi mencari. i feel u bro.

Then dia tanya “nak balik ni ikut mana eh bang” ahhh sudahhhhh kalau aku tunjuk direction camtu je confirm dia tak faham so aku suruhla dia bukak waze sesiap and follow aku jap.
Kesian weh aku tengok dengan bawak beg besarnya naik motor ekspai je sambil tu tangan kiri pegang phone fokus tengok waze sebab dia nak balik malam tu gak and dia kata nak balik sana ikut i-city so aku tunjuk la jalan lagi.

So last aku jumpa dia sebelum dia meneruskan perjalanan menghala ke teluk intan tu aku suruh dia berhenti tepi jap sebab aku nak keluar ke Highway Plus dan dia pula nak menghala ke Highway Federal.

Dia banyak terima kasih dengan aku sebab banyak tolong dia and minta maaf dengan aku banyak kali sebab ganggu waktu aku. Aku pun cakap sokay jela takda hal pun ni pun tak rushing balik rumah.
Dua pengajaran aku dapat dalam hidup

Before dia gerak dia salam aku and kenalkan diri dia dengan nama “Din” then aku suruh la dia elok elok bawak motor tu sebab jauh lagi perjalanan ekau ni haaa. So sampai je rumah aku berfikir lagi. ada dua pengajaran aku dapat masa malam tu :

Pertama, aku suka tolong orang and aku always using this phrase dalam diri aku “harini kita tolong orang esok lusa orang tolong kita balik” and make sure tolong orang dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa apa balasan. terima kasih pun sudah cukup memadai.

Kedua, kalau rasa diri kita ni susah ada orang lagi susah daripada kita. Bersyukur lah apa yang kita ada harini. Dapat cukup makan setiap hari pun dah bersyukur even roti gardenia enam posen tu pun rezeki.

Semoga bro din sentiasa kuat dan sihat dalam kehidupan seharian dan doakan saya berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Sumber : didkenobi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2019 09:55 AM | Show all posts
hassanah lagiiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 09:57 AM | Show all posts
hijab tertutup mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:12 AM | Show all posts
ya Allah..korg ni org buat baik pun disangka hasanah. dulu2 aku pernah jumpa budak kecik umo 7-8 taun tu jam aku abis skola merayap kt basten kt pekan..tnya budak tu tak reti jwb mak dia mana ke mana..aku tuggu2 kt basten kot mak dia cari xde jgak..ujung2 aku tanya bas satu2 kot depa kenal budak ni..mujur satu bas ni konductor dia kenal mak budak tu dia kata duk kpg sekian2..aku pun bagi duit tmabang belikan jajan bagai. selamat dak tu jumpa mak dia kt kpg.

dulu takde fb..tkle la nk share stori. byk lagi story lain..aku pi tolong org eksiden lalu jumpa doktor yg cinta xkesampaian.

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca cerita ni dgn anggapan mamat ex5 tu mmg tak paham map dlm waze tuh. Maklumla jalan kolumpo ni dahla berselirat simpang sana sini. Dia lak dari teluk intan mmg tak biasa area kl. Tambah bwk motor lg. Mana nak tgk waze, nak cam jalan, nak tgk kereta kiri kanan. Dah tuh kalo once dah sesat masuk highway tah mana2 mmg jauhla nak patah balik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kekadang waze tu bila dh nak sampai destinasi..tekan lagi kat maps tu..dia ke tempat lain..
Iols.penah jadi cm.tu..
Punya la.payah nak cari umah kat taman medan..last last masuk.hiway kuar jalan templer bagai
Padahal umaj tu kat taman sri manja
Hanat btol..
Terus iols cari.masjid apa tah kat situ..terus jumpa bila buka balik waze tu..
Hahahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2019 10:28 AM | Show all posts
jarang guna waze barangkali.
si adik tu tak tau naik bas balik ke kpg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:29 AM | Show all posts
sib bek la aku tak ketinggalan cerita kak Hasanah 1.0...
kalau tak aku pon x paham istilah hasanah ke hulur ke hilir ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2019 10:30 AM | Show all posts
Edited by akuMNdia at 19-8-2019 10:32 AM

aku pun pernah sesat barat.. nak cari pejabat apantah kat seremban (bukan area bandar yer) tapi waze bawak sampai ke sepang..tak ke giler namanya tu

lagi satu nak ke area pj. on la waze dari rumah. tak sampai 3 km dr rumah tetiba dia berbunyi "you have reached your destination".  

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 19-8-2019 10:12 AM
ya Allah..korg ni org buat baik pun disangka hasanah. dulu2 aku pernah jumpa budak kecik umo 7-8 tau ...

Bagus ko ada idea nk tanya setiapbas, kalau aku pun blank otak x leh pikir..maybe aku bawk dia balik rmh suruh je makpak aku srttlekan hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Cookingholic replied at 19-8-2019 10:18 AM
Aku baca cerita ni dgn anggapan mamat ex5 tu mmg tak paham map dlm waze tuh. Maklumla jalan kolumpo  ...

Aku pun x reti tgk waze hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
akuMNdia replied at 19-8-2019 10:30 AM
aku pun pernah sesat barat.. nak cari pejabat apantah kat seremban (bukan area bandar yer) tapi waze ...

Waze mmg kekadang hanat. Ada sekali tuh nak pegi pkns bangi dia bawak ikut jalan ceruk mana2 tah. Keluar masuk kampung siap jalan satu lane jer. Padahal mestila ada jalan besar. Disebabkan kita nih mmg tak familiar area bangi menonong jerla ikut waze tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 19-8-2019 10:35 AM
Aku pun x reti tgk waze hahaha...

Kalau tak biasa area satu2 tempat tu lagi la susah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:58 AM | Show all posts
kalau tak silap bas direct dari kelantan ke t intan pun ada, kalau xde ambik ke ipoh..drkelanyan ke UPSI, ikut jalanraya timur barat..

dari tbs ke t intan pun ada..dah knp adiknya ngada suruh abg g ambik kat ..balik sendiri la, ptt abg boleh buat keje lain atau teman jenazah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersepah manusia aku kenal tak reti guna waze n baca map, termasuk laki aku. Kadang lalu jalan sama more than 5x pun tak hafal hafal. Menyampah aku sampai rasa nak lempang je sebab aku ni sejenis google n map bergerak. Tapi nak buat camne, tak semua orang sama kan. So aku rasa kes budak ni bukan rekaan..memang ada yang slow n tak tahu baca map or waze.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun tak reti guna waze..lgi sesat barat
Baik tanya org tepi jalan, lagi senang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2019 11:06 AM | Show all posts
Cookingholic replied at 19-8-2019 10:52 AM
Waze mmg kekadang hanat. Ada sekali tuh nak pegi pkns bangi dia bawak ikut jalan ceruk mana2 tah.  ...

dia bawa uolss masuk sg. ramal dalam kot
uolss dari mana masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:07 AM | Show all posts
teringat cerita aku zaman sebelum wujud waze bagai ni..
nak pi ziarah kawan kat 1 kampung ni.. sampai 1 tempat diorg tanya kat sorang pakcik ni.
pakcik tu dgn yakinnyer jawab... "ko jalan jer terus..kat depan tu ada signboard"..
kengkawan aku masa tu tak tau la nak gelak or nangis dgr jawapan pakcik tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:10 AM | Show all posts
bukan isu waze aku nak ckp
cuma nya dah kenapa adik dia xmo naik bas?
atau xde bas ke teluk intan?

btw waze mmg menyesatkan
aku dah uninstall
guna google maps jer
gara2 waze bawak jalan masa ujan2 celah2 rumah org-tapak kondo tgh buat-jalan tanah merah
tobattt oooo
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 11:12 AM | Show all posts
sikit sikit sebak sikit sikit sebak..apa daa..
tak jauh mana pun teluk intan ke kl...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.386100 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list